Saturday, October 19, 2013

Al-ahzab bercerita

Kita telusuri kisah kisah para isteri nabi . MasyaAllah kagum. Terbit rasa ingin miliki akhlak seperti srikandi-srikandi islam.Haih. Tapi bagaimana?

Duduk bersila,buka tafsir surah al-ahzab.Kalau malas sangat,buka page 422 .Kalau malas juga,meh nak taip kat sini.



LARANGAN MELEMBUTKAN SUARA PADA YANG BUKAN MAHRAM

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).(33:32)
 
Cukup jelas tak ayat ni?Ke masih lagi nak berhujah ? Orang selalu nasihat , "jangan cakap gedik2 dengan lelaki"
 
Kadang-kadang,kita cakap "ala.memang suara aku macam ni.aku cakap dengan perempuan pun macam ni jugak.bukan saje2" yes true ! Kadang-kadang ada orang memang suara dia macam tu.Aku pernah dapat surat layang minta kasarkan sikit suara.sebab kes macam ni lah.
 
Jika memang begitu asal suaranya,maka usahalah untuk limitkan sedikit perbualan.Potonglah mana2 ayat yang rasa tak perlu utk disampaikan pada syabab/lelaki tersebut.Latih diri untuk cakap tak berentak dan mendayu dayu.
 
Nada sopan,tapi tegas.(walau aku tahu sedikit sukar dan mengambil masa utk ubah)
 
KELUAR BILA ADA KEPERLUAN
 
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (33:33)
 
 
LABUHKAN PAKAIAN/TUDUNG
 
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (33:59)
 
Muslimah masih boleh berfesyen.Ala skang orang pakai jubah biru,tudung kuning,walau nampak macam badut je warnanya,tapi dah kata fesyen kan?
 
Tapi,cari lah yang tidak melekat.yang longgar.Sekarang pun banyak dah butik-butik muslimah (ceh butik~)
 
 
 
 

No comments: