Thursday, March 18, 2021

Harith al-Harraz anugerah Allah untuk ibu ayah =')

Rabbana hablana min azwajina, wazuriyyatina qurratu a'yun.
Rabbi habli minassolihin..

Ibu ingat lagi
Inilah doa yang sering ibu lafazkan tiap kali solat
bahkan tiap kali hujan turun.

Harith adalah pinjaman dari Allah .
Allah pinjamkan pada ayah dan ibu,
pada waktu yang tepat.
pada keadaan yang sesuai.

Ibu ingat lagi,
diawal perkahwinan, ibu dengan ayah struggle nak naikkan kondisi ekonomi keluarga.
Masa Harith belum ada, ayah kerja biasa-biasa sahaja. 
Masih perlu fikirkan income tambahan untuk lebih selesa.

Ibu beri cadangan pada ayah.
Buat tuisyen. Sebab ayah Harith pandai matematik.
Soalan addmath tu, kacang je untuk ayah.

Ibu tolong ayah carikan student.
Ibu post iklan dekat group taman. 
Ibu ingat lagi, masa ibu pergi masjid, ibu edarkan flyers promote tuisyen ayah.
Masa tu, masjid ada buat open day. Ibu tebalkan muka, bagi flyers pada org lalu lalang.

Gembira ibu dan ayah. Bila ada yang daftar.
Ramai rupanya yang berminat.
Dalam keletihan ayah dgn kerja hakiki di office, malam ayah mengajar pula.
Demi keluarga. Masa tu, Harith belum ada :)
Ibu pula tiap minggu ajar mengaji.
Tiap bulan ke Kuala Selangor. Mengajar di OUM.

Allah tahu kondisi ibu ayah belum sesuai.
Allah tahu, bila masanya utk berikan Harith pada ibu dan ayah.

Mac 2020, double line ;')
MashaAllah.

Tanpa disangka, Allah lapangkan rezeki untuk ayah.
Ayah dan ibu menumpang rezeki Harith.

Anak ibu,
Harith pinjaman dari Allah.
Amanah yang Allah beri pada ayah dan ibu.
Amanah yang bukan biasa-biasa.

Semakin meningkat usia Harith,
Makin banyak keletah Harith yang buatkan ayah ibu gembira.

Harith,
Ibu ayah cuba sedaya upaya jadi ibu ayah terbaik utk Harith.
Harith doakan ibu ayah okay?

ala ibu nak nangis lah mcm ni :(((


Harith al-Harraz bin Izzat Hafizuddin
1 November 2020


Sunday, January 5, 2020

ITINERARY KOTA KINABALU & KUNDASANG 4 HARI 3 MALAM, 1 JANUARI 2020 - 4 JAN 2020



Assalamualaikum , (fuh fuh buang habuk)

Last post 2016 . Haha . Alhamdulillah owner blog dah selamat kahwin :)
Jadi, ini panduan perjalanan bagi siapa yang nak ke Kota Kinabalu & Kundasang.





Sebelum perjalanan

1. Booked tiket di aplikasi Skyscanner. Kenapa skyscanner? Sebab dia dah detailkan dah, flight apa yang murah.

2. Saya pergi dengan Airasia , KLIA2 - Kota Kinabalu :seorang RM199. Balik dengan flight Malindo Air , Kota Kinabalu - KLIA 1 : seorang RM157

Harga tersebut adalah tanpa luggage.

mcm Hero PASKAL kan? Rosyam Nor sila ambil jadi pelakon :D


3. Booked parking guna aplikasi Go Park. Kenapa Go Park? Sebab parking di KLIA maheyy haha.
Go Park @ MovenPick Tabung Haji. Sehari , RM25 untuk parking berbumbung dan RM20 untuk parking terbuka.

Akan ada van yang bawa kita ke KLIA nanti. Make sure simpan resit sebab nak beri pada penjaga parking !

4. Booked kereta sewa dengan En. Faizal. No phone 0138678774. Kami sewa kereta 2hari sahaja. Sebab dekat KK, ambil hotel yang walking distance ke Jasselton point.



5. Booked hotel di Kundasang & Kota Kinabalu. Kundasang duduk di, Zen Garden Resort. Satu malam RM101. Kota Kinabalu duduk di Little Gaya Hotel. 2malam RM 277.

Zen Garden hotel, jalan masuk dia Nauzubillah. Tapi hotel dia lawaaaa sangat. Memang view lawa. Buka beranda, boleh bagi makan di kolam ikan.

Little Gaya Hotel, hotel 3 bintang. 110 meter ke Jesselton Point dan 350 meter ke Suria Sabah Mall


Day 1 KLIA --> KK --> Kundasang

1. Flight kami jam 6.45 pagi . Jadi, kami bertolak dari rumah jam 3pagi . Park di Movenpick. Sampai airport jam 3.45pagi . Tiba masa untuk melangut haha.



2. Sampai di airport Kota Kinabalu jam 9.25 pagi. En Faizal hantar kereta di airport. Myvi Baru, bau kedai lagi. Perjalanan di teruskan ke Kundasang. Sila isi minyak sebelum naik ke Kundasang.


Myvi bau kedai. Minyak disediakan 1bar, maka kami isi penuh untuk ke Kundasang


Lokasi kami stop :
a) Jambatan Tamparuli (free)


b) Kinabalu Park (RM3 per head)




c) Check in hotel Zen Garden



d) Makan di Intan Seafood Restaurant ( 2km dari Zen Garden hotel)

Image result for intan seafood restaurant kundasang


Day 2 Kundasang --> Kota Kinabalu

1. Check out hotel jam 10 pagi

2. Desa dairy Farm (RM5 per head)





3. Kundasang War Memorial (RM 3 per head)



4. Pergi ke Ranau tapi ada tanah runtuh. So ikut jalan dalam/kampung yang nauzubillahhhhh berbatu dan curam.

5. On the way ke Ranau Rabbit Farm , kami stop makan di Anjung Mansahaban, Kg Mansahaban Ranau . Mihun sup recommended. Hujan lebat semasa kami di Ranau.



6. Ranau Rabbit Farm (RM 3 per head) . Rabbit Farm byk di sabah. Tapi, ni paling best. Sebab arnab dia gebu gebuuuuuu.



7. Fish Spa Tagal Sg Maroli (RM 5 per head) . Makanan ikan 20sen. Maksimum boleh beli satu family, 5 sachet sahaja.




8. Bertolak ke Kota Kinabalu melalui Jalan Tambunan - Penampang. 150km , 2 jam 50 minit masa perjalanan. Sila membuang apa yang perlu sebelum bertolak. Sebab tiada R&R mahupun tandas awam sepanjang perjalanan.

9. Tiba di Little Gaya hotel jam 8.30pm . Jalan jalan di Pasar Phillipine sekejap. Lepastu rehat !

Image result for little gaya hotel kota kinabalu


Day 3 Island Hopping

1. Jalan kaki dari hotel jam 9.15pagi. Makan di Jesselton Point. Banyak kedai makanan Islam di sana. Harga standard Shah Alam

2. Survey harga Island Hopping. Kami ambil pakej dari Island Hop Ekspress.
  • 1 pulau : RM 23 , 
  • 2 pulau : RM 33 
  • 3 pulau : RM 43 ,
  • Barang snorkeling : RM 10
  • Life jacket : RM 10
  • Terminal fee : RM7.30 
  • Cukai Taman Negara (byr sekali sahaja bila sampai ke Pulau. Simpan tiket untuk ke Pulau seterusnya) :RM 5.


Kami pilih 3 pulau , Pulau Sapi Gaya , Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Setiap satu pulau diberi masa 2 jam. Sunblock amat diperlukan.

Yang mengandung tak digalakkan. Sebab boat sangat mengganas dan laju. Terhentak hentak.





3. Pulang ke Jesselton Point dan kemudian rehat di hotel. Kalau dah penat, order je food panda. Sampai ke depan bilik. Tinggal nganga je ! haha

4. Malam, berjalan jalan di Suria Sabah Mall. Best jugak ! Kebanyakan kedai tutup jam 9 malam

Day 4 , Pulang ke Semenanjung

1. Before checkout , jalan lagi kat Suria Sabah Mall. Hajat nak ke Imago Mall dan Jesselton Duty Free Zone tak kesampaian

Image result for suria sabah shopping mall

2. Checkout jam 12.30 tengahari . Naik grab ke airport KK , RM12.



3. Flight pulang jam 5.40pm, sampai di KLIA1,  jam 8.30pm.



4. Call orang GoPark, nanti dia ambil.


The End .



Wednesday, November 2, 2016

HOW TO PREPARE FOR VIVA by Dr.Lee Khai Ern

27/8/2015
Pusat Siswazah UKM

What is viva?
Oral examination or thesis defense.

Why do you need viva?
\            -To validate your research/thesis
      - Examine your understanding

What to expect in a viva.
1.       Who is the panel
-The chairperson
-Internal examiner
-Your department representive
-The secretary

What do examiners do?
1.       Read your thesis
2.       Identify typo, formatting and grammer error
3.       Look for statement not clear
4.       Look key issues and prepare question
5.       They may verify with previous work.

How to prepare for a viva?
1.       Make sure your thesis is FIT for a viva.
                                 i.            Get peers and professionals to review and feedback on your thesis.
                               ii.            Present your work in conferences to discuss your work with others.
                              iii.            Send your work for publication
                             iv.            Get clear feedback from your SV
                               v.            Proof reading, format and language

Before viva what you need to prepare
1.       Make sure your thesis is thoroughly checked and approved by your SV
2.       Re-read and familiarize with your thesis.
3.       Background examiners,his like&dislike
4.       Practise mock viva
5.       Predict question

During viva
1.       1 – 2 min (Intro)
-          Slide 1: Research title
-          Slide 2: Introduction/Background

2.       3-8 min : Slide 3

3.       9 – 14 min : Methodology (Flowchart)

4.       15 – 22 min : Result and Finding

5.       23 – 30 min : Discussion, Conclusion n Implication + List of paper published

“DO’s”  during VIVA!
1.       Stay calm- when being asked tricky quest
2.       Impress your examiners- Showcase the strength and output of your research.
3.       Discuss- Justify your comments with examples or evidence
4.       Answer assertively, not defensively- the examiners are not there to fail you.

“DON’T” during VIVA!
1.       Don’t give lengthy presentation
2.       Don’t rush- think first. Don’t rush answer yes or no
3.       Don’t blame- Supervisors, University, Prof
4.       Don’t lie- If you are unsure or don’t know the answer, just admit it.

Key Evaluation Areas
1.       Is the prob of study clear and important?
2.       Are the method used sufficient?
3.       Are the result clear, sufficient and important?
4.       Can the result be explained clearly and sufficiently?
5.       Have the study’s objective been achieved?
6.       Is the level of work sufficient for the awarded degree?
7.       Are the presentation of work and writing in thesis adequate?

Some Possible Question in VIVA
1.       What is the contribution of thesis
2.       Summarize the basic theory behind this approach
3.       Why do you choose this approach?
4.       How does this relate to xxxx?

Some Tricky Quest
1.       Be prepared for question “Are you sure about that’?
2.       Examiners check your thinking and challenge you.
3.       Even negative feedback requires an answer from you.
4.       Think properly and respond constructively by :
-do not defensive or dogmatic
-rephrase your point.

How is your thesis judged?
1.       Original work?
2.       Adequate knowledge of the field
3.       Publication?
4.       Adherence to academic conventions


WELCOME TO RESEARCH FIELD ! ONCE YOU IN THERE, IS NO WAY OUT.
doakan lerh sang penulis dilancarkan lisan untuk viva nanti lepas almost 2 years tunggang terbalik.

Monday, March 30, 2015

Berpanas untuk dosa

Matahari tetap terus memancar, saat awan putih kelihatan persis lukisan yang sangat indah. Aku dan dia mengatur langkah laju.Nak cakap kelas jauh dari kolej, siput yang obes jalan pun 10minit dah boleh sampai. Tapi mungkin sebab kepanasan yang membahang, kalau kolej 10 langkah dari fakulti pun terasa jauh !



"Eee kak nana. Kalau setiap kali keluar peluh tu, umpama setitik peluh boleh hilangkan satu dosa, mesti ramai orang rela berpanas kan ?"

Teh ais bertukar tangan. Aku menghirup bagai setahun simpan dahaga !

"Yakin?" kak Nana menjawab.

" Mestilah. Gila ke orang tak nak buat. Jalan sikit pun dah berpeluh. Mudah je. Entah-entah ada yang sanggup berdiri tengah-tengah court tu berpanas"

..aku memberikan jawapan dengan penuh yakin dan jitu. Sambil memandang insan-insan tabah yang sedang mengangkat air didalam baldi. Kolej ni kalau ada air, memang pelik. Rasa macam kalau ada air, merupakan hari terindah. Heh.

"Tapi kenapa orang tahu tentang yang mana dosa pahala. Tapi tetap orang buat dosa? " deep soalan kak Nana. Teh ais yang aku hirup terasa kelat.

"dan.. kenapa orang tahu istighfar boleh menghapuskan dosa dan aku masih malas utk istighfar...." hati mula bermonolog.. Jiwa mula terkesan.. Akal mula berfungsi..

"Manusia ni, dah diberitahu pun, tetap tak buat. Tak payah lah nak berpanas bagai sedangkan cara Allah bagi mudah pun tak boleh buat" .. kak Nana mengambil kunci bilik. Membuka pintu dan menghempaskan diri di birai katil..

Aku digest kan semula setiap bait kata-kata tadi.. Ada benarnya. Kita tahu mengeluh itu bagai putus asa dengan kebergantungan pada Allah.. Tapi kita tetap mengeluh dengan itu dan ini..Sobs.

Hakikatnya, kita tahu. Tapi umpama terus menjadi dungu........


Untuk setiap kata-kata semangat,
saat langkah mula terasa payah, jiwa terasa lelah,

terima kasih.

Untuk setiap doa yang tiada sudah,

terima kasih.

Untuk setiap gurauan yang tak pernah kalah untuk menghiburkan
terima kasih.

Untuk setiap kesabaran melayan kerenah
terima kasih.

"Tell me straight when im wrong. I cant digest the heart song"
:')

Second semester master of islamic studies and still counting .



Saturday, February 28, 2015

USRAH vs BERSENAM

Apa persamaan pi bersenam dengan pi usrah?
Nampak macam satu tu keduniaan,
yang satu lagi ke akhirat-an ?
kah kah.

Kau pernah rasa malas nak pi usrah?
okeylah alergic perkataan usrah kita guna majlis ilmu
Rasa ya rabbi malasnya.
Pernah rasa malas nak pi bersenam?
Bohonglah kalau takde rasa malas nak buat antara kedua ni.

yaa itu dia persamaannya !

Walhal,
bila kau dengan malas kau tu
pi juga liqo'
kau balik dengan senyum lebar
dengan hati yang rasa terisi
dengan jiwa yang rasa dipenuhi
dek penangan usrah,
dek penangan ilmu ilmu baru ko dapat.

bila dengan malas kau tu
pi juga bersenam
berlari lari kecil melompat sepak bola berenang atau apa pun kau buat
kau balik dengan rasa segar
rasa segala urat urat kembali ke tempat asal
dek penangan bersukan kau tadi.

kau pi usrah nak buang karat2 jahiliyyah yang kau simpan 23tahun
tu umur aku.
kau pi senam nak buang lemak2 yang kau simpan 23tahun
jadi kau nampak persamaannya?

pi usrah sehari.
kau harap dapat berubah terus jadi baik.
pi besukan sehari
kau harap dapat kurus esok
pastilah tidak mungkin.

maka prosesnya sama
membuang jahiliyyah degil yang dah sebati dalam diri
mengambil masa
mungkin sebulan, dua bulan , setahun

kedua-duanya mendatangkan hasil
andai dibuat secara konsisten
dengan serius
dengan penuh keazaman

hm .
Tapi tu lah.
aku sendiri failed utk kedua-dua ni.

sobs.