Sunday, January 5, 2020

ITINERARY KOTA KINABALU & KUNDASANG 4 HARI 3 MALAM, 1 JANUARI 2020 - 4 JAN 2020



Assalamualaikum , (fuh fuh buang habuk)

Last post 2016 . Haha . Alhamdulillah owner blog dah selamat kahwin :)
Jadi, ini panduan perjalanan bagi siapa yang nak ke Kota Kinabalu & Kundasang.





Sebelum perjalanan

1. Booked tiket di aplikasi Skyscanner. Kenapa skyscanner? Sebab dia dah detailkan dah, flight apa yang murah.

2. Saya pergi dengan Airasia , KLIA2 - Kota Kinabalu :seorang RM199. Balik dengan flight Malindo Air , Kota Kinabalu - KLIA 1 : seorang RM157

Harga tersebut adalah tanpa luggage.

mcm Hero PASKAL kan? Rosyam Nor sila ambil jadi pelakon :D


3. Booked parking guna aplikasi Go Park. Kenapa Go Park? Sebab parking di KLIA maheyy haha.
Go Park @ MovenPick Tabung Haji. Sehari , RM25 untuk parking berbumbung dan RM20 untuk parking terbuka.

Akan ada van yang bawa kita ke KLIA nanti. Make sure simpan resit sebab nak beri pada penjaga parking !

4. Booked kereta sewa dengan En. Faizal. No phone 0138678774. Kami sewa kereta 2hari sahaja. Sebab dekat KK, ambil hotel yang walking distance ke Jasselton point.



5. Booked hotel di Kundasang & Kota Kinabalu. Kundasang duduk di, Zen Garden Resort. Satu malam RM101. Kota Kinabalu duduk di Little Gaya Hotel. 2malam RM 277.

Zen Garden hotel, jalan masuk dia Nauzubillah. Tapi hotel dia lawaaaa sangat. Memang view lawa. Buka beranda, boleh bagi makan di kolam ikan.

Little Gaya Hotel, hotel 3 bintang. 110 meter ke Jesselton Point dan 350 meter ke Suria Sabah Mall


Day 1 KLIA --> KK --> Kundasang

1. Flight kami jam 6.45 pagi . Jadi, kami bertolak dari rumah jam 3pagi . Park di Movenpick. Sampai airport jam 3.45pagi . Tiba masa untuk melangut haha.



2. Sampai di airport Kota Kinabalu jam 9.25 pagi. En Faizal hantar kereta di airport. Myvi Baru, bau kedai lagi. Perjalanan di teruskan ke Kundasang. Sila isi minyak sebelum naik ke Kundasang.


Myvi bau kedai. Minyak disediakan 1bar, maka kami isi penuh untuk ke Kundasang


Lokasi kami stop :
a) Jambatan Tamparuli (free)


b) Kinabalu Park (RM3 per head)




c) Check in hotel Zen Garden



d) Makan di Intan Seafood Restaurant ( 2km dari Zen Garden hotel)

Image result for intan seafood restaurant kundasang


Day 2 Kundasang --> Kota Kinabalu

1. Check out hotel jam 10 pagi

2. Desa dairy Farm (RM5 per head)





3. Kundasang War Memorial (RM 3 per head)



4. Pergi ke Ranau tapi ada tanah runtuh. So ikut jalan dalam/kampung yang nauzubillahhhhh berbatu dan curam.

5. On the way ke Ranau Rabbit Farm , kami stop makan di Anjung Mansahaban, Kg Mansahaban Ranau . Mihun sup recommended. Hujan lebat semasa kami di Ranau.



6. Ranau Rabbit Farm (RM 3 per head) . Rabbit Farm byk di sabah. Tapi, ni paling best. Sebab arnab dia gebu gebuuuuuu.



7. Fish Spa Tagal Sg Maroli (RM 5 per head) . Makanan ikan 20sen. Maksimum boleh beli satu family, 5 sachet sahaja.




8. Bertolak ke Kota Kinabalu melalui Jalan Tambunan - Penampang. 150km , 2 jam 50 minit masa perjalanan. Sila membuang apa yang perlu sebelum bertolak. Sebab tiada R&R mahupun tandas awam sepanjang perjalanan.

9. Tiba di Little Gaya hotel jam 8.30pm . Jalan jalan di Pasar Phillipine sekejap. Lepastu rehat !

Image result for little gaya hotel kota kinabalu


Day 3 Island Hopping

1. Jalan kaki dari hotel jam 9.15pagi. Makan di Jesselton Point. Banyak kedai makanan Islam di sana. Harga standard Shah Alam

2. Survey harga Island Hopping. Kami ambil pakej dari Island Hop Ekspress.
  • 1 pulau : RM 23 , 
  • 2 pulau : RM 33 
  • 3 pulau : RM 43 ,
  • Barang snorkeling : RM 10
  • Life jacket : RM 10
  • Terminal fee : RM7.30 
  • Cukai Taman Negara (byr sekali sahaja bila sampai ke Pulau. Simpan tiket untuk ke Pulau seterusnya) :RM 5.


Kami pilih 3 pulau , Pulau Sapi Gaya , Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Setiap satu pulau diberi masa 2 jam. Sunblock amat diperlukan.

Yang mengandung tak digalakkan. Sebab boat sangat mengganas dan laju. Terhentak hentak.





3. Pulang ke Jesselton Point dan kemudian rehat di hotel. Kalau dah penat, order je food panda. Sampai ke depan bilik. Tinggal nganga je ! haha

4. Malam, berjalan jalan di Suria Sabah Mall. Best jugak ! Kebanyakan kedai tutup jam 9 malam

Day 4 , Pulang ke Semenanjung

1. Before checkout , jalan lagi kat Suria Sabah Mall. Hajat nak ke Imago Mall dan Jesselton Duty Free Zone tak kesampaian

Image result for suria sabah shopping mall

2. Checkout jam 12.30 tengahari . Naik grab ke airport KK , RM12.



3. Flight pulang jam 5.40pm, sampai di KLIA1,  jam 8.30pm.



4. Call orang GoPark, nanti dia ambil.


The End .



No comments: