Rabbana hablana min azwajina, wazuriyyatina qurratu a'yun.
Rabbi habli minassolihin..
Ibu ingat lagi
Inilah doa yang sering ibu lafazkan tiap kali solat
bahkan tiap kali hujan turun.
Harith adalah pinjaman dari Allah .
Allah pinjamkan pada ayah dan ibu,
pada waktu yang tepat.
pada keadaan yang sesuai.
Ibu ingat lagi,
diawal perkahwinan, ibu dengan ayah struggle nak naikkan kondisi ekonomi keluarga.
Masa Harith belum ada, ayah kerja biasa-biasa sahaja.
Masih perlu fikirkan income tambahan untuk lebih selesa.
Ibu beri cadangan pada ayah.
Buat tuisyen. Sebab ayah Harith pandai matematik.
Soalan addmath tu, kacang je untuk ayah.
Ibu tolong ayah carikan student.
Ibu post iklan dekat group taman.
Ibu ingat lagi, masa ibu pergi masjid, ibu edarkan flyers promote tuisyen ayah.
Masa tu, masjid ada buat open day. Ibu tebalkan muka, bagi flyers pada org lalu lalang.
Gembira ibu dan ayah. Bila ada yang daftar.
Ramai rupanya yang berminat.
Dalam keletihan ayah dgn kerja hakiki di office, malam ayah mengajar pula.
Demi keluarga. Masa tu, Harith belum ada :)
Ibu pula tiap minggu ajar mengaji.
Tiap bulan ke Kuala Selangor. Mengajar di OUM.
Allah tahu kondisi ibu ayah belum sesuai.
Allah tahu, bila masanya utk berikan Harith pada ibu dan ayah.
Mac 2020, double line ;')
MashaAllah.
Tanpa disangka, Allah lapangkan rezeki untuk ayah.
Ayah dan ibu menumpang rezeki Harith.
Anak ibu,
Harith pinjaman dari Allah.
Amanah yang Allah beri pada ayah dan ibu.
Amanah yang bukan biasa-biasa.
Semakin meningkat usia Harith,
Makin banyak keletah Harith yang buatkan ayah ibu gembira.
Harith,
Ibu ayah cuba sedaya upaya jadi ibu ayah terbaik utk Harith.
Harith doakan ibu ayah okay?
ala ibu nak nangis lah mcm ni :(((

No comments:
Post a Comment