Mid valley sesak dengan manusia.Ada yang setakat berjalan mencuci mata.Ada yang barang penuh ditangan,ada juga yang hanya duduk memerhatikan gelagat orang.
"Faqih,cuba kau tengok hujung tu.kat mcD tu"
Jagung cawan bertukar tangan.Faqih meninjau dihujung mcD.kelihatan seorang lelaki dan perempuan sedang seronok bergelak ketawa sambil membalas suapan.
"kau tak biasa tengok ke iman?bagusnya Allah jaga mata kau"
"jangan nak husnudzon sangat dengan aku.memanglah.see,kau sendiri cakap "biasa" .maksudnya dunia sekarang dah biasa macam tu.biasa dah tengok adegan macam tu.eee kenapalah diorang ni tak fikir tuhan" iman memandang faqih tajam.boleh pulak buat perbincangan islamik tengah-tengah midvalley ni.
"kau jangan macam tu eh faqih.kalau aku tahu kau couple,kau bukan kawan aku.sebab aku tahu kalau orang couple ni bagai dunia ni takkan kiamat."iman menambah.faqih gelak.aduh iman,kehulur kehilir aku dengan kau.lelaki pun takde can nak ngorat aku.
"nama kau iman kan?mesti iman kau kuat.apa kata kau pegi serang.kan kene mencegah dengan tangan.aku ni mampu tegah dengan doa je" faqih sengih sambil membetulkan tudung yang mula selebet.jagung ditangan tinggal separuh
"kasut aku saiz 40.nak aku baling kat kau?" Iman bangun dari tempat duduknya.berlalu meninggalkan faqih yang masih tersengih kerang busuk.
Seteruk-teruk iman,dialah yang tidak pernah cakap "tidak" andai faqih perlukan bantuan.Seburuk-buruk iman,dialah yang sentiasa ingatkan tentang tuhan,kalamnya tersirat penuh dengan nasihat.walau kadang-kadang perangai lepas cakap iman buatkan orang lain rasa macam nak hadiahkan cili pada hari lahirnya,tapi bagi faqih,iman sahabat.sahabat yang dia ingin bersama-sama dalam syurga.
Orang putih cakap time flies.Dari budak hingusan kemudian bersama-sama berperang di medan SPM,kini masing-masing berjaya menyambung pelajaran di universiti yang sama.Cuma bidang berbeza.Sorang ilmu hadith.sorang lagi ilmu falak.
.....faqih mengeluh..cerita 5tahun lepas betul-betul membuatkan dia rindu.Perubahan iman buatkan dunia bagaikan bersedih.Overnya sampai dunia nak sedih.Okey.cukuplah iman yang sedih.
Kedengaran pintu rumah dibuka.faqih mengerling jam ditangan.1pagi baru balik...?
"eh.asal kau tak tidur lagi?" iman menegur
"assignment banyak.dah minum?aku ada buat milo lebih" cawan dihulur.pemanas ruang tamu dipasang.suhu mencapai -2 hari ini.
"kau dari mana?lewat balik" faqih memulakan intro.walhal selepas maghrib tadi,faqih nampak dengan matanya sendiri dimana dan dengan siapa iman keluar.sekadar mahu melihat kejujuran sahabatnya.
"study group tadi.nak balik awal dah.terbabas pulak" iman tidak senang duduk.alah kalau aku tahu tadi,aku terus masuk bilik.mula lah ni nak menyoal macam cerita gerak-gerak khas.
"group mana kau study?padahal aku nampak kau makan dengan faris tadi kat pizza hut."
suasana sepi.mungkin ini peluang yang terbaik.dah lama faqih hanya menjadi pemerhati.dah lama faqih cuba mahu menegur.bagaikan tiada kekuatan untuk menegur sahabat sendiri.bukan dia tidak pernah dengar cerita buruk tentang iman.bahkan satu kolej tahu tentang iman dengan faris.
"lain kali,nak buat sesuatu yang kau dah rasa salah,jangan terang-terang.Allah cuba dah tutup aib kau.kau rasa tak,kita dah tak macam dulu?"faqih memberanikan diri.meluahkan apa yang disimpan
"kau tak faham faqih..bukan aku nak perasaan macam ni.aku tak buat yang salah pun dengan faris.kitorang keluar makan je."
"habis yang kau bergayut dengan dia setiap malam.dia jumpa kau depan pagar rumah tu,kau ingat orang tak mengata?"
"aku tak kisah apa orang cakap.aku tak mati pun kalau orang nak mengata pasal aku."
"kau tak mati .hati kau yang mati "
Faqih bangun.Perubahan iman buatkan faqih rasa hilang kawan.Jika dulu mereka sering berkongsi masalah,sekarang faris lebih dahulu tahu masalah iman.Jika dulu mereka boleh bergelak bersama setiap malam,menghabiskan masa bersama setiap masa,kini masa iman lebih banyak bersama faris.
Iman duduk dibirai katil..memandang faqih dengan pandangan kosong.
"dulu,aku tak percaya,perempuan boleh rosakkan lelaki yang alim.warak.yang hafal 30juzuk.dan dulu aku berfikiran,orang yang belajar agama ni,takkan terjatuh dengan nafsu."
Iman senyap.
"kau belajar ilmu hadith kan?faris dulu dari sekolah tahfizkan? tak rasa bersalah ke?"
"faqih,kau tak faham.." iman bersuara lembut.
"cakaplah.apa yang aku tak faham.kau nak cakap cinta tu fitrah?"
"aku sayang dia iman.dia janji lepas habis belajar kami kahwin"
"cantiknya syaitan punya plan.cantiknya plan syaitan sampai mampu jauhkan kau dari aku.paling power,jauh dari tuhan"
"kau nak marah aku sebab couple dengan faris?padahal kau pun dulu 2 x 5.kau pun dulu pernah couple.apa hak kau nak cakap semua ni?"
"sebab aku pernah 2 x 5 macam kau lah,aku nak cakap dengan kau,jangan iman.jangan teruskan dengan ikut nafsu kau.ikut hati kau.iman,kalau betul dia serius,dia jaga kau.bukan dia biar malaikat 'atid mencatat penuh kat bahu kiri kau.janji dia boleh kelaut iman.kau akan rasa bodoh sangat kalau satu hari nanti dia tinggalkan kau"
"kenapa?sekarang kau rasa bodoh ke sebab nidzam tinggalkan kau?"
"aku rasa bodoh.bodoh sebab habiskan masa aku dengan dia.tapi baguslah dia tinggalkan aku.kalau tak,berapa tahun lagi aku bermaksiat dengan dia.jumpa dia berdua tanpa ada tujuan.bergayut bagai nak gila.umur manusia ni iman,paling lama pun 70 tahun.sekarang umur kau 20tahun dah iman.kau tolak masa tidur kau.tolak masa makan kau.kau cuma ada lebih kurang 30tahun je lagi untuk penuhkan dengan amal.itu pun kalau 24jam perbuatan kau dikira amalan.itu kalau kau mati umur 70tahun.kalau kau mati esok?dalam keadaan hati kau penuh dengan angan-angan faris?"
"faqih.aku try kau tahu tak.bukan aku tak try.tapi kau cakap kau pernah 2x5 kan.mesti kau faham"
"mak ayah kau jauh..pernah tak kau fikir apa perasaan diorang kalau tahu kau keluar malam macam ni.jumpa setiap minggu?padahal setiap hari mak ayah kau doa untuk kau.kau jumpa dia hingga timbulnya fitnah dari orang lain"
"diorang lah yang dosa.siapa suruh fitnah.kitorang jumpa je.bukan buat apa2"
"memanglah.tapi aku tak salahkan diorang.kenapa kau buat something hingga boleh orang lain timbulkan fitnah?"
"kau nak suruh kitorang clash?"
"tak iman.tak .kalau betul korang sama-sama serius,proceed lah ke nikah.and yes,aku tahu,family kau suruh habiskan belajar dulu.jadi if kau tak mampu nak jauh dengan dia even sehari,banyak kan benda lain kau boleh busykan diri kau?daripada kau menghadap dia tiap minggu,apa kata kau hangout dengan kitorang.iman,boleh aku tanya?"
iman mengangguk.teddy bear faqih dipeluk
"iman..salah aku ke kau jadi macam ni?"
"maksud kau?"
"kenapa kau dah tak cerita kat aku macam dulu-dulu?antara kita tak pernah ada rahsia.kenapa kau jarang dah keluar dengan aku.dengan kawan-kawan kita yang lain?aku yang busy sangat ke sampai kau tak jumpa masa utk story kat aku"
"tak faqih..mungkin sebab hati aku dah gelap.darah yang mengalir kat badan aku penuh dengan syaitan.jadi aku lebih seronok bercerita dengan faris.sebab aku rasa seronok sangat bila faris caring dengan aku.."
"iman..mungkin salah aku sebab tak jadi se-caring faris.tapi iman,cinta boleh tinggalkan kau.dan saat tu,kawan yang tetap ada dibelakang kau.kalau kau dah taknak cerita kat aku,kau tahu tak,ramai sangat akhowat lain yang caring dengan kau."
"susah faqih,bila dah terjatuh pada cinta macam ni.."
"jangan mengeluh.tapi cuba cari solusi untuk kembali pada iman yang dulu.kau lupa ke iman adalah mutiara?" tidak semena-mena iman membaling teddy bear sebesar manusia ke arah faqih
"okey gurau.kau patut rasa bertuah.tak semua orang diuji dengan hati dan perasaan macam kau.entah kalau mereka diuji macam kau,mereka kuat atau lebih hanyut dari kau.kita tak tahu"
"aku dah termakan dengan kata-kata aku.kau ingat tak?"
"aku ingat..pasal couple kat mcD dulu.kau cakap,diorang tak ingat tuhan.kau cakap,aku bukan kawan kau kalau aku couple.alah iman,berjuta manusia kat dunia ni cakap tak serupa bikin."
"aku sayang dia sangat faqih.."
"iman.cantik dah mak kau bagi nama kau.semoga jadi manusia yang beriman.Allah tu iman,tak lah kejam sangat.bukan tak kejam sangat malah,langsung tak kejam.kalau faris tu betul untuk kau iman,dunia ni terbalik pun,kau tetap akan jadi halal untuk dia.hati dia bukan kau yang pegang iman.kau layan lah dia sebaik mana pun.kau sweet lah dengan dia sesweet mana pun,syaitan tu,kalau nak rosakkan kau bermacam plan dia buat"
"aku tak faham" haih iman.aku tahu lah dah malam buta.jangan lah blur.faqih mengeluh
"iman,kalau syaitan ada berjuta plan untuk rosakkan kau dengan faris,kau pun kena ada berjuta cara untuk lawan hasutan dia.memanglah kau rasa best je bila ada faris.sampai kalau aku ni tinggalkan kau pun,kau tak kisah sebab faris tu secaring lee min ho dah dengan kau."
"agama yang syadid,atau dunia yang terlalu melonggarkan hukum ?aku tak tahu..aku tak buat yang salah faqih.kitorang takde bersentuh-sentuh.takde berzina ke apa pun faqih"
"syaitan tu iman,tak bodoh nak buat kau bercinta sehari,esok kau terus berzina."
Iman senyap.Syaitan.aku takkan biar kau menang sampai bila-bila..
Telefon iman berdering.Nama faris terpapar diskrin.
"terpulang lah iman..aku dah nasihatkan..seburuk mana pun kau,aku ada untuk kau.tapi yang pasti,Allah tu mmg 24jam rindu kau" faqih baring.bersiap untuk tidur.
Punat hijau ditekan.Iman menarik nafas dalam-dalam
"Harap maaf.nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"..tidak semena-mena air mata iman mengalir.handphone dimatikan.simcard dipatahkan.
"Faqih..kalau kau tak doakan aku supaya lebih kuat lepas ni,aku dakwa kau kat akhirat.heretlah aku masuk syurga sama-sama.jangan pentingkan diri."
"Apalah kau ni.hari-hari kita yang berlalu dan akan kita hadapi ni iman,pasti ada je dosa kita buat.entah-entah,kau yang kesyurga,aku sebaliknya.nauzubillah.Allah tu baik gila sampai kan kau buat dosa pagi tadi,kau istighfar entah-entah dosa tu gugur dah iman.Sama-samalah kita heret mengheret untuk ke syurga."
Air mata iman dikesat.Sayangnya faqih pada sahabatnya ini hanya Allah yang tahu.
"iman lah yang menggerakkan amal." faqih mengingatkan
"bestkan nama iman macam aku.banyak sangat quote yang guna nama iman.contoh : ayuh duduk sejenak dan membina semula iman kita"
"malas layan.tutup lampu.esok subuh gajah baru tahu."

4 comments:
salam dik.
cerita yang simple tapi sangat mendalam maksudnya. Seronok membacanya. :)
Noare! Aku suka cerita niii Y_Y
@ kak Fiz
wasalam kak :)
time exam ni mencurah pulak ideanya -.-'
@ ainul
woittttt !!! jauh benar ha mengomen :) faham2 <3
nice entry. Iman is needed to us :) ikuti saya juga fasehasuhaimi.blogspot.com
Post a Comment