Dan kita?
“Tidak ada hari-hari yang pada waktu itu amal shaleh lebih dicintai oleh Allah melebihi sepuluh hari pertama (di bulan Dzulhijjah).” Para sahabat radhiyallahu ‘anhum bertanya, “Wahai Rasulullah, juga (melebihi keutamaan) jihad di jalan Allah?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “(Ya, melebihi) jihad di jalan Allah, kecuali seorang yang keluar (berjihad di jalan Allah) dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak ada yang kembali sedikitpun.” (HR al-Bukhari)
Maka bergembira lah umat Muhammad.Jika dibulan ramadhan lepas pecutan amalnya selaju kura-kura,ini masanya untuk membalas "dendam" ! Biar di 10 hari diawal zulhijjah ini,amalnya selaju ferrari ! Jika di ramadhan lalu kita rasakan kita masih tidak mencapai taqwa, nah ! Allah sediakan 10 hari ini untuk kita cuba meraihnya kembali !
Apa amalan-amalan yang boleh kita lakukan?
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam
Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka
menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka
serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang
tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa
: Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi
orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah
hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah
ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan
seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia
semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat
disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat
dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih
berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria
dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT
ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini
sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya
: "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada
hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat
At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
sumber :http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html
"Sebulan yang penuh barakah telah berlalu,disambut dan diraikan kemenangannya dengan Hari Raya Aidilfitri,kini pakej barakah datang lagi dengan menjanjikan 10 hari siang yang terbaik jatuh pada bulan Zulhijjah.Khusus Allah sediakan buat sang perindu hari-hari yang penuh gemilang dan pesta ibadah pada 10 malam terakhir ramadhan yang lalu.Jika pada hari terakhir ramadhan yang lalu Allah menawarkan bonusmalam lailatul Qadr yang penuh misteri,kali ini bulan zulhijjah Allah menawarkan bonus istimewa pada hari Arafah yang jatuh pada 9 zulhijjah dengan pakej pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.Nangis laju-laju terharu sangat dengan Allah.Dia dah bagitahu dah hari apa nak dapat bonus." Aliyah bahari .
Fuh ! 2hari lagi berbaki .Yang masih lena ayuh bangkit ! Kita rasai penatnya beribadah !Biar maghfirah Allah kita cari,redha Allah kita raih ! dan di aidiladha nanti,kita bertakbir tanda pengorbanan kita menyembelih jahiliyah dan nafsu2 dalam diri kita!
nota hati : Salah satu syarat untuk taubat diterima dan dosa diampunkan adalah dengan menyelesaikan dosa sesama manusia.Maka dengan rendah hati,minta maaf pada yang pernah disakitkan hati,yang pernah terkecil hati,yang pernah tidak ditunaikan haknya..Moga kalian maafkan dan sama-sama kita mengejar maghfirah Dia

No comments:
Post a Comment