Okey.Pernah dengar tak ayat-ayat ni
"Wanita solehah itu,wanita berhijab"
"Pakailah hijab,lindunglah rambutmu duhai wanita"
"Woi.kau tahu tak kalau kau berhijab lagi lawa!"
Makanya,apa yang terlintas difikiran kalian?Yeah ! Hijab itu tudung ! Itu dialog malaysia.Kita try pulak amik tahu dialog orang arab jordan
"awak nak hijab?" -sambil tangannya menunjuk kepada tudung
"awak nak jilbab?" - sambil tangannya diarahkan kepada jubah
"awak nak apa?" sambil tangannya menerawang ke serata kedai haha
Makanya,satu dunia menakrifkan hijab itu tudung.Salah ke? Tak.saya tak cakap lah salah.Tapi kalau translate arabnya hijab itu bukanlah tudung.Ye.ini ilmu baru.yang saya pun baru tahu.
Apa beza hijab dan jilbab?
Hijab
Hijab itu terlahir dari perkataan hajj.bermaksud menutup.
Dari segi bahasa/lughoh hijab adalah penutup,penghalang dan sewaktu dengannya
kalau tak faham penutup tu apa,means,apa2 benda yang menutup sesuatu didalamnya.faham?tak faham gugel
Dari segi istilah :pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah mengikut syarat2 islam.
Okey sekarang terbayang apa?of kos lah terbayang pakaian yang menutup aurat,baju kurung lelawa,jubah lelawa dan segala bentuk pakaian yang menutup aurat.betul?
Jilbab
haaa~ jilbab ni jarang sikit dengar pekataannya kat msia.
Dari segi bahasa/lughoh : perbezaan
Dari segi istilah : pakaian yang dipakai oleh wanita ketika keluar dari rumahnya dihadapan yang bukan mahramnya berlainan dengan apa yang dipakai didalam rumah
Haaaaa.maka sekarang anda dapat beza tak hijab dan jilbab?Okey.tak dapat lagi .Cuba fahami kaedah ni
كل جلباب حجاب وليس كل حجاب جلباب
"semua jilbab adalah hijab tapi bukan semua hijab adalah jilbab"
Maka dapatlah kte simpulkan disini,pakaian yang kte pakai dalam rumah,contoh tshirt lengan pendek,kain batik dan lain-lain,yang boleh dilihat oleh mahram tu,dipanggil hijab.bukan jilbab.
Lihat semula maksud hijab tadi.pakaian yg dipakai oleh muslimah mengikut syariat2 islam.maksud syariat islam disini adalah,tak semestinya kita dengan mahram tidak ada batasan aurat.tetap ada.seperti aurat perempuan dengan perempuan adalah dari mana ke mana? haaaa buka buku pendidikan islam semula!
Jadi,jika dikatakan,wanita wajib berhijab .er ? supposed be wanita wajib berjilbab.
Tapi hal ini kalau ikut kaedah fiqh (peh ni dah memang keluar segala ilmu usul fiqh sem2 lepas punya topik ni) dibawah tajuk 'uruf,takde masalah pun.'uruf kte,hijab itu adalah tudung.jadi,ayat tadi tak salah pun :)
Lepas ni saya harap takdelah penjual-penjual baju yang dikatakan fashion muslimah mempromosikan pakaian dengan ayat "Jilbab syarie !"
Kerana fahami dahulu apa itu jilbab .
Persoalannya.adakah pakaian yg membalut tubuh wanita yg ketat dipanggil jilbab?okey jawapan anda semua betul.saya pasti.
![]() |
| sebenarnya,topik ni,topik kuliah tadi.nota yang cincai jgn disangka tiada isi .hahaha |
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk
diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.
[annur-31]
**maksud pakaian tu adalah termasuk tudung.ha gitu~ perkara ini ada khilaf dikalangan ulama' dan ini adalah qaul rojih (pandangan yg diterima)


No comments:
Post a Comment