Wednesday, September 18, 2013

Ceritera SPB

Kertas kerja dibaca dengan muka serius.
"Sambutan Pelajar Baru 2013"
Fuh .
berat . sangat berat .
menguruskan lebih kurang 350orang pelajar?
uruskan dari A to Z?

"Kau takkan jumpa program yang sama macam SPB"
komen mantan setiausaha SPB
Oh.special sangat ke SPB?
hingga tidak mungkin ada program yang serupa.
alah.mungkin hanya omongan saja~

Hari ini,
masih tiada wajah-wajah baru.
segala macam plan dibuat.
dari se cikai cikai plan hinggalah ke master plan.
masa ni,meeting boleh senyum tawa lagi.kita tengok nanti.

31 ogos katanya tarikh kemerdekaan malaysia.
Ahaaa.bagi kami,itu kedatangan pertama yang perlu diraikan.
maka tugas bermula
ada yang bangun seawal 3pagi
merentasi benua irbid 
airport tu dah rasa macam sebelah rumah je

Alah. kedatangan satu , dua dan tiga
semua masih cool.
yela.
yang datang kurang dari 20 orang.
sabar.kita tengok minggu depan.
 "bibah ,settlekan data"
"amira ! penempatan pastikan settle."
"pija ! mentor pastikan siap."
"atikah ,ada budak baru kaki kene simen"
"puja! ni kenapa makanan ada yang lauk sikit ni"
"tymah minit mesyuarat manaaa?"
"arina .maklumkan pada semua ajk bila dah bertolak dari airport"
"solehah,izah macam mana dengan amik darah?"
hahahahahahahaha
masa tu.
semua tidur menumpang kat mana2
masa tu
jadual tidur semua kelaut
tidur pukul 2
bangun pukul 5
sebelum tidur orang cakap muhasabah diri.
tapi yang semua ni memikirkan
sekarang ni mana lah budak-budak baru ni.
atas flight ke
dah selamat touch down ke
pukul berapa lah sampai irbid ni.

menghadapi kerenah 350 orang pelajar
semua berbeza
"akak,saya taknak bilik ni."
"akak,saya taknak rumah ni."
"akak,kenapa dia pula yang jd mentor saya"
"akak,bila giliran imtihan kafaah saya"
ada yang merayu hingga berair mata..
dan kami membantu dengan kudrat yang ada

bila rasa dah macam terlalu down
bila rasa dah macam air mata nak turun macam hujan
teringat kata-kata tuan pengarah diawal-awal dahulu
"kita ini membantu orang menuntut ilmu"
makanya, air mata mengalir lagi laju.
tanya bertubi-tubi pada diri.
percaya tak Allah akan permudahkan urusan kita ini?

Korang ..
terima kasih untuk kerjasama yang super duper power.
Korang..
terima kasih kerana mendengar kata
korang ..
maaf banyak banyak kerana hak2 yang mungkin ada tak tertunai
korang.yes korang
mahasiswa mahasiswa baru yang awesome

selaku biro penempatan akhowat
percayalah
kalau ada satu bangunan kat irbid ni
yang boleh muatkan semuaaaa 200 akhowat
pasti akan diletakkan semua disitu
supaya tiada yang terpisah
supaya semua berpuas hati
supaya sama-sama dapat makan megi (?)

Sekarang aku faham
kenapa orang cakap program SPB ni takkan sama dengan yang lain
sebab kau akan belajar erti sabar
kau akan belajar erti berkorban
kau akan belajar menghadapi bermacam2 kerenah manusia
yang baru kau katakan hai
yang baru kau bertanya "sihat?"
yang baru kau bersalaman berlaga pipi.
terasa tak mengalirnya zouq ukhawah ? haaa ~



Lelah semalam,menjadi senyuman pada hari ini :')


nota hati : ni cerita akhowat .er .sbb tu mostly nama2 akhowat.



No comments: