Sebuah ungkapan ringkas tapi amat
diangkat tinggi amalan ini dalam islam.Islam tidak meletakkan sedikitpun
perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Jika hamba itu berkehendakkan sesuatu,
maka dia menimbulkan rasa ‘nak sangat’ dari dalam dasar hatinya itu, lalu dia
berkata “Ya Rabb!” Tidak ada halangan, tidak ada perantaraan, doanya akan
sampai pada Tuhannya.InshaAllah!
Tuhannya yang sentiasa merindukan doa
hamba-hamba-Nya.Rintihan dengan sejuta pengharapan tidak akan Allah Tolak.
Sedangkan syaitan yang durjana Allah makbulkan doanya untuk hidup sampai
kiamat, takkan hambanya yang solat ni Dia tidak bagi, tentu Dia bagi.
"Dan Tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaKu,akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"
Ghafir : 60
Namun
harus diingatkan kepada diri-diri hamba ini, Allah lebih tahu apa yang hambaNya
perlukan, hamba ni minta wang, kerana dia sangka dengan wang dia akan gembira,
Sebenarnya dia perlukan kegembiraan, bukannya wang. Lalu Allah Berilah sesuatu
yang mampu menggembirakan hatinya.
Cuba
flashback hidup kita terdahulu, doa apakah yang kita paling kerap ucapkan? Doa
apakah antara yang paling tinggi darjatnya?
Ya,
ayat ke enam surah al-Fatihah inilah antara doa yang paling tinggi darjatnya, kerana
apa? Kerana doa ini wajib untuk kita baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari.
Ini doa untuk kita, dan orang lain juga.
Namun ,
sadarkah kita, apakah respon kita apabila jalan yang lurus
ditunjukkan kepada kita?
ok bata timpa atas kepala*
Sudah pasti semua mahu jalan yang lurus bukan? Namun ia
tidak semudah ungkapan tebu dibibir(apa-apa je la), tapi nilai sebenar pilihan itu adalah
apabila kita mengalami perasaan ketika memilih jalan yang lurus itu.Bila kita
hidup dalam pilihan yang baik itu, barulah hati kita sedar, bukan senang,
hingga terdetik di hati, “omG this is getting seriously serious!” eheh.
Tapi meh la kita, semat dalam jiwa ini yang
“Allah
does not charge a soul except [with that within] its capacity…..”
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan apa yang dia mampu…….”
Al
Baqarah 286
:’)
Ya, jika kita sedang melalui kesusahan-kesusahan yang kita
rasa sudah tiada jalan keluar itu, percayalah, sebenarnya ia dibawah keupayaan
kita, disitulah titik dimana Allah merindukan doa kamu wahai sahabat, Allah
ternanti-nanti ratapan mu sahabat. Bukan sekadar diluah dibibir tetapi datingnya
dari seketul hati yang benar2 mengharap.
Akhir
sekali, dalam berdoa, dalam melalui liku2 hidup di dunia yang penuh dengen tipu
daya dan permainan ini (bukti !) , harusla
sentiasa disertai niat yang ikhlas, orang puteh kata sincerity.
Ya bukan senang mak oiii!
Sebab itu kena usaha untuk mendapatkannya..
“ala semua kena usaha.."
“ye la weh, syurga tu kan mahal, dan nikmat?
Seriusly.
Sufyan Ats-Tsauri rahimahullah berkata,
ما عالجت شيئا أشد علي من نيتي ؛ لأنها
تتقلب علي
“ Tidaklah aku berusaha untuk
mengubati sesuatu yang lebih berat daripada meluruskan niatku, karena niat itu
senantiasa berbolak balik”
Akhir sekali lagi,
by Nasyrah



1 comment:
DUIT.. DOA.. USAHA.. ISTIGHFAR.. TAWAKKAL.
bTW, Nice entri. Terasa jugak dlm diri ni.
Post a Comment