Monday, August 12, 2013

jangan terkeluar dari tabir itu

"Tahu tak, ikhwah akhawat yang dikatakan satu keluarga itu, sepatutnya sehebat Talhah, ahli keluarga Aisyah.

Bila Ali mengingatkan Talhah,

"Bukankah engkau yang ditegur Rasulullah kerana bercakap cakap dengan Aishah tanpa tabir, dan bukankah juga kerana keinginan engkau mengahwini isteri Nabi engkau ditegur Allah secara terus, tapi mengapa kini engkau yang menyingkap tabir Aisyah, dan membawanya memacu kuda untuk berperang menentangku?"

Gugur air mata Talhah, bagaimana mungkin menyakiti sahabat sebaris, baris depan Badar, Uhud dan Khandaq, dan bagaimana mungkin dia yang mengeluarkan isteri kesayangan Rasulullah dari balik tabir pelindung.

Cemburunya bidadari pada wanita dunia adalah kerana hebatnya dia, saat seluruh dunia bersama keseronokannya menarik-narik tabirnya, sikit pun tidak tersingkap, sedangkan wanita syurga itu hidup senang di dalam khemah khemah, terpelihara di syurga yang indah tanpa bahaya, tidak pernah disentuh manusia mahupun jin sebelumnya.

Sepenuh rasa jujur, ini permintaan saya kepada semua ikhwah/syabab/lelaki secara amnya, kami akhawat di sini hanya ada antum sebagai saudara. Peliharalah kami, lindungi kami dari jemputan jemputan beraya bersama, dari pelawaan pelawaan bergambar bersama, jangan biarkan kami melangkah keluar meninggalkan tabir tabir kami."--- kak nurul ain abdul rahim


Nangis...Nangis..Nangis..

Nangis dalam keadaan diri sendiri yang tengah futur.
Nangis dalam keadaan diri sendiri tidak mampu mengekalkan momentom ramadhan.

Bukan terlalu syadid..tapi rasa nak nangis andai si akhowat hanya keseorangan atau berdua kerumah syabab yang dalamnya ada 4-6org ahli rumah.

Bukan hanya dijordan.tapi dimalaysia,dimana-mana pun.

Nangis andai yang melakukan tu rakan terdekat.nangis kerana tak mampu melarang.nangis kerana hanya membiarkan.nangis kerana hanya melihat gambar-gambar difb.nangis risau andai diri sendiri tidak mampu melawan nafsu yang konon dikatakan fitrah mahu berkawan dengan berlainan jantina.hingga membuka tabir-tabir fitnah !



Hawa...kamu tahu kenapa dizaman rasulullah anak2 perempuan ditanam hidup2?dibunuh?kerana mereka menganggap kerana hawa lah adam tercampak keluar dari syurga.

Hawa... hati hati lah.jika kalian katakan,ini semua kono,ini semua zaman dahulu,fikirkanlah.mana perginya sifat malu seorang hawa yang datangnya dari syurga itu?bukankah hawa itu istimewanya kerana dia terjaga?

Hawa... entah nasihat ini menyentap hati kalian atau tidak.kerana hati ini sendiri kotor.hati ini sendiri masih belum dibasuh dengan penuh rasa taubat.mana mungkin,kalam dari insan yang hatinya kotor seperti ini,mampu menyampaikan kalam utk sampai kehati kalian..Astaghfirullah .. T__T

Hawa.. andai alasannya "dia itu pengarah saya masa program ini" "dia ini junior saya.macam adik saya" "kami kawan.kenal dalam meeting hari tu." 

Kita bekerja utk apa duhai hawa?lunak nya suara apabila ditelefon.membincangkan urusan yang tertunda.tidak salah.tapi susah kah utk mengeraskan sedikit suara?hati adam itu bergetar duhai hawa.biarlah dikatakan kasar.biarlah.asalkan tiada adam yang goyah! 

Benar hawa.mungkin kita terasa susah apabila kita ingin lunaskan rasa fitrah kita.Bukan kalian sahaja.empunya jari yang menaip ini juga.

Tarik saya bila saya tergelincir.dekati saya bila saya menjauh kerana insan bernama adam.kerana hak kalian wahai hawa,perlu saya utamakan.itu lebih pentingkan ?

doa rabitah se-das ! <3

1 comment:

Fann said...

terima kasih atas peringatan.
T.T semoga Allah kurniakan kekuatan buat kita untuk tinggalkan segalanya.