Sunday, August 18, 2013

Isu mesir,isu kita

Angin jordan merosakkan tudung Faqihah yang sedang terbuai membaca novel di hadiqoh.

"ta3al hun!" (mari sini!)
Jeritan si ibu diabaikan sang anak.terus leka menyepak bola dengan sorakan kuat dari kawan-kawannya.Iman terus memandang.seronok melihat kanak-kanak bebas berlari tanpa perlu memikirkan masalah.

Satu keluhan berat dilepaskan..teringat kalam murobbinya..
"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummat." ~as Syahid Imam HassanAl-banna.

Iman..kau bukan tak tidur lena.Terlebih tidur adalah.Bukan fikirkan masalah ummat,fikirkan masalah dunia adalah.

Wajahnya ditundukkan.Hatinya sebak saat kesemua negara jirannya sedang hebat berperang.Syria,palestin sekarang mesir.Dan dia masih disini.masih dibumi jordan.Menghabiskan sisa-sisa pengajian.

Jauh disudut hatinya,wujud rasa bimbang.kebanyakan bank,duit sudah tidak boleh dikeluarkan.Ahh iman! Kau masih boleh makan.kau masih boleh keluar tanpa risau.masih tak bersyukur?!

"kau kenapa?okey?" bahu iman dicuit.

"apa eh,salah orang-orang mesir..diorang duduk kat medan rabiatul adawiyah sebulan tanpa apa-apa senjata pun." anak mata faqihah aku pandang.mohon diberi penjelasan

"apa-apa senjata kau cakap?yang menyerang mereka itu juga islam.pastinya mereka tahu,senjata paling kuat bg orang islam adalah doa" faqihah sudah mula duduk bersila menghadap aku.

Mereka tahu.Tapi kenapa mereka menyerang saudara sendiri?Ahh Iman,untuk apa doa "ya Allah jangan pesongkan hati-hati kami setelah engkau berikan hidayah pada kami". Doa ini selalu kau baca.Apa kau ingat,hati manusia itu tidak akan berbolak balik?Apa kau tidak pernah lihat,islam berbunuhan kerana harta dan kuasa?




"jelez kan Iman.kau cuba fikir.masa ramadhan,diorang berkhemah kat situ.diorang masih boleh buat roti.diorang masih selesa bertahajud.membaca alquran,siap buat pertandingan hafazan haa.jelezkan ? sebab mereka sangat merasa Allah itu dekat.Allah campakkan rasa ketenangan dalam hati mereka.kita?buat pertandingan nyanyian.baju paling cantik." faqihah mendongak kepala kelangit..

"3tahun iman kita kat jordan.pernah tak kita terfikir mesir akan jadi macam tu?baru sem lepas kita plan,nak beraya kat sana tahun ni.sekarang tengoklah.kat jordan jugak kita duduk."

"maksud kau?" iman blur.

"manusia bila dalam keadaan aman,selamat,dia rasa selesa.bagaikan dia akan berada dalam zon selesa sampai bila-bila.maka maksiat dipandang enteng.ibadat dipandang ringan.rasuah,penyelewengan beleluasa.umpama langit itu tidak akan runtuh suatu hari nanti."

"bila duduk bumi jordan,bila kita datang,semua negara yang awalnya aman sekarang berperang,sebenarnya kemenangan islam itu semakin hampir.maksudnya kiamat dah semakin dekat.yang berperang semua negara islam.ada kau dengar UK berperang?"

"diorang thiqoh/percaya dengan ayat Allah 
kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.47:11 

"Gerabak dakwah dan islam terus berjalan.kalau kita tak follow,kita yang kene tinggal.kemenangan islam tu Allah dah janji dah iman.kita ni je yang kene pilih,nak menjadi orang yang sama-sama membantu dalam kemenangan islam tu,atau sekadar melihat islam itu menang."faqihah senyum

"looser lah kalau cuma lihat..tapi apa sangat weh yang kita boleh buat.kita student" kening iman dinaikkan.

"Hei ! kau tahu tak musuh islam takut dengan pemuda-pemudi.kalau tak kenapa kanak-kanak dibunuh.syabab ditembak? sepatutnya,bila jadi macam ni,kita naik kan semangat momentom study kita.yang doktor,biar cita-citanya nak pergi membantu mereka disana.yang akauntan biar bercita-cita untuk bantu ekonomi disana.yang media,biar cita-cita nak kuasai media dunia supaya tiada lagi tipu daya"



"dan kita...bercita-cita untuk betulkan akidah orang islam yang dah rosak..kita ini juga doktor.walhal tugas kita lagi berat dari doktor medic.sebab akidah itu tunjang ."

bumi jordan sudah merangkak senja.kanak-kanak yang bermain tadi sudah hilang dari pandangan.

"Allahu yuqowiyuna.Allah yusa3iduna.Allah ma3ana fi kulli makan wa kulli zaman.."
(Allah kuatkan kita.Allah bantu kita.Allah bersama kita disemua tempat dan masa)

"na3am,kama qolallahu ta3ala. 'ud3uni.astajiblakum' "
(betul..seperti firmanNya 'berdoalah kepadaKu.aku akan kabulkan')

"dah jom balik.malam ni ada projek buat video kat bayt ayyash"

Pemuda harapan islam.Biar kita itulah pemudanya.

Untuk yang belum tahu apa terjadi dimesir http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/08/konflik-mesir-untuk-dummies.html

Update terkini tentang mesir https://www.facebook.com/MesirKini 



No comments: