Friday, July 12, 2013

Ramadhan di perantauan

Alhamdulillah.
Kita doa, "Allahumma balighna ramadhan" akhirnya Allah makbulkan..Cumanya,kena tanya diri semula lah,doa kita tu,sekadar doa,atau kita memang mahu mengejar 1001 manfaat dibulan yang awesome ni.Setahun sekali je.Entah tahun depan kita berpeluang atau tak jumpa dengan si cinta ramadhan.

3tahun dijordan.Kali kedua alhamdulillah merasa ramadhan sebagai anak perantau.Tahun pertama balik 3bulan.jadi dari 1 ramadhan hingga akhir ramadhan mmg rasa kenikmatan secara zahirnya.
Tahun kedua 6hari terakhir ramadhan dimalaysia.Dan kali ini,tahun ketiga insyaAllah,sehingga malam 1 syawal di jordan..



Sayu ? Syahdu ? Adalah juga perasaan tu masa malam ramadhan.Sayu bukan sebab tak dapat pergi bazar.Sayu bukan sebab puasa kat sini lama waktunya.Sayu bukan sebab kepanasan nya.Sayu bukan sebab tanpa ibu bapa.Tapi entah.Mungkin bila jadi perantau jauh beribu batu memang ini kot perasaannya.

Keindahan ramadhan dijordan bagaikan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Tapi boleh digambarkan melalui penulisan.eheh ~

2hari sebelum ramadhan,banyak rumah dah pasang lampu lip lap lip lap.2hari sebelum ramadhan,ramai kawan-kawan dah ucap kullu 'am wa entum bi kheir. Ramadhan dijordan lebih meriah berbanding hari raya.

Meriah dengan makanan seperti malaysia?Tak.jordan takde bazar.jordan takde orang arab jual makanan lain dari yang lain dari bulan-bulan biasa.Apa yang ada sebelum2 ni,itu jugaklah yang ada dikala ramadhan.Cuma,istimewanya ada air tamar dan qisytoh.

Jordan meriah dengan suasana ibadahnya.pegi kelas,dalam kelas,tepi jalan,orang jual buah,orang jual jagung,orang jual teddy bear,pakcik taxi,pak cik jaga,semua membaca al-quran.Subhanallah :')

Kalau dah azan,kalau masjid jauh,tak payah pelik lah tetbe ade orang solat tepi jalan,bawah tangga,tepi pintu.itu biasa.

Dikala solat terawikh,kalau kat msia antara solat tu ada selawat yang "qobla minnallahi wani'mah.." kalau kat sini takde.sebab itu bukan sunnah.tapi adat

Disaat solat witir,imam akan bacakan doa qunut ditambah dengan doa utk orang mesir dan syria.saat tu,kau akan dengar esakan makcik2 pelarian syria dan palestin menangis2 mengaminkan .dan malizi pun ikut nangis.

Waktu puasa berbeza dengan msia.Subuh 4pagi,maghrib 7.48mlm.Boleh congak lah berapa jam kami puasa.Tapi tak terasa pun walaupun panas jordan ni tak terkata jugak lah.Alhamdulillah .

Kalau kat malaysia,kalau rasa malas nak masak,makan kat luar,kat jordan bagi akhowat (perempuan) macam agak jarang sangat lah makan kat luar tu.kedai pun tak byk buka.

Jadi,advantage duduk perantauan,sahur kau masak.buka pun kau masak.kau akan rasa erti memberi dan menerima.erti ikhlas menyedok gula dan garam saat kau sendiri tak yakin apa benda yang kau masak ni utk kawan2 lain yang berpuasa.Saat kau pulang dari kelas,kepala dah fikir nak masak lauk apa.Dan tiba saat yang paling bahagia,bila dah berbuka,duduk ramai2 mengelilingi talam,lauk yang kau masak tadi habis licin .Maka kau tersenyum bahagia.

Rindu malaysia? Mestilah..kat malaysia mak kejut sahur.kat malaysia,sahur pun mcm buka.lauk macam x muat meja.kat malaysia time sahur tengok muka adik2 yang toya baru bangun tidur..

Kat sini disebabkan subuh awal,terawikh pun habis dalam 11.30,adakalanya stay up je.bila tepat pukul 3,ada pakcik arab main gendang sambil jalan kat jalan raya.kejutkan orang sahur.sahurlah apa yang ada depan mata.kalau rasa rajin,masak.tak rajin,maggi pun dah bersyukur.duduk depan pintu dapur ramai2.oh kau tak tahu best nya mcm mana.eheh~

Bila terawikh,kalau kat malaysia semua putih je.kalau tetbe kau tak pakai telekung,solat dengan pakaian kau yang dah menutup aurat,nanti makcik2 pandang pelik.

Kalau kat sini,yang pakai telekung tu yang macam agak pelik.then sof pun memang rapat semampat2 nya.mak cik arab xkan biarkan space walau sebesar jari kelingking (er?) Jadi sebenarnya kadang2 aku pelik,apa ananiyah sgt orang msia yang nak sejadah sesorang tak nak share.zz

Kat malaysia,balik terawikh ayah tunggu.kat sini,muroqib2 atau syabab atau mahasiswa sini akan tunggu kami diluar masjid.dan hantar sampai rumah.untuk keselamatan.

Macam tu lah sedikit sebanyak hidup dibumi jordan.sedikit syahdu sebab tak dapat cium tangan mak ayah sebelum ramadhan nak minta maaf,tapi melalui whatsapp pun dah cukup :')

Tak tahu apa azam ramadhan ni..mutabaah amal sebolehnya nak jaga..dah2 lah hu ha hu ha.kita sambung nanti.isk.

Bulan mengejar redha tuhan.kejar betul-betul.Bulan pesta amal.betul-betul pesta.

Mungkin,lebih tergambar ramadhan disini kalau tengok jejak rasul ni  Jejak rasul dibumi jordan

memori ber iftor dengan sebahagian akhowat '10 yang x balik malaysia tahun lepas :)

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ramadan Kareem

Hepi for u :)

Tabarakallah