Saturday, July 13, 2013

Don't worry,Allah heard !

Sama ada hari kasih sayang dari Allah,atau hari ingatan dari Allah ?

Sebenarnya,lepas terbaca tentang solat yang ditinggalkan sama ada berzaman dulu atau sekarang,wajib diqodo'kan.aku baca kat link ni  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=481773238583350&set=a.481773231916684.1073741826.478445482249459&type=1&ref=nf

Maka,dari second ramadhan sampai nak masuk hari kelima ni,segala solat sunat rawatib,dhuha,terawikh,semua aku gantikan dengan solat qodo' ..sebab dulu pernah masuk hospital.dulu tu maksudnya entah aku lupa bila.tapi pernah.dan of coz lah aku tak solat.zaman teramat jahiliyyah masa tu.dan aku tak ingat berapa hari.nk dicampur lagi bila dah keluar hospital,xboleh bangun lagi.dengan jahitan luka tu nye lagi.aku tak ingat berapa banyak solat yang aku dah tinggal.sungguh ni bukan nak buka aib.tapi nak cakap,siapa yang tak pernah berada zaman x berapa dah ikut suruhan kan?



Semalam,masa lepas sahur,sebelum solat subuh,aku macam nak nangis.Ya Allah,aku nak kembali tunaikan solat sunat macam biasa.aku nak tahajud.aku nak solat rawatib.aku nak merasa zouq terawikh...then masa aku solat qado' subuh (gantikan solat sunat sebelum subuh) aku nangis.sebab aku mcm dah putus asa dah. ...tu lah dulu jahil sgt .tak suruh org wudukkan ke apa.


Pastu,aku pergi kelas..doc tiba2 buka topik solat sebab ada orang tanya.

"adakah kita perlu menqodo'kan solat2 fardhu yg kita pernah tinggalkan?perkara ini ada khilaf.jika mampu,buatlah.jika tidak mampu,buatlah sebanyak nya solat2 sunat,amalan2 sunat,dan bertaubatlah dengan sebenar2 taubat.Allah itu Maha Penyayang.kalau nak qodo' kan semua solat,ada kemungkinan kita tidak mampu.kerana solat hari-hari.jika setahun kita tinggal,kita perlu qodo'kan solat 18++  ?"

"Jika wujudnya persoalan.mengapa puasa perlu diqodo'kan?kerana kita berpuasa sebulan sahaja selama setahun.jika puasa ditinggalkan,x sebanyak solat yang hari2 kte wajib tunaikan.."

"Allah itu Maha Pengampun.Dia dengar rintihan hati hambaNya.Dia tahu kepayahan hambaNya mencari redha Dia."



Lepas tu lepas tu hati aku rasa macam syahdu gila.walaupun aku x puas hati sikit lah sbb x dapat dalil pasal khilaf tu kan.balik rumah,siapkan assignment,then buka kat rumah kawan,jemaah terawikh sekali sesama.habis terawikh,tengok fon,kawan malaysia hantar whatsapp.

nampak waktu jam tu? 11.09 malam jordan.malaysia dalam pukul 5pg.rajin sungguh dia whtsapp pepagi T__T

Nak cakap rapat dengan anis tak juga..sebab jumpa baru sekali..pastu awal2 ramadhan mmg hantar kata2 semangat ahlen ramadhan kat semua kekawan .xde lah aku jenis rajin hari2 nak beri tazkirah whatsapp .

Bila dapat whatsapp macam ni,sebenarnya Allah nak tegur aku ni yang leka dengan dunia T__T busy busy busy walhal ramadhan patutnya slow down sikit.apa sgt nasihat aku boleh bagi walhal aku sendiri penuh dengan lompong2.pastu aku jelez dgn dia.Allah campak kan rasa nak kan kebaikan kat dlm hati dia.dia nak mencari kebaikan tu.dia nak perubahan tu.dia mencari walau dengan apa cara sekali pun .

Momentom up kan sikit ramadhan ni ! Berperang dengan exam and too many assignment anggaplah tu ibadah ! yeay
Kalau rasa-rasa ramadhan ni nak sumbangkan "like" boleh lah like gambar ni kat link picture your ramadhan contest
Ramadhan ni ngengada masuk contest =.=''

No comments: