Thursday, July 11, 2013

Power gila doa !

Siapa tak bersyukur,mendapat isteri yang berpendidikan tinggi.ada rupa.agamanya pun,okey juga.

Diawal perkahwinan,nuruddin masih bertahan dengan sikap bongkaknya,egonya.dia cuba menasihati supaya berubah.dia cuba.tetap cuba.

Sampai satu tahap,nuruddin sudah tidak dapat bertahan,apabila maruahnya umpama dipijak.dia sedar,dia cuma pensyarah master.tiada pHD.berbeza dengan isterinya yang mempunyai PHD.tapi dia tetap suami.dia tetap ketua keluarga.fakta itu tidak pernah berubah !

Hasil perkahwinan mereka,dikurniakan seorang puteri yang comel.Namun hak penjagaan keatas isterinya.Tidak mengapalah.dia mengalah.

Nuruddin bukan seorang yang tidak bertanggungjawab.walaupun dia sudah berkahwin lain,namun dia tahu,masih ada darah dagingnya yang perlu diberi perhatian.

Dia pergi membelikan pakaian dan bermacam jenis mainan utk si puteri tadi..Dari kelantan,dia sanggup drive ke selangor.rindu seorang ayah kepada seorang anak,hanya tuhan yang tahu.

"saya nak jumpa anak saya..sekejap pun takpe.hanya mahu memberikan barang2 yang saya beli" nuruddin berkata lembut pada bekas isterinya.Suasana agak tegang.yelah..datang x berjemput

"tak boleh.aku tak benarkan" umpama bagai mahu satu dunia mendengar suaranya,isteri yang bongkak lagi ego mahu menghalang.

"okey.kalau awak tak bagi takpe.tapi ambil lah barang2 ni" nuruddin malas mahu bertekak.apatah lagi jiran-jiran mula memandang.

"tak payah.aku mampu sara anak aku.kau amik semua barang kau beli ni" pintu pagar ditutup kasar.nuruddin beristighfar panjang.ada rasa kecewa dalam hatinya.apa salahnya hingga barang pun tidak diterima?

Nuruddin memandu pulang ke kelantan dengan 1001 rasa kesal.dia rindu si puteri .dia rindu...sungguh.

"ya rabb.ya rahman yang memegang hati manusia.kau makbulkanlah doa ku ini.biarlah suatu hari nanti,anak ku memakai pakaian dan bermain mainan yang aku beli ini dirumahku sendiri" dalam kepekatan malam,nuruddin berdoa penuh mengharapan.saat ini,detik ini,pada siapa lagi dia mahu mengadu jika bukan pada sang pemilik hati.

8bulan berlalu.selama 8bulan itu lah,nuruddin tetap tidak berpeluang bertemu puteri nya.

Pagi jumaat,handphone nya berdering.bekas isteri telefon?untuk apa?

"aku kena kerja luar.kat sarawak.kau tolong jaga puteri"

Hampir terlepas handphone nuruddin.terlalu gembira.tak terkata.Allah dengar doanya.si puteri akan tinggal dengannya.memakai semua pakaian yang pernah dibeli.Allahurabbi,kaulah pemilik hati.Kau membolak balikkan hati2 kami.

__________________________________________________________________________________

Cerita ni sebenarnya syahdu.cerita salah seorang pensyarah kat sini.tapi aku kot yang menulis dalam keadaan aku tak letak kan diri aku dalam cerita ni.

Pointnya aku nak cakap pasal doa tu..Kuasa doa memang peh. Allah kalau nak bagi,dia bukan bagi terus lepas kau doa tu.kang dia terus bagi,kau jugak yang pengsan.

Doa dan bertawakal lah.sikoh/percaya bahawa jika apa yang kita doa perkara yang baik,Allah akan makbulkan.jika tidak,Allah pasti menukarkan dengan sesuatu yang lebih baik.

Bulan ramadhan ni kan,solat 5x sehari,berjalan kehulu kehilir,salam dengan ramai orang,ngadap makanan berbuka yang sedap2,apa salahnya ucapkan sedikit doa.mendoakan diri sendiri dan orang lain.dalam doa tu,kalau jenis malas nak klasifikasikan nama orang yang kita nak doa,kita jama' kan terus. untuk muslimin dan muslimat.haaa~~~~ mudah gitu

Alhamdulillah dah 2hari berpuasa.maka beruntunglah Allah masih bagi peluang untuk mengejar bulan yang penuh dengan keberkatan ni.sama ada kita amik berkatnya atau x terpulang.

Orang cakap,kalau nak tengok diri kita yang sebenar,tengok time puasa ni.so tilik diri sendiri camne.ubah slow2 jom!

nota hati: sedih sedikit lah puasa diperantauan .tapi Allah gantikan dengan 1001 kegembiraan :')

No comments: