Ya ukhti kareem..
sebelum meneruskan pembacaan,boleh ambil masa sekejap untuk baca link ni?mohon baca dengan mata hati. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=548191458572782&set=a.528918693833392.1073741828.528903693834892&type=1&theater
Sudah ? Apa perasaan sekarang ? Sentap ?
Kita lihat pula situasi dimalaysia sekarang.Betapa ramainya wanita yang tidak perlu dipaksa pun,mereka sendiri yang tanpa rasa malu memegang tangan ajnabi.Saya salah ?
Mungkin,kita perlu memahami situasi dia.Mungkin terlalu excited.Selama ni tengok jong kook dalam running man je.Bila dah ada depan mata,anggota badan kita bagai terkena kejutan elektrik.
Tapi akhowat yang Allah muliakan,untuk apa akal dikurniakan..
Saya faham.wanita ni pantang nampak apa dia suka sikit.Saya bagi contoh perempuan nampak kucing comel.terus dijeritnya "comellllllll sangatttt kucing tuhhhhh"
Kalau nampak baby comel " rasaaa nak cubitt pipi diaaa" .Saya faham,saya faham.Tapi wanita,akhowat,perempuan yang dalam jagaan Allah sekalian,jika anda bertudung,anda membawa imej islam.Yes islam.Tidak kisah lah anda bertudung dengan baju ketat ke,anda bertudung dengan baju lengan pendek ke,bila anda bertudung,non muslim akan kenal anda as islam.Tahniah,sekurang-kurangnya anda faham,rambut itu aurat :,) see..masih ada secebis rasa ingin berubah kan dalam hati anda?
Tapi....cubalah sedikit demi sedikit,kita menutup apa yang perlu..saya sendiri masih belum complete.kadang-kadang pergi kedai bawah rumah main redah je tak pakai stokin.yakin bahawa kain yang dah dilabuhkan sudah cukup syarat menutup kaki.Tapi bila melangkah keluar,ditegur housemate,"kaki kau tu bercahaya.pakai stokin" Cantik kan teguran Allah yang wasilahnya sahabat tadi?
Kita mengambil ringan tentang aurat.saya faham,wanita ni semua benda kene tutup selain tapak tangan dan muka.saya faham ia agak sukar pada mulanya.apatah lagi,stokin dan pergelangan tgn hingga kesiku yang kita anggap "takpe..nampak aurat sikit je"
Dulu,saya pun macam tu.saya fikir,xpe..sikit je.tak pe..ramai je tak pakai stokin.tak pe.tak pe.hinggalah ada yang menegur, "aurat tu,Allah tak cakap kalau nampak kaki,hukuman dia ringan je.kalau nampak tangan,tu dikira aurat kecik.nampak aurat sikit pun,samalah menampakkan semuanya.." sentapkan?yes masa tu saya tersentap.dan saya benarkan kata2 dia.
Wanita yang Allah kurniakan hati yang lembut,
Jika sekarang umur kamu 21tahun,seperti saya, sudah 21tahun kamu menjaga maruah kamu.Tapi hanya sehari kamu rela rendahkan sedikit maruah kamu untuk disentuh oleh artis yang dia sendiri tidak tahu siapa kamu.Fuh ! Tinggi martabat jong kook rupanya..
Yes,saya faham.. "apalah sangat.dia bukan pegang apa pun.tangan je.."
Tapi,andai kata suatu hari nanti,jong kook atau non muslim yang lain mempersoalkan
"kami dah hormati agama kamu.tapi bagaimana jika kamu tidak menghormati agama kamu sendiri?"
Kita ada jawapan?Entah.saya juga tiada jawapan..Adakah kita islam pada tudung? Saya pasti..tidak.kerana dalam diri kita semua masih ada iman.masih bertuhankan pada yang satu.percaya pada yang satu..
Nak salahkan jong kook atau lelaki2 non muslim yang lain?
"Dalam agama saya,tidak diharamkan pun memegang perempuan ajnabi/asing.jika pada agama kamu haram,kamu punya pilihan untuk tidak menyentuh saya" ..dapat kalian bayangkan jika jong kook berkata seperti ini?
Wanita yang punya jiwa umpama kaca..
saya faham..nak menghala kearah kebaikan itu payah.nak menjadi solehah itu tidak mudah.banyak perkara yang kita perlu korbankan..jika terasa berat untuk menjaga semua batasan syariat,cukuplah kita cuba menjaga batasan ditempat awam.ditempat yang orang lain memandang anda islam.boleh ?
Jika anda punya jawapan ,
"kau senang lah.suasana kat sana memang islamik.sini kitorang dah biasa.bukan salah pun.bukan buat maksiat pun"
**nangis.
suasana sini memang islamik.tapi hello..iman ni pun takdelah macam malaikat.adakalanya boleh jadi syaitan beranak dalam diri.ada masanya diri sendiri leka dengan duniawi..
wanita yang Allah kurniakan keindahan,
Siapa tidak mahu mengejar redha Tuhan?siapa tidak mahu berubah kearah kebaikan?siapa tidak mahu mati dalam keadaan husnul khotimah/keadaan baik ?
Allah tak pernah cakap,hidup ni tiada ujian.nak buat amal,memang Allah cakap,Allah akan permudahkan.tapi Allah tak cakap pun,tidak akan ada ujian.kalaulah hidup ni smooth je dengan kenikmatan,apa gunanya doa?? PASTI KITA HIDUP TANPA TUHAN.
Wanita yang punya iman,..
biarlah apa pun pandangan manusia pada kita.biarlah.biarlah mereka tidak tahu betapa payahnya kita meninggalkan jahiliyyah yang berpuluh tahun bersarang dalam hati.yang penting pandangan Tuhan.
Percayalah,saat kita lemah tidak berdaya,Allah dakap erat.saat kita ingin berubah,Allah sediakan jalan.
Bila waktu yang sesuai untuk berubah ?
Ramadhan tiba :) Ramadhan tiba :) Jom tarik tangan sama-sama berusaha masuk syurga !
Nota hati : jong kook tu example.lebih khusus,lelaki bukan mahram..Oh,fetih juga datang malaysia kan?saya harap hafalan quran nya tidak hilang !


3 comments:
Allahuakbar.
terima kasih utk entry hebat ini. semoga Allah bantu kita utk terus jaga iman...
pernah tgk satu variety show ni. seulong 2AM ckp, die terkejut mse dtg malaysia, rmai perempuan bertudung dtg konsert die pastu dtg mintk sign.
nk ckp kt sini yg die igtkn kita yg bertudung ni cuma boleh ckp dgn husband n family je,tp xsgke pulak yg w/pun bertudung,boleh ckp dgn lelaki selain suami n ahli keluarga.
Post a Comment