Tuesday, June 25, 2013

Surat cinta emak.

Entah kenapa dengan hari ini.
Mungkin perlu re-check semula diri.
Apa jadi dengan hati ?
Mendengar kalamullah umpama telinga itu sudah tuli
Walhal kau tidak sedar suatu hari kau akan mati?

Allah ..
Jika futur biarlah sebentar cuma..

Entah kenapa dengan hari ini..
diri rasa dikhianati teman sendiri..
lantas mula berbahasa dengan nada yang tinggi..
Kau dah kenapa?
membiarkan syaitan menguasai ?!

Astaghfirullah...
jangan layan nafsu diri ..

Balik dari kelas,langkah diatur lemah.
air mata jatuh bukan kerana terasa payah..
tapi bagai tidak sanggup menanggung lelah ..
hati ini mungkin juga keluh kesah..
mengharap adanya teman sudi meminjamkan bahu walaupun sebentar..

Okey dah.tak tahu nak sambung puisi tu..Balik rumah memang terus rasa nak baring.Rasa hari ni serba tak kena..Sempat menangis sekejap dalam kelas.Sekadar mengingatkan rakan disebelah "aku nak nangis,tapi kau tak payah hirau.aku cuma nak nangis"

dan air mata laju meluncur.doktor yang mengajar dihadapan memang tak boleh aku nak fokus dah.entahlah..terasa jauh dengan Dia..

Walau mak jauh beribu batu,dia bagai dapat rasa anak dia ni dalam kesedihan.tak pernah pernah aku balik kelas terus dapat call dari skype.hari ni baru masuk bilik,mak dah call skype.Aku agak,ada hal penting..rupanya mak hanya sekadar ingin berborak..

Dalam keadaan aku yang tengah down,bila tengok wajah mak lagi lah aku rasa air mata macam terjun nak keluar.cuba tahan..melayan celoteh mak..tapi akhirnya aku tewas..suara berubah ,pastinya mak dapat kesan..

"kau kenapa?"
"takde pape..penat kot.."
"penat belajar?"
"aah..minggu ni exam.." ahhhhhhhh serius kau menangis sebab belajar??huh
"sabarlah..belajar mmg penat"

dan saat tu,detik tu,aku mula mengesat2 pipi,memandang2 ketepi ,tak nak disedari ada air mata yang membasahi pipi..

mana mungkin si ibu itu x menyedari kesedihan anak sendiri..

"kau nak balik ke?"
"entahlah..adik nak balik...adik penat mak.."

Entah kenapa meluncur laju kenyataan seperti itu.Walhal yang buat keputusan untuk raya diperantauan itu ,aku .ni dah kenapa ngengada ?

aku lihat mak mula mengesat2 mata.Allah....mak..jgn nangis.jgn nangis.please..

sepanjang 3tahun disini,belum pernah aku menangis dekat skype,dekat telefon,dekat mana2 lah.mungkin kali ni,perasaan down dia memang tak dapat nak kawal..

"mak dah la.adik ada keje ni"

butang merah aku tekan.pertama kali tidak menghabiskan skype dengan salam.cukuplah.aku tak sanggup tengok cinta aku menangis T.T

Laptop aku ketepikan.baring sekejap sementara menanti azan asar.Whatsapp fon berbunyi.kakak hantar gambar ..


Mak..saya okey kat sini..Tadi je tak okey.skang saya dah okey.dah siap boleh masak-masak dah mak.

Terima kasih utk surat cinta dari tuhan ni.air mata bercucuran baca.i love you mak.

1 comment:

Jihad_Annur said...

Salam..subhanaAllah ana pon nak menangis baca..La tahzan dear..kuatkan semangat untuk teruskan perjuangan dalam DnT di mana saja.. :)

# suka dengar soundtrack ni., :)