Saturday, June 29, 2013

Tutup kisah kelam

Hari ni mungkin hari senyum sedunia.

Saat dimana antara dua hati itu kembali terasa bahagianya :)

Humai sudah diirbid,
Humai sudah boleh dilawat,
Humai sudah boleh tersenyum tawa,
Humai sudah mampu menyekeh saya,
Humai sudah mampu mendengar tangis tawa saya,
Humai juga mainkan candy crush saya ! haha

Tapi,dia masih belum mampu berjalan seperti biasa.
Oh tak mengapa
dia kata,itu mungkin kafarah dosa.
saat itu,saya memandang wajahnya.
beruntungnya dia..
sedang dosa-dosa saya ?

Istighfar..

Apabila ada yang berkata pada saya "kau mesti rasa sedihkan sbb antara yg terawal tahu berita tu"

Hmm.

Sejak humai kawen,mana mungkin saya boleh ada dengannya setiap masa.mana mungkin boleh lari pergi rumah dia memalam buta macam biasa.mana mungkin boleh selalu mengharap dia berada disisi saya.

Dua kali air mata mengalir sebab humai.First masa humai selamat akad nikah.masa tu saya tak dapat balik kemalaysia.saya hanya mampu call selepas mereka akad nikah.oh dengar suaranya pun saya rasa dah diterbangkan kemalaysia.walaupun saya rasa saya tak bantu dia disaat2 akhir majlis perkahwinan,tapi cukuplah sempat temankan dia cari baju nikah dijordan.



Kali kedua saat diberitahu tentang bencana yang menimpa.

Dan saya harap,cukup lah dua kali..

Tidak lama lagi ulang tahun perkahwinan humai dan nazirul.Rasa lucu bila ingat balik permintaan saya pada nazirul supaya tangguhkan perkahwinan sampai habis belajar sebab saya takut hilang humai hahaha !

Padahal humai tetap ada disisi.saat saya perlukan bahu.kalau bukan disisi pun,di viber.ehek!

Tamat sudah kisah sedih.kita tutup kisah kelam itu ye? :)

Oh,nak baca luahan hati humai? Ini blog dia..http://theceritaofsaya.blogspot.com/2013/06/334.html

Walaupun tahun ni tak dapat raya sama2.takpelah,bukan ke raya haji setiap tahu kita sama2? :D

Terima kasih yang memberi sumbangan.
Tak kira lah dalam bentuk wang,doa,kata2 semangat

Big thanks utk faiezah yang jaga humai siang malam pagi petang.yang ber tung tang tung tang kat dapur masak segala bagai.Oh aku rasa kau dah mak mak sangat :,)

Allah balas.insyaAllah


No comments: