Study group terhenti seketika.Ada yang terbaring letih.Ada yang ke tandas,ada yang makan.Ada jugak yang teruskan pembacaan.
Aku?hanya memandang keluar tingkap dengan pandangan yang kosong.
Sometimes i wonder why im here.Sitting for too many exam.
Teringat zaman sekolah.Zaman aku bergelumang dengan kalkulator.Dengan pelbagai jenis penyata kira-kira.Aku seronok buat semua tu.Dari pagi hingga ke malam.Orang cakap,aku gila dengan akaun.
SPM,aku buat betul-betul.Walaupun berlaku tragedi hingga aku perlu menghadapi SPM dalam hospital,tapi aku tak lupa dua cita-cita aku.Nak biasiswa.Nak kos akaun!
10A.Aku puas! Tawaran fast track akaun di uitm aku genggam kemas .
Kau tahu apa perasaan bila aku tak dapat nak sambung bidang yang aku nak?Entah.Aku tak tahu apa aku rasa selain kecewa.
Melihat mak menangis kegembiraan saat tawaran belajar dijordan sampai kerumah,pujukan ayah tak putus-putus supaya tawaran itu diterima buatkan aku berada dalam keadaan serbasalah.Antara minat dan harapan mak ayah.Bahasa arab aku tak pernah A ! Tak pernah !
Itu kisah 3tahun lepas.
Entahlah.bukan aku tak pernah rasa give up.Bahkan selalu! Ini bukan jiwa aku.Tahun pertama disini,pointer aku boleh dikatakan teruk.Maksud aku teruk adalah hingga boleh menyebabkan aku pulangkan semula wang biasiswa if aku x perform utk tahun yg kedua.
Setiap kali bgn dari tidur,aku membina semula serpih-serpih kekuatan yang ada.Membutuhkan telinga mendengar kuliah dalam bahasa arab setiap hari.Balik,bergelumang dgn kitab-kitab arab.Aku pernah gagal.Semangat SPM dulu hilang.Ahh ! SPM dah takde guna!
Aku terus melangkah,sebab aku tahu langkah ini membawa senyuman mak dan ayah.Aku terus gigih menghabiskan sisa-sisa pengajian yang terakhir.,dibahuku tergalas harapan mereka.
Walau hati aku kosong.walau jiwa aku hilang.
Bila rasa nak berhenti,airmata harapan mak berlegar-legar depan mata aku.Dah separuh jalan,mustahil nak give up!
Mak ayah tak pernah tahu ..pendam dan terus pendam hingga disaat aku penat.Ditahun 3 ni aku betul-betul rasa dah tak mampu.
Tapi,Allah itu kasih.dia hadirkan kawan-kawan yg sgt memahami.entah bila,jiwa aku nak berada dalam bidang ni.
Setiap yang berlaku,ada hikmah.Husnudzon dengan Allah.Lagi setahun,dan lepas tu segala kepayahan ni diganti dengan kemanisan.
KUAT AMIRA!
notahati:ahad isnin selasa rabu khamis aku exam.nampak tak kenapa rasa down dia melampau?

1 comment:
kisah kita sama . cume bezanya semangat kita .
Allah itu sangat kasih pada hambanya , tak mungkin semua ini berlaku tanpa sebab dan ganjaran darinya.
melihat parents bahagia adalah kebahagiaan kita juga . terus kan usaha wahai sahabat . moga setiap keterpaksaan kita belajar perkara yang tidak digemari ini , membuahkan hasil yang lumayan kelak . :)
Allah yussahil 'alaiki ya ukhti . :D
Post a Comment