Dewan tarbiyah sudah penuh.Mereka dtg dengan semangat Al-fateh .Tajuk "Dari Al-fateh untuk daie" akan dibentangkan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman.
Saya tak berniat untuk mengulas tentang apa yang disampaikan.Tapi sungguh,tak rasa rugi,kaki melangkah ke dalam dewan,disaat keesokan nya perlu berperang dgn peperiksaan.
Quote ustaz "Jika kamu pemimpin persatuan atau apa pun,sudah pasti kisah Sultan Muhammad Al-Fateh sudah berada dalam diri kamu kan?" Fuh ! Ustaz sgt husnudzon ! Sedangkan saya sendiri jika ditanya,siapa Al-fateh?jawapan saya,dia adalah seorang pahlawan,yang berjaya menawan kota Konstantinopel diumur 21tahun.dan ada hadis rasulullah ttg ini.Itu sahaja? ye ! itu sahaja.kenapa perlu menawan kota itu?bagaimana?apa cabaran nya,saya tak tahu.
Ternyata,kisah Sultan Muhammad Al-fateh bukan kisah biasa-biasa.Tengok movie Fetih 1453 bermula dari episod 6 hingga akhir (sebab diawalnya bagi saya agak boring =.=' ) .Disebabkan dalam talk ustaz ada menerangkan serba sedikit ttg geografi kota konstantinopel,jadi ternyata,movie itu sgt menusuk !
Saya terfikir.Masih ada lagi kah dizaman ini,tentera2 sehebat tentera2 al-fateh ?disaat mereka menerima pelbagai ancaman,mereka tetap tegar mahu menawan kota konstantinopel.walaupun menggunakan jalan bawah tanah,konspirasi mereka tetap dapat dikesan (ada dalam movie)
Pada hari yang ke-40,mereka masih belum berjaya menawan kota konstantinopel.Ada tentera yang sudah mahu berundur .Ramai pembesar meminta supaya Sultan al-fateh mengalah.Ramai tidak yakin kota konstantinopel berjaya ditawan.Ini bukan kali pertama.Sudah 13x percubaan.Namun semua gagal !
Mereka berusaha,hingga syahid.Penggantungan mereka pada Allah sangat kuat !
Ternyata,kita jauh ketinggalan jika mahu dibandingkan dengan mereka.
"Kita datang ke sini sama ada MENANG atau SYAHID. Tidak sesekali kita akan berundur!"

No comments:
Post a Comment