Tuesday, April 2, 2013

Hentikan futur

Portal SIS aku tutup.Cukuplah aku melihat semua markah final aku hanya sekali.Ada air mata mengalir.Aku menekup muka aku diatas meja.Allah .....

Pintu bilik kedengaran dibuka.Aku buat-buat tidur.Ahh mana mungkin aku mahu orang tahu aku menangis !

"Nasyrah ! Muaddal (pointer) aku naik weh! Alhamdulillah! Aku boleh balik malaysia dgn bahagia!" Jeritan Nisa bagaikan mahu satu dunia dengar.Aku tetap kaku.Nisa menggoyangkan badan aku.Mungkin agak pelik bagaimana aku boleh terlelap diatas meja study.

"Nisa..aku failed satu paper..kau tahu x Nisa.." hati aku luruh.Kalam itu hanya kedengaran didalam hati.Aku tahu kenapa aku failed.Aku tahu..

Malam itu aku hanya duduk didalam bilik.Keluar hanya untuk  makan.Nisa bagaikan dapat mengesan sesuatu.

"Nasyrah.ada pape kau nak share dgn aku?" nisa duduk dibirai katil.Ah !Tolong jgn tanya nisa.Aku taknak menangis depan kau!

"Takde pape pun nisa.kenapa?"
"Jgn sorok.Satu batch tahu.Markah kan terpapar kat kuliah syariah"

Argh!Macam mana aku boleh lupa yang memang setiap tahun markah akan ditampal!Nak cover pun dah tak boleh!

"Ye nisa..aku failed.tapi jgn risau.aku okey."
"kau tahu kan,kalau kau nak menangis,aku sentiasa ada sapu tgn lebih"

gurauan nisa,aku sambut hanya dengan senyuman.hari ni aku sgt penat.penat menangis.dan penat dgn parah dihati yang entah bila akan pulih!

__________________________________________________________________________________

Terasa phone aku vibrate didalam beg.Ahh!mana boleh angkat sekarang.Gila ke!Tak pasal-pasal aku dihalau keluar dari kelas.

"Intaha muhadhoroh(kelas tamat)" fuh !lega bila doc ziyad menyebut kalimah ni.

Fon aku keluarkan.Kelihatan ada msg masuk.

"Allah knows your day is rough,your life is tough and your heart is bleeding.He has the cure.Come,talk to Him." msg kak lisa bagaikan tahu apa yang aku simpan.Jazakillah kak.Allah yubarik fik!

Aku berjalan laju menuju mat'am roisi.Kelas dari 8pagi hingga 2petang memang buatkan perut aku bergendang muzik rock !

Mat'am kelihatan penuh dengan manusia.Memanglah.mat'am fav student tak kira lah arab ke melayu.Istimewanya mat'am ni,diasingkan tempat makan lelaki dan perempuan.Tak macam mat'am yang lain.

Disatu sudut,aku ternampak Hani melambai-lambai.Fuh,nasib baik ada tempat kosong.

"nasyrah,kau pergi beli makanan,aku jaga tempat eh?" belum sempat aku letak kan beg,arahan dah diberikan.Amboi budak ni.

"kau datang awal dari aku,asal x beratur dulu?eee lah kau ni !" aku protes tapi kaki ku terus melangkah untuk beratur.Dah lapar !

Dalam 10min ,akhirnya kami dapat menjamu nasi mansaf.Makanan paling famous kat jordan.Biasanya kami akan berkongsi.Satu pinggan banyak macam 10orang makan!

"Nasyrah,aku nak tanya ni.tapi kau jangan lah marah eh?" lembut suara hani menutur kata.Suapan aku terhenti.

"Em..kau failed qawaid kan?" soalan yang aku dah jangka.Satu dunia dah tahu !
"aah..dah lah weh.makan." tak berminat aku nak sambung perbualan.Korang tahu aku failed,ada korang tahu apa yang jadi ?!

__________________________________________________________________________________

Azan isyak berkumandang.Usai solat,aku hanya duduk diatas sejadah.Dengan rasa yang aku sendiri tak tahu nak tafsirkan bagaimana.

Ya Allah,selama Kau hantar aku ke sini,aku semakin belajar redha.Aku semakin faham sabar.Aku semakin tahu bersyukur.Tapi setiap kali aku teringatkan apa yang terjadi,aku jadi kalah sedikit.Kekuatan yang tak segagah mana ini,retak sedikit.Retak yang sedikit itu,bila dikumpul-kumpul,rupanya hampir roboh lantai semangat yang aku berpijak selama ini.Berat sungguh ujian kau ya Allah..atau akukah yang lemah?

Air mata mengalir laju.Bukan aku tak cuba untuk kuat.Aku cuba.Bukan aku x cuba bangkit semula,aku cuba berkali-kali.Aku tahu,apa lah sangat ujian ni.Ujian hati dan perasaan.

Nisa masuk kebilik tiba-tiba.

"eh sorry,aku tak ketuk.ingatkan kau tidur.aku nak ambil buku aku."

Aku angguk.Nisa duduk disebelahku.Mengusap-usap bahu aku.

"Nangislah nasyrah.."
"Nisa....." tangis yang selama ni aku tahan,aku lepaskan semuanya.Bagaikan seorang anak kecil,aku menangis dihadapan nisa.Sungguh saat ini,aku sangat lemah.

"Kenapa ni nasyrah.Kenapa dengan kau."
"Haneef putuskan pertunangan kami...aku dapat email sehari sebelum aku exam qawaid"
"sebab tu kau failed?"

Aku bungkam.Aku takde jawapan.Memang malam tu,lepas buka email,aku menangis sepuas hati.Hingga basah buku aku.Dan aku masuk kedewan peperiksaan dgn hati yang bercelaru.Pergi berperang tanpa senjata!

Aku mungkin boleh terima,jika dia punya sebab munasabah.Tapi sebab yang diberikan adalah belum bersedia.Jika belum bersedia,kenapa jumpa keluarga aku?nak malukan kami?!

"Nasyrah,kau percaya qada' dan qadar kan?"
"Nisa,kau boleh bagitahu aku,apa rasanya,bila orang yang kita harapkan,kecewakan kita?Orang yang kita percaya,khianat?Sakit nisa.Sakit !"
"Aku tahu,aku tak pernah lalui semua tu.Kau perlu bersyukur nasyrah.Kau pernah rasai kecewa ni.Dan kau masih boleh meneruskan hidup.kau masih kuat.Kalau jadi kat aku,mungkin aku x sekuat kau."

Kuat kau cakap nisa?Aku kene kuat nisa.Sebab aku dah berada ditahun akhir ! Aku perlu habiskan juga perjalanan ni nisa! Hati aku parah macam mana pun,mana mungkin aku lupakan hati-hati orang yang aku sayang dimalaysia!

"Allah hantar dia sekejap.Mengajar kau sesuatu.Belajarlah memaafkan."nisa cuba memujuk.walaupun hati aku dah sekeras batu!

__________________________________________________________________________________
 
Hari ni ada usrah.Hari ni ada meeting badan kebajikan.Esok ada exam.Aku dilema.Semua penting.Usrah petang.meeting malam.Tapi macam mana aku nak cover untuk exam esok?

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hambaNya itu menolong saudaranya." (riwayat Muslim)"

Ayat hani terngiang-ngiang dalam telinga aku.Pergi usrah sekejap.Meeting sekejap.Ala sambil-sambil jalan boleh je baca nota kan?aku sedapkan hati sendiri.

Langkah aku atur laju.Ahli usrah dah menunggu lama.Susah sangat nak dapat teksi time-time macamni!

"Maaf lambat.saya jalan kaki tadi.teksi tak nak berhenti"
"tak pe nasyrah.kami tak mula lagi.jom kita mula dgn alfatihah"

Ayat pilihan kali ni adalah surah nur,ayat 22.

.. dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nuur (24) : 22)

Bagai tersentap aku mendengar ayat ini.Mungkin terkena dengan situasi yang aku hadapi sekarang.Ya Allah,buang dendam ini.Jangan biar dia bersarang dalam hati aku.Haneef,maafkan aku.

"Orang yang hebat itu ialah orang yang dapat menahan marahnya,yang dapat memaafkan sahabatnya,jadilah seperti saidina ali.hebat perkasa tapi lembut lidahnya" suara lembut kak lisa bagaikan menyentuh hati aku yang selama ini parah.Yang selama ini menyimpan 1001 rasa marah dan kecewa.

Pulang dari usrah aku berjalan sendiri.Aku memandang langit.Aku menutup mata dan cuba kosongkan fikiran.Tuhan..jika ujian ini adalah rahmat-Mu,biarlah aku diuji.Jika dunia tak memahami,biarlah hanya Kau yang mengetahui.

Hidup ini tak kekal kan?Bila-bila kita boleh mati.Bila-bila Allah boleh jemput kita.Mungkin masa kita tengah tidur,mungkin masa kita tengah makan.Sekali Dia cakap 'tarik',terus nyawa kita diangkat.Tika itu,kalau kita tak bersedia,kita akan menyesal.Kita akan minta untuk dikembalikan semula.

Ada perkara yang lebih besar yang perlu kita fikirkan.Ummat sedang tenat.Sampai bila kita mahu futur?

nota hati :jatuh cinta dengan novel kot putih !