Friday, March 22, 2013

Bulatan itu bukan kosong

Alani berjalan laju menuju ke syimali.Jam menunjukkan pukul 5.
"Alamak,macam mana boleh lambat ni.Tak muntij(sistematik) gila aku uruskan masa.Pergi usrah pun boleh lambat." keluhan alani dalam hati.

Handphone dikeluarkan.Dah lah lambat,tempat usrah pun tak tahu.Pastu poyo nak jadi pejuang agama.Dai'e yang hebat.Eh sangat poyo tau alani!

"Weh,katne eh liqo' (perjumpaan) kita?Bayt inqaz kak is kata.Tapi kat mana tu?"tanpa salam alani terus membelasah pelbagai soalan kepada sanah.

"Assalamualaikum ya ukhti jamilah.Sabar-sabar.Kau masuk belakang mat'am abu mahmud kau terus je.kau jgn belok tau.nanti aku jerit dari atas" alani menepuk dahi!ya Allah gelabah sampai tak sempat bagi salam.

"wasalam sanah cun! syukran kathir !iloveu k bai!" handphone cepat-cepat diletak kan.Ahh sekarang takde masa sweet lama-lama.Nanti kat liqo nak sweet sampai maghrib pun takpe.

Jalan kelihatan lengang.Hari jumaat kan.Arab bagai tidur sepanjang hari.Hari cutilah katakan.Alani mempercepatkan langkah yang tak berapa nak laju.Sampai didepan bangunan bayt inqaz kelihatan hasanah melambai-lambai dari atas.

Alani menarik nafas lega.Alhamdulillah.

"Weh sorry weh lambat.biasalah kat rumah takde jam besar-besar nak sedarkan"alasan paling tak munasabah.Padahal lambat sebab terasa berat untuk pergi usrah.Syaitan berumah didalam hati ketika ini !

"Takpe,.disebabkan awak lambat,awak didenda untuk jadi MC " kak is tersenyum memandang alani.Haih,dah lah mood datang takde.kene jadi MC pulak.semua memandang aku.Bagaikan mengharap.

"Okey.kita mulakan majlis dengan ummul kitab alfatihah.." Alani memulakan bicara.ya Allah tetapkan hati aku kat sini.please please.

"Kita amik 5saat untuk tajdid niat eh kawan-kawan" sahaja aku datang liqo' kerana Allah.ayat ini alani ulang entah berapa puluh kali.Sangat payah nya nak buat benda baik."Kalau niat tersasar macam mana orang nak dapat apa aku sampaikan.Argh ! " sempat alani menjerit dalam hati

"Okey.dah dekat 2minggu kan kita tak jumpa.Jadi apa khabar iman?Apa khabar hati?Semoga baik-baik sahaja.." alani sekadar berbasa basi diawal bicara.Matanya terpaku pada sesuatu..

"Weh !sapa bawak wedges ni????weh aku suka gila !!! kau bawak eh sanah???kek ni sape buat?kak is eh?aaaaa korang ni kenapa sweet sgt!!" Alani bagai lupa dia adalah mC.bagaikan usrah sudah sampai endingnya.

"Kita start dgn TnT dulu lah lani.Aku nak bagi ayat best" wana kelihatan semangat untuk TnT .

Ayat 09:46 menjadi pilihan.

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

Alani membaca ayat itu berkali-kali.Entah kenapa sentap lebih tatkala tafsir ayat itu dibacakan.

"Kadang-kadang,kita tak sedar,banyak hal kebaikan dan ibadah kita buat,persiapan kita hanya sekadarnya.Kita tak pernah soal pada diri,kita buat ni,persiapan dah rapi belum?atau pun,kerja kita ini,bantuan kita ini menyusahkan orang lain?(rujuk ayat 47) .Tak payah pergi jauh-jauhla.tengok je bila exam.How persiapan kita?Kita datang liqo' ni.Kita dah buat persiapan ke?Kita dah baca ke task yang akak bagi?Atau kita hanya datang dan mahu menerima menerima tanpa memberi?Tanpa bersedia?" Kak is berkata lembut....

Alani diam.Sanah disebelah tunduk.wana,wani,aliya dan jiji memandang tafsir yang dipegang.Semua sedang sentap.Semua cuba muhasabah diri masing-masing.

"Hmm..semua tahu kan kes arwah akh iman?Satu dunia menangisi pemergian dia.Jasad dia pergi,tapi pemergian dia bkn kosong.Dia membuka byk mata manusia ttg pentingnya tarbiyah.Ada satu penulisannya dia cakap dia tersedar yang dia belum lagi 100% all out utk dakwah...Terasa jugak sbnrnye.saya pun tak all out lagi.Kat sini iman bagai membara.Balik nanti iman macam hantu balik" Jiji mengeluarkan keluhan dihujung ayat..

"Kita as student as muslim.Tak boleh memandang dakwah hanya sekadar menyampaikan kalimatul haq pada orang.kadang-kadang,kita study pun itu dikira dakwah.yela,kita study bagai nak rak,sampaikan kat org.kita masak utk sahabat-sahabat pun dikira dakwah.sekarang ramai org anti dgn dai'e.katanya sikoh gila.asyik nak cakap bab agama je.orang memandang dakwah itu hanya duduk,cakap-cakap hal agama.dakwah untuk orang yang tudung labuh.yang tau hukum hakam.walhal dakwah tu luas.sangat luas." aliya berkata lantang.

"betul....sekarang kita berada disini.kita duduk sejenak utk membina semula iman kita...tapi kita masih belum pasti,sama ada mati kita husnul khotimah atau tak..siapa tahu,dia yang buruk perangainya,disatu saat dia menjadi lebih baik dari kita dan husnul khotimah itu milik dia?" alani memandang wajah sahabat-sahabatnya seorang demi seorang.mengharapkan apa yang disampaikan difahami.mana mungkin orang faham kalimah dari hati yang kotor macam aku!..alani mengeluh..

Usrah ditamatkan dengan bacaan rabitah hati.Kalau tadi alani rasa malas dtg usrah,tapi disaat akhir alani bersyukur kerana berada dalam bulatan ini.Azan maghrib berkumandang.Alani bergegas kemasjid.Gap antara maghrib dan isyak digunakan untuk hafal surah yang tertinggal.Tak lama lagi exam.

Dari jauh alani terlihat dua orang kanak-kanak kembar sedang membacakan surah al-baqarah yang dihafaz pada ibunya.Jauh disudut hati,alani cemburu.Kanak-kanak berumur 9tahun sudah mula merangkak menjadi hafizah.Dan dia dapat membaca quran bersama ibunya tiap-tiap hari.



Lamunan Alani menerawang ke malaysia.Apa khabar mak?Kecik hati kah orang tua itu kerana keputusan alani tidak pulang ke malaysia tahun ini...Mak...lani rindu.Sumpah sangat rindu..

Alani mendekati kanak-kanak dan ibu nya..

"Kamu hafal quran?"
"ya."
"dah berapa juzuk?"
"baru setengah juzuk surah al-baqarah"
"masyaAllah !" alani mengusap kepala kedua kanak-kanak itu.Senyuman mereka bagaikan memujuk hati alani bahawa dia masih ada peluang selagi nyawanya belum ditarik.

"bagaimana kamu mengajar anak-anak kamu?"ibunya pula alani interview
"aku pastikan hati mereka terikat dengan al-quran"
"doakan saya juga ya!"
"nanti kamu didiklah anak-anak kamu dgn acuan al-quran.kamu tak kan rugi"

Pasti!aku juga mahu duduk bersama ahli keluarga ku,membaca quran bersama-sama.

Ya Allah,terima kasih atas tarbiyah dibumi jordan ini.Sungguh andai benar tahun depan tahun terakhirku,jordan telah berjaya buatkan aku jatuh cinta dengan tarbiyah !



nota hati :exam ada lagi 2paper.then bersambung 6paper lagi .masih sempat update blog.bagaikan hilang penat lelah study x sampai 20min tadi.eheh !

3 comments:

Syiera Rosli said...

Nice mira this entry :) ayt tu mmg sentap T.T

Anonymous said...

Ayat tnt tu pun tlh berjaya menyentuh hati ni...kadang2 kita da buat mcm2 persiapan.tapi kalau x ikhlas atau perasaan malas masih bersisa, langkah kita kadang2 turut dihalang.Allah...
Ayat ni jugak pernah buat hampir semua ahli dlm bulatan gembira pari2 menangis. Wlupun da lama berada dlm tarbiyah ni.perasaan malas masih juga ada.masih sukar utk ditepis.
Tapi dalam pada kita bermalas-malasan. Allah masih jugak limpahkan rahmat Nya pd kita.
Moga kita sama2 terus thabat.XD

Unknown said...

Penulisan yang simple tetapi mampu menyentuh jiwa.. bersama alunan yang menenangkan hati.. Thumbs Up (y)