Wednesday, April 17, 2013

Bawak keluar sama itu ~!




                                                                            

Pernah dengar tak kata-kata feymes yang berbunyi :
“ Usrah itu bermula selepas tasbih kifarah dan suratul ‘asr dan berakhir dengan surah al-faatihah”


Mugkin kita tak tahu pun exactly apa yang pengucap nak sampaikan, Cuma kita still fahamkan apa yang dimaksudkan dengan ayat tu?

Ya.

Kehidupan seharian kita di luar bulatan itulah ‘bulatan gumbira’ yang sebenar. Eh. Ok. Err pening? Takpa Tarik napass..!

itulah yang saya faham dari ungkapan pujangga diatas.

Cuma persoalan sebenarnya adalah macamana nak hidup dalam kata-kata tu atau bak kata org pantai timur,   

                                              “ How to live in it ? “

Jawapan dari saya mudah, perlaksanaannya bergantung pada azam dan usaha kalian, bawa keluar semua agenda usrah tu ke luar dari bulatan sekejap itu, jadikan hidup kita ni sebagai bulatan yang berpanjangan.
Dalam usrah, biasanya kita akan mula dengan ummul kitab alfaatihah , yang mana bermula dengan ungkapan yg sangat ajaib ya’ni :

Bawa keluar ungkapan ini kedalam setiap urusan hidup kita, amalkan membaca basmalah sebelum melakukan sesuatu.

Then lepas alfatihah, biasanya kita akan baca quran reramamamai kan?
Bawa keluar mende tu kedalam hidup seharian kita, lazimkan membaca alquran dalam hidop kita sehari-hari kerana dari alquran inilah para sahabat terdahulu mendapat semangat, keyakinan luar biasa untuk menjadi muslim yang mu’min yang muttaqin dll. Ok?

  kredit

Pastu biasanya akan adalah yg dilantik menjadi pengingat(baca:pentazkirah), mula lah dia bla bla bla brrrr mcm pluru tabor, kadang2 macam pump gun, sebijik2 tapi kena pada ulu hati ye dak?

Ha, apa lagi, bawa keluar sama itu~!!


Yang ni antara part yang paling best, kita member2 ni, kena saling mengingatkan, ape-ape je, selagi mende tu baik, jangan biar sahabat kita lara dalam kesalahan yang mungkin dia tak tahu, ataupun tak sedar pun dia sedang bersalah, terutamanya bersalah depan Allah. Bayangkan, bayangkan eh, selangkah lagi kita nak masuk syurga, tiba-tiba datang muka yang kita sangat kenal, ya! Rummate ku! Namun dia datang dengan wajah suram lalu berkata “ ini dia ya Allah, rummate aku yang tak tegur aku semasa aku bermaksiat padaMu! “ Ok ini zreeeuuuut!! T_T

Tegurlah member, dengan ketulusan, kerendahan hati seorang sahabat, bukan sebagai seorang hakim kejam yang menghukum dengan bengis! Aumm! Erk.

Seterusnya;


Kalau kita bersalam-salaman semasa jumpa untuk berbulatan, bawa ia keluar.

Kalau kita saling bertanya khabar dalam bulatan gumbira, bawa ia keluar, guna teknologi tu kalau tak mampu nak jumpa depan-depan

Dalam bulatan gumbira kita mesti jaga adab sopan tatasusila tulus mulus kan, bawa ia keluar, jangan hanya bertaqwa dalam bulatan sahaja, biar taqwa itu meresap kedalam hati. Bukan sekadar menjadi topeng .

Akhir kata, sobat-sobat sekalian, marilah kita berubah, ini kalilah! Eh.

"Suatu kekuatan dan kemuliaan bila seseorang itu bermula usahanya untuk berubah kearah lebih baik"
created by : Nasyrah

No comments: