“Okey.Aku okey”..okey Nasyrah?Kalau nak bohong,sorok dulu mata kau yang bengkak tu !Aku memarahi diri sendiri.
“Jom qodoya sekejap.Kita story mory !” Aisyah bagaikan dapat merasai sesuatu yang tak kena pada aku.Haih housemate yang sorang ni.Memang susah mahu disorokkan apa-apa.
“Exam aku tadi.Aku rasa aku failed.Dia mintak lain.Aku bagi hujah lain.Dalil semua lain”..aku tunduk.Air mata bagai sudah kering.Jiwa kosong.Yang dia tahu,dibahunya ada beban yang ditanggung.
“Nasyrah,kau nak dengar cerita tak?”Nisa menarik tangan aku.Supaya cas-cas kekuatannya tertransfer pada aku.
"Dulukan,ada sorang student ni exam mid term fizik.Lepas keluar dari dewan,biasalahkan,mestilah kita cek balik jawapan kat buku,atau kita bincang-bincang.Dia terdengar kawan-kawan dia bincang,and jawapan antara kawan2 dia tu sama,tapi berlainan dari dia.Kalau kau,konfem cuak kan?Then,kawan dia tanya,kenapa tak bincang sama?kau nak tahu tak apa jawapan dia?" Nisa membeliakkan mata.Ni nak cerita hantu ke apa.heh nisa!
"dia jawab,dia tak nak cek,sebab dia takut pergantungan dia pada Allah berkurang.Peh kan jawapan dia?rasa macam entah kita punya kekuatan macam tu ke tak.Pastu dia solat hajat banyak2.Dia doa gila2.Then kau nak tahu tak,dia dapat highest mark untuk paper tu!" kami semua berpandangan.Fuh ! serius?
"cerita ni kau reka eh nisa?" aisyah bagaikan tak puas hati.
"taklah.ni pun orang cerita kat aku haha" Nisa mengambil semula bukunya dan sambung membaca.
Aku masih termangu dibucu meja.Aku fikirkan kembali bagaimana pergantungan aku pada Allah.Sebelum meletakkan tawakal pada Allah usaha aku sebesar kuman atau sebesar gajah?
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya(53:39)
Kadang-kadang,kita terlalu yakin,bahawa kita mampu untuk berjaya dalam sesuatu hal,hingga kita terlupa,kita ada Dia.Yang menentukan segala sesuatu. Bila kita sudah sehabis daya berusaha,andai natijahnya buruk,kita bagaikan tidak berpuas hati.Walhal,kita bagaikan lupa pada ayat Allah
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(57:23)
Nasyrah bagai ditembak dengan analogi Nisa tadi.Fuh padu !
nota hati :bittauffiq student adab yg exam berderet deret deret next week ! syariah dah start enjin untuk final dah T.T

No comments:
Post a Comment