Jam menunjukkan pukul 4.57ptg.Fuh lapar !
Aisyah berjalan lenggang menuju ke mughirat.Bulatan akan bermula pukul 5.Memang lambat bagaikan sebati dengan melayu.Eh ! diri .Tapi 50langkah sampai lah mughirat tu dari rumah.heh !
Seperti yang dijangka,aisyah menjadi antara orang terawal."Ni lah melayu.macam ni lah." Aisyah mengomel.Safiyah sekadar tersengeh.
10minit kemudian kedengaran pintu diketuk.2 kelibat manusia manusia.
"Pukul 5 kau tu ke laut haha" aisyah berseloroh sambil memerli.
"sorry weh.tadi kitorang jalan kaki" nasyrah mula berasa bersalah.Bukan sekali dia lambat.entah kali keberapa ni !
"ahaa.xde masalah lah.faham je perempuan jalan mcm mana" aisyah masih terus menyakat.nasyrah menarik sedikit tudung aisyah dari belakang.mereka tertawa.
Tafsir dan tadabbur hari ni,surah al-mukminun menjadi pilihan.
Sakinah membacakan ayat,
"dan mereka yg menjaga amanah dan janjinya"23:8
"tapi kan,sekarang ni,musim pRU,ada je manifesto diorang tu,diorang tak buat pun.."..persoalan yang keluar dari mulut sakinah menyebabkan ahli lain memandang tepat dimukanya.
"manifesto bukan 1 janji." aisyah bersuara dengan nada serius.
"kalau bukan janji,diorang dah war-warkan dah,diorang nak buat"
"tapi adakah diorang cakap,diorang janji akan laksanakan sampai berjaya?"
suasana sepi.pendebatan secara lembut berlaku.lembut(?)
"tapi,contohlah ada 5manifesto,kadang-kadang,semua x buat pun"
"macam mana kau tahu diorang tak buat?mungkin diorang buat,tapi x berjaya."
"kalau macam tu,dah tahu x berjaya kenapa nak buat manifesto macam tu?"
"contoh kau ada byk misi dalam hidup.adakah semuanya berjaya?"
"er tak .."
"so?"
sakinah memandang tepat muka aisyah.dia masih belum faham.
"ramai orang memandang,bahawa manifesto itu satu janji,yang wajib berjaya.walhal,manifesto adalah satu misi yg ingin dicapai.belum tentu akan tercapai.tapi kalau dah buat manifesto itu ini,cuba lah untuk capai hingga berjaya.Aku repeat,CUBA!"
Safiyah kelihatan tak senang duduk.Bagai ada sesuatu yang ingin diluahkan.
"em,aku rasakan,contoh terdekat macam ni.Contoh,pengerusi majlis mahasiswa yarmouk meletakkan manifesto,akan mengawal disiplin mahasiswa bagi memastikan sifar ghiab.sampai diakhir pimpinan dia,masih ada org ghiab.adakah kita nak cakap,dia tak menunaikan janji?walhal,dia dah punya usaha.mengadakan talk-talk berguna,poster-poster yang sentap,mengingatkan org lain.Tapi still x berjaya."
Ahli usrah mula faham.Sesungguhnya,manifesto umpama misi yang ingin dicapai.Tapi jika pimpinan mengatakan dia berjanji utk lakukan hingga berjaya,maka itu adalah janji.
Disaat akhir,kak zati memberikan peringatan yang agak menyentapkan..
"ada seorang kanak-kanak palestin yang bisu dan pekak,masih berusaha mahu mengeluarkan suaranya ketika membaca al-quran..tapi kita yang sempurna anggota,yg masih belum ditarik nikmat apa-apa,memandang al-quran itu hanya bahan picisan..."
Aisyah memegang tangan safiyah.safiyah memegang tangan sakinah.sakinah memegang erat tangan kak zati dan kak zati memegang tgn nasyrah.Doa rabitah hati dibaca.Semoga,apa yang kita dapat hari ni bukan kosong.Tapi sesuatu yang berguna.Berguna untuk diri.Juga ummah !
No comments:
Post a Comment