Thursday, December 13, 2012

kerana hati itu.

Post ni agak keduniaan.Tapi izinkan saya terus mencoret.Kerana ini blog saya (nampak tak ada sifat ananiyah disitu =.=" )

As an "insan" manusia,remaja,yes aku sendiri tak lari dari masalah hati.Macam korang dan korang.Apa korang ingat,setiap masa aku boleh manage hati aku betul2?Tak..Serius tak..mohon putarkan lagu pendam by syahir sekarang :D

Bila ada antara orang sekeliling aku yang terlalu percaya dengan lelaki,aku akan cakap "jangan terlalu percaya!" Nampak x bagaikan ada kenangan pahit disitu.ahaa..aku x nak ada kawan-kawan aku terluka.

"Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan masa dengan orang yang salah"

Aku pernah tulis status ni kat fb.Sedar tak sedar,segala keperitan,kesakitan,kelukaan (peh memang x mampu nak ditafsir kata2 lah) semua hilang tanpa aku sedar.Dalam kesibukan menongkah arus sebagai seorang pelajar yang lagi 2tahun nak grad ni ha (aminn aminn) dengan kerja-kerja lain lagi,poster video bagai.kadang-kadang x de kerja pun.Tapi aku yang offer nak kerja tu.Sebab hanya sibuk lah yang boleh buatkan aku tak fikir hal ni.Tapi aku tak tipu,pernah lah teringat...dan saat tu lah saat paling diuji.

Tapi.luka tu tetap ada kesan.Diberi harapan,akhirnya dimusnahkan,rasa sakit dia macam nak bunuh diri.Hanya iman yg menentukan.ceh ayat~ Tapi betul lah.Beruntunglah kalian yg x diuji dgn hati.mohon ucapkan alhamdulillah sekarang.

"People can make promise while they are happy and can broke it anytime"

Kita cuba menghasilkan storyline hidup kita dengan baik.Memilih orang yg baik.Menunggu hingga tiba masanya.Tapi kita lupa,Allah penulis storyline hidup kita sejak azali lagi.Maka,bila kecewa,kita bertanya kenapa?Walhal,1001 hikmah dihadapan yg kita x nampak.

Menangis,hampa,menjerit,semua lah aku dah buat saat aku betul2 down.ahaa.Tapi aku buat semua tu sorok2.Tak pernah lah aku nangis kat orang.Tak perlu kot nak tunjukkan lemah.

"Bila ada hargai,bila hilang jangan dicari"

Perempuan.bila dah sayang memang betul-betul sayang.Tapi bila dah putus asa,dia tak kan pandang ke belakang.Sebab dia dah cukup sakit..

Air mata awak tu mahal, jangan bazirkan untuk seseorang yang tak tahu menghargainya.. 

Kesimpulannya,semoga kita semua dihindarkan dari penyakit hati dan cepat bertemu jodoh =.=" ahaa.xde2 selamat final!

nota hati :I already know every single things.Nak tahu?lebih sakit sebab tahu dari org lain T.T kbai

1 comment:

ReanRahmat said...

alolo dayang. jangan sedih.