"Salah satu cara menilai bakal suami yang baik adalah dengan melihat samada dia mampu menjadi 'imam' yang baik kepada dirinya saat berhubungan dengan anda sebelum nikah.
Dalam fasa-fasa taaruf dan perbincangan, lihatlah samada dia tegar membenteng paksi-paksi syariat ataupun tidak.
Kalau di kala itu pun sudah tewas, tergedik-gedik minta perhatian lebih, cenderung kepada banyak mengada-ngada dan tidak pun serius mahu merealitikan impian berumahtangga, usahlah bercerita soal nak jadi imam makmum dan sebagainya.
Hakikatnya, menjadi imam kepada orang lain, bermula dari kejayaan menjadi 'imam' kepada hawa nafsu dalam diri sendiri."---senior shafiq

No comments:
Post a Comment