Tuesday, December 11, 2012

Saya mahu bubarkan aqsa syarif !

"weh esok jom makan luar"
"er.. xboleh.esok ada hal."
"lusa?"
"kelas sampai pukul 5 lepas tu ada perjumpaan.pas maghrib mana boleh keluar :( "
"ala habis tu bile?"
"bila2 kiranya diriku perlu~~~~ =.=" "

okey-okey serius.Memang minggu ni minggu aku balik rumah lepas maghrib.Penat?weh of coz penat.kadang-kadang nak makan pun fikir banyak kali.(tipu) .Disebabkan qoror(amaran) dikeluarkan akhowat tak dibenarkan keluar lepas maghrib,maka lepas asar lah masa utk segala aktiviti.Dari study group,pintar,program,nak beli buah,nak beli sayur haa semua kene buat direct after kelas.Tapi balik tu memang aku terus tidur handphone aku biar silent.oh aman.

ditambah pulak semalam aku ulang alik JUST 2X utk treatment braces.appoinment pukul 01.30 but aku baca 10.30.nampak tak betapa aku ni entah fikir apatah.weh JUST tu jauh okey. =.=' Kadang-kadang mak ayah call pun tak dapat angkat sebab aku tengah tidur ke,aku dalam kelas ke,yelah waktu malaysia and jordan tak sama.jadi nampak tak pengorbanan seorang anak menuntut ilmu tu?ceh poyo!

balik kelas petang petang memang kadang-kadang rasa forever alone =.="

Okey berbalik pada tajuk.mohon tengok tajuk semula,agak-agak boleh buat gaduh tak?HAHA
Semalam,aku join talk palestin bertajuk LUKA-LUKA GAZA YANG MASIH PERLUKAN RAWATAN

tada !sebenarnya kan,sebenarnya lah awal2 aku tak nak pergi sebab aku nak sambung tidur.
Tapi nanti rasa menyesal pulak.apatah lagi semua yg hadir akhowat.ada flash mob pulak.
er.dan juga nasi berlauk ayam sedap.haha.


Aku boleh cakap talk tu berjaya menitiskan air mata semuaaa akhowat! Yang hati batu pun aku tengok menangis teresak-esak.Nak tahu hati batu tu siapa?Aku.

Masa talk,ada yang tersentuh melihat video2 kanak-kanak gaza merintih.
Masa sajak,kesyahduan nya disebabkan pemain gitar yang pandai bemain dgn emosi.
Masa flash mob,suara latar yang sampai menangis membaca dialog seorang anak mencari ibu.
Jadi..bersyukur Allah gagahkan aku kesini.
dan alhamdulillah pulang kerumah dgn selamat bersama muroqib yg ramai.Jazakumullah semua semua!

Kak shima,wakil aqsa syarif yang pergi ke gaza pada 2011 menceritakan pengalaman beliau.Mungkin,kak shima menyampaikan dengan penuh ikhlas.Maka,hati kami mudah menerima apa yang dia sampaikan.biiznillah.Aku duduk dijordan.Allah cakap,sekitar al-aqsa adalah tanah barakah.Maka,jordan ini sebelah dengan palestin,Tanah barakah lah kan?Tapi...do i feel the feeling? :(  3tahun ! 3tahun ! Go Amira! Search the barakah!

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(17:1)

Beza bendera jordan dgn palestin,bendera jordan ada bintang.Palestin takde.Kawan-kawan,negara kita malaysia amankan?Tapi tanpa kita sedar,ia sedang diperang! Tak percaya?tengok you tube.heh!

Bendera jordan
Bendera palestin


Kalau aku tanya,bila perang nakbah.Boleh jawab x?haaaaaaaa kalau aku tanya,bila merdeka,boleh jawab tak?mestilah boleh.dari tadika duk nyanyi tanggal 31.15 Mei 1948 bermulanya peperangan disemuaa kawasan palestin.pada 1949,negara palestin ditukar nama kepada negara HARAM ISRAEL!Pergi tengok peta dunia.Palestin takde.yang ada israel.Israel tak tahu malu.Takde negara and sesiapa pun iktiraf diorang.diorang iktiraf diri sendiri.So,terasa zuq tak bila baca negara HARAM ISRAEL!Sekali lagi,HARAM ISRAEL!

Negara Haram Israel


Bayangkan situasi ini..

"Hello,ni aneeyamira pelajar yarmouk jordan?"
"ye saya.siapa ye ni?"
"saya wakil kedutaan jordan,ingin memberitahu,rumah kamu yang beralamat no 21 jalan TP2/11A telah menjadi milik orang lain.dan keluarga kamu diminta keluar.sekarang zionis cuba menawan kawasan shah alam "
"yeke ?! saya beli tiket flight sekarang!"
"Tak boleh.KLIA sudah dimusnahkan.talian telefon dan internet diputuskan.kita tak boleh menghubungi siapa-siapa"

Luluh tak hati kita?Apa yang kita bayangkan?mestilah macam mana keadaan mak kita?adik-adik kita?family kita?tergambar tak?TAK! SEBAB ALAHHH MANA JADI LAGI.itu lah kita.dah terhantuk baru terngadah.

Lokasi pertama yang menjadi sasaran israel adalah airport dipalestin.Bijak kan?Airport dimusnahkan supaya org luar susah nak masuk dan rakyat palestin sendiri susah nak kemana2.

Dipalestin,mereka menggantung gambar anak-anak mereka yang syahid.Ada sahabat aku menceritakan,ibu diorang akan tunggu ketukan pintu setiap hari utk?utk?utk menerima perkhabaran bahawa anak mereka syahid.Allahuakbar.Macam mana kita mampu mencapai kekuatan seperti itu.Redha dengan kematian,kesyahidan anak..Andai dimalaysia,digantung gambar-gambar apa?Gambar anak-anak konvo =.=

Jadi kawan-kawan,isu palestin tidak berpenghujung.Isu palestin tidak bermusim.Aku cakap untuk diri aku jugak yang kadang-kadang hu ha hu ha.

So,JOM BERUSAHA BEBASKAN PALESTIN,SUPAYA KITA BOLEH BUBARKAN AQSA SYARIF ^^


nota hati :masih cuak dengan exam tilawah yang bakal tiba.serius setiap hari bagai mimpi ngeri T.T Oh ! Happy birthday mak ! Semoga Allah merahmati mak.video coming soon ^^



No comments: