Monday, September 22, 2014

Senyum hati senyum

Dewan peperiksaan hingar dengan suara pelajar . Biasalah paper terakhir . Semua bagaikan melepas lelah yang sudah lama bersarang dalam diri .

Amani berlari mendapatkan Nasyrah dimeja belakang . Kelihatan Amani sedang sibuk menyelak-nyelak buku.

" Bah !"

Nasyrah menyergah dari belakang.

"What do you expect me to respone Nasyrah?" suara Amani tegas tanpa sedikit pun memandang ke arah Nasyrah. 'Peh . Macam singa dah minah ni.'

"Buat apa tu?" Nasyrah berbasa basi walhal dia sangat maklum dengan sikap Amani yang gemar menyemak jawapan selepas exam.

"Banyak gila aku salah.."  nada singa tadi serta merta berubah sayu..
"Dont worry lah . Kita akan lulus. Kita dah study sesama gila nak mati . Kita kan dah janji nak grad sesama." Nasyrah cuba memujuk

"Ingatkan aku konsep tawakal kalau aku terlupa." Amani senyum. 'Tenang hati tenang..Serahkan semuanya pada tuhan'

______________________________________________________________________________

Mana mungkin Amani lupa kata-kata Nasyrah penuh semangat. Penuh harapan. Sejak bermulanya peperiksaan untuk semester terakhir , beribu kali diulang , bah kan ditampal pada dinding-dinding bila " LULUS SEMUA SUBJEK !" "NO REPEAT !" "AMANI DAN NASYRAH WILL BE GRADUATE THIS SEMESTER !"

Bagaikan terhenti jantung Amani tatkala mengambil slip peperiksaan tadi. Berat kakinya melangkah pulang ke kolej . Deringan telefon bertalu-talu dibiarkan. Airmatanya dikesat menggunakan hujung tudung. Bimbang terganggu pergantungannya pada Allah sedikit runtuh . Istighfar Amani istighfar.

Pintu bilik ditolak perlahan . Nasyrah sedang khusyuk menonton ceramah Tok Guru Nik Aziz. Amani duduk dihujung katil Nasyrah..

"Woi ! Aku dah graddd. Bak sini tengok slip kau ! Mesti kau pun lepas semua paper kan !" sepantas kilat Nasyrah menanggalkan headphone ditelinganya. Merampas slip exam ditangan.

Amani hanya diam. Membiarkan Nasyrah melihat sendiri. 

"Amani.." riak wajah Nasyrah berubah . Tiada lagi senyum gembira. Slip exam dipulangkan semula. Tanpa sedikit pun memandang wajah Amani, Nasyrah berlalu ke dapur.

"Nasyrah . aku minta maaf ." perlahan suara Amani. Namun masih mampu didengari .Nasyrah membiarkan Amani sendiri. Mana mungkin dia tidak sedih. Hot chocolate dibancuh dua gelas. Sambil memikirkan apa ayat terbaik untuk diberikan pada Amani..



"Minum ni." cawan bertukar tangan.
"Kau tak marah? Sorry .. kau grad dulu dari aku."
"Haha. Kenapa Amani aku nak marah.. Takde sebab. Aku kagum sangat weh." .. dia sedih,takkan aku pun nak sedih. Amani cuma perlukan kata-kata semangat.

"Amani, aku rasa ni paper ketiga kau kena repeat sepanjang pengajian ni. Cumanya yg sedih supposed ni sem last. And you need to extend."

"Apa lah nasib aku.."

"Hoi . Kau tahu tak bukan semua orang diuji gitu. Bukan semua orang tetap sabar bila diuji hal yang sama berulang. 3x repeat bukan something yang best weh. Nanti bila kau dah grad, kau akan rasa kepuasan yang gila puas yang orang lain tak rasa pun perasaan tu. Ingat tak hadiah liqo' kau bagi aku?

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)"

" So , sabar tu kau sedang praktikkan sekarang kan?"

Amani mengangguk..

"Tapi kita dah janji nak habis jugak sem ni.." cawan yang kosong diletakkan diatas meja.
"Apa yang jadi, Allah atur dah. Kau dah usaha. Yakin tak dengan Allah ?"

Amani menggangguk lagi

"Kalau dah yakin, jangan mengeluh apa dah lagi. Jangan hilang sikoh pada Dia. Ajar hati untuk redha. Jangan sedih dengan apa jadi. Janji kita sesama tu xpelah biar kelaut. Yakin je Allah ada sesuatu kebaikan ditentukan utk kau.



"Lemah sangat nilai tawakal aku Nasyrah.. Kadang-kadang terpacul jugak mulut ni kenapa aku asyik failed je.."

"Sebab kau, aku , kita semua yang tak failed ni pun kurang yakin dengan Allah. Sebab tu kadang-kadang apa kita nak,kita tak dapat. Sebab kita tak faham konsep tawakal tu bahkan kita pertikaikan.." (k nangis...)

Cukup..
cukup kalam tuhan ini memujuk hati hati yang sedang duka.
cukup kalam tuhan ini sebagai berita gembira


"Dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu" (Ad Dhuha , 2-3) 

Senyum Amani senyum . Andai jalanmu payah dikala ini, yakin lah Allah pasti mudahkan urusan yang lain kelak :)


nota hati : maka bermula lah latihan menulis walaupun dah agak hambar. serobs.

No comments: