Belek belek post , takde post yang menceritakan kegembiraan Hari Jubah Se-Yarmouk :D
Alhamdulillah wastaghfirullah . Kholas dah degree. Tamat dah zaman nenangis. Hati tertinggal kat Jordan , kaki dah dekat 5bulan melangkah ke Malaysia . Totally different . Sobs .
Selesai degree. Duduk rumah 2bulan , sambung master . Tak rasa macam dah habis belajar. Rasa macam cuti sem 2bulan tu. Mohon insan insan yang khirij if nak sambung habiskan masa dengan family sepuasnya utk elakkan homesick di kemudian hari . heh .
Post ni fokus untuk khirijat dan adik2 yarmouk khasnya . Dan mereka yang nak info info sikit sebelum masuk master amnya . Kenapa saya fokuskan yarmouk ? At the end of this post you will know. Kenapa info sikit ? Sebab saya baru setahun jagung dalam dunia master ni. kenapa tulis post ni? sebab tak ramai tulis.
Lect saya pernah cakap
"Kalau kamu sambung master supaya mudah dapat kerja, saya syorkan kamu berhenti. Kalau sebab ilmu, teruskan "
APPLY
Permohonan master untuk semester pertama biasanya dibuka bulan 5 macam tu. Maksudnya, habis je exam final(utk yarmouk) terus lah belek belek web web yang berkaitan . Utk permohonan MARA luar negara dia buka awal. Sebelum final exam lagi . Mostly on9 . Just UIA yg perlu hantar dokumen post or by hand.
Okey cane nak apply, result final pun belum keluar. Transript exam pun takde lagi . No problem. Guna result exam sem sebelum tu. MARA accept . UKM pun . Uni lain not sure .
Mesin scan perlu ada. HAHA . Sebab dah kata apply on9 kan. So perlu attachkan segala macam dokumen yg dia nak. Seingat saya, saya apply UKM secara penuh. Maksudnya saya habiskan isi permohonan sampai tekan butang "Hantar" . Saya apply juga USIM , tapi sekerat jalan sebab dokumen saya tak dapat attach then saya dah malas nak teruskan. Zzz . Saya nak apply UIA tapi bila balik malaysia dah lagho lagho lupa dah pasal segala borang UIA tu .isk . Kesimpulannya, UKM paling senang eheeh~
Untuk detail pasal segala universiti ni boleh tanya dengan Ukhti Faeiqa sebab dia memang pakar. Apa je uni yang dia tak search dalam malaysia ni.
Oh btw, sort of uni nak entum attach kan juga recommendation letter dari pensyarah . Makanya untuk student yarmouk syariah (maaf sebab saya tak tahu utk kos lain cane) boleh try minta pada doc ahlam. Boleh je doc doc lain . Takde masalah . Dalam english eh .
URUSAN DOKUMEN
Result keluar dalam awal bulan 8. Masa tu takde annoucement pun result keluar. Sory . Saya cerita pasal UKM ni tau. Sebabnya saya tak tahu uni lain . Maybe uni lain ada dia hantar email or post offer letter kerumah. Tapi UKM mengajar kita utk buka web dia selalu. Haha. Ala biasanya kawan yang sama2 mohon akan bagitahu. InshaAllah.
Print segala apa yang dia nak. Saya fokuskan urusan dokumen ni utk medical checkup.
Urusan medical checkup saya agak kucarkacir sebab buat last minute. Itu kesilapan saya sendiri. Kalau entum nak buat kat hosp kerajaan, harga yang memang jauh lebih murah dari swasta. Hosp kerajaan RM25. Swasta RM80-100 .
Seeloknya, harini dapat jawapan tawaran dah, esok or next weeknya ke terus pergi buat appoinment. Hosp kerajaan bukannya entum pergi,terus boleh buat checkup. Boleh jadi turn entum 2minggu lepas tu. Tengok pada kekosongan. Kalau nak pergi swasta, petang nak daftar,pagi baru pergi pun boleh ~
PENDAFTARAN
Hari pendaftaran pun tiba. Maka berdebarlah hati bakal siswazah . HAHA. btw sampai sekarang saya tak tahu siapa pra siswazah, siapa siswazah.zz
Hari pendaftaran tolong jangan tinggal dokumen2 penting. Kalau rumah sekangkang kera dari uni takpe.kalau duduk kelantan memang rajin kan nak ulang alik. Student selalu tertinggal x-ray.
Yuran master RM 1720 per sem.
Selesai pendaftaran,masalah pula pada penginapan. UKM susah sikit bagi student master kolej. Kalau mohon thru fon memang harapan sgt lah utk dapat. Jadi lepas pendaftaran tu kena gigih sikit lah merantau segala kolej dalam uni. Tanya "ada kosong?" "ada kosong?" dah macam lagu najwa latif~
Yuran kolej utk student master sehari RM6 . Total per sem seribu lebih . Welcome to malaysia.Haha
SISTEM PEMBELAJARAN
Jujurnya, saya sendiri masih blur blur lagi . So yang boleh diceritakan is point2 penting.
Perkara pertama yang entum perlu tahu , belajar dijordan dan malaysia sangat berbeza. Tahap giga beza dia.
Kalau masuk UKM, entum digelar "Pendaulat amanah rakyat" . Terasa berat tak? kan~
sebelum start kelas, entum perlu ambil ujian bahasa arab. soalan dia 'senang' . kalau dapat 80, entum tak perlu ambil subjek pengukuhan bahasa arab. kalau dapat 60 keatas, perlu ambil bahasa arab 2.kalau bawah 60 perlu ambil bahasa arab 1 & 2. Soalan dia segala benda pasal bahasa arab tinggi masuk.
Saya ambil coursework + thesis. Maksudnya total study master 2tahun. Setahun masuk kelas, setahun tulis thesis. Tapi , yang setahun entum tengah amik kelas tu, bermacam-macam assignment entum akan dapat. ok dah pening sekarang? saya pun .
Macam ni. Total subjek yang wajib ambil (untuk kos saya ) 13subjek. Jadinya, tahun pertama yang masuk kelas tu ada 2sem. sem 1 amik 6. sem 2 amik 7. pandai pandai lah susun jadual cane. nak amik 13subjek dalam 1sem pun boleh ~
Diingatkan, UKM sangat menekankan tentang G.O.T . GRADUATE ON TIME. hoho . no extend extend. itu satu perbezaannya dgn yarmouk.
beza yang lain ? setiap subjek kalau dapat C, akan diberi peluang . but utk yang kedua kali entum akan diberhentikan .kesimpulannya, setiap subjek dapatlah A atau A- utk selamat.
Zaman degree boleh main2. Zaman master pun boleh main2. Tapi permainan matang sikit. Entum kena jelajah library . Setiap subjek ada esei. ada esaimen. ada presentation. kelas zaman master x sama macam degree yang kita diberi semuanya. Master more to perbincangan. Entum aktif dalam kelas,entum berjaya.entum pasif, sebaliknya. jadi, yang yarmouk terasa kejutan awal2.
btw,kelas kat malaysia best ada aircond. HAHA
Untuk tulis thesis bukan suka hati boleh tulis. Entum kene terbitkan 1 journal/artikel dulu. Tulis yg berkaitan tajuk thesis entum nak buat.biasanya journal perlu terbit sem 3. kalau dah lulus artikel tu,baru boleh proceed thesis.
Ada lagi benda benda penting. Macam viva .Viva saya still tak faham apadia.tapi macam perbentangan awal thesis kita dalam bentuk seminar. lebih kurang camtu.
Nak ambil coursework + thesis atau fulltime thesis?
er.. entahlah. untuk yarmouk saya syorkan amik coursework sebab kita still tak pena ngadap berjuta eseimen lagi. setakat eseimen 1 page, presentation cikai2 tu ade lah jugak kan. So takut if fullthesis tu kita cam ape benda ni apa benda?
tapi.fulltime thesis pun best. entum tak payah masuk kelas.tak payah buat eseimen yang kadang2 takde kene mengene pun dengan tajuk thesis entum.takpayah exam. entum akan ada supervisor which is lect yg akan pantau penulisan entum. tapi fulltime thesis 3tahun. jadi terpulang pada entum macam mana.
| Teruja cara pinjaman buku layan diri UKM. ada resit~ |
PINJAMAN PELAJARAN
Awal2 masuk biasanya memang kena duit sendiri. guna duit lebihan degree yang ada. memang full duit sendiri.terasa sesak lah jugak. Tapi bila dah masuk , dalam bulan 9, entum boleh apply pinjaman ni
1)Pinjaman boleh ubah bank rakyat
2)mybrain15
3)MARA (eduloan)
4)PTPTN
5)Zakat UKM
SELAMAT BELAJAR
Its all about mindset. Cari kawan yang tak kan downkan entum. Saya cepat down. Dapat roommate yang semangat gila. So dia selalu topup semangat. Kalau kawan sebilik pun down, parah sikit .
Teringat pesan sahabat " Kalau dah mula,kena habiskan"
Kalau kat yarmouk petang dah habis kelas, kat malaysia mungkin malam baru entum berpeluang balik rumah. Its totally different .
Selamat bermujahadah :)Moga grad master bawa aziz/azizah (zauj/zaujah) bersama XD
Maka apabila kamu telah selesai satu urusan kerjakanlah dgn sungguh2 urusan yg lain-
Alinsyirah : 7
Alinsyirah : 7
| "Falsafah islam adalah falsafah arab atau kedua-duanya adalah satu entiti yang berbeza?".. |

No comments:
Post a Comment