Saturday, April 19, 2014

Kerana enti sangat cantik

"Kelas tamat" kalam keramat dari mulut doc Ali yang mampu membuatkan insan ngantuk menjadi segar.Kuliah 1jam 30minit, 30minit fokus,30minit lagi cuba fokus tapi lebihnya dah mula syaitan syaitan bertempiaran mengelilingi mata.Aih !

Wani mengemas buku dan alat tulis.Dimasukkan kedalam beg tanpa sedar ada mata yang sedang memerhati.

"Amboi mak ngah.Tadi bukan main tersengguk kau aku tengok macam nak cium meja dah.Ni laju je haa nak keluar." Maryam dibelakang menegur padu.

"Tu bukan ngantuk.Tu zikir." Wani membalas sambil tergelak.

Kelas sudah mula kosong.Dari awal tadi ramai berpusu-pusu keluar.Wani dan Maryam berjalan seiring.Keluar dari bangunan kuliah adab yang sesak dengan segala macam.Bau rokoknya,bau perfume sebotol malah mungkin se kolah agaknya.Semuanya bercampur.

"Nak gi mana?" soal Maryam sambil membetulkan tudung yang ditiup angin.
"Nak gi syurga" Wani membalas .
"Hang jalan lurus ja.Jangan belok-belok.Neraka nanti." Maryam tak nak kalah.

Wani mengatur langkah menuju ke maktabah.Bahasa alquran nya maktabah.Bahasa oxford,library.Ewah.  Maryam sudah membelok masuk ke bangunan syariah.Ada kelas lagi mungkin.Jam baru pukul 11pagi.Tak ramai yang gap time-time macam ni.

Selepas menunjukkan hawiyah/student card kepada pakcik library,Wani terus menuju ke lift.Menekan punat tingkat 3.Kalau ada tingkat 5 memang aku tekan 5.Biasanya tingkat atas-atas ni tak ramai orang.

Pintu lift terbuka.Sangkaan Wani ternyata meleset.Musim-musim exam ni,orang yang bukan kaki maktabah pun,terpaksa jejak maktabah.Kelihatan semua meja penuh.Ada satu meja diduduki hanya seorang perempuan arab.

"Ada orang kat sini?" Wani mendekatkan sedikit mukanya ke arah perempuan arab tersebut.Bimbang mana tahu earphone terpasang kat telinga dia. Wanita tersebut menggeleng sambil mengemas buku-buku rujukannya yang berselerak memenuhi meja.

Wani duduk berhadapan dengan wanita tersebut.Membuka buku nahu dan cuba memahamkan isi kandungannya.Ternyata,perihal wanita didepannya ini lebih menarik perhatian.

Wajahnya cantik.Putih.Neutral bak kata orang sekarang.Tapi sayang.Hijabnya tidak dipakai dengan sempurna.Ada jambul yang terkeluar dihadapan shawl yg dipakai.Seluar legging yang dipakai mampu membuatkan mata-mata liar terpaku.Tiada stokin.Apatah lagi armsock.

"Nak tegur ke tak.Dosa ke tak eh kalau tak tegur" Wani berbisik pada diri sendiri.Wani bimbang,dimarahi tanpa saman kat library yang sepi macam ni.Mau nya tak malu? Jangan main-main dengan arab.Muka neutral pun,kalau dah marah berubah jadi alkali.Lagi teruk,jadi asid terus!

Entah berapa lama Wani bermonolog sendiri,tanpa sedar datang seorang lelaki arab memberikan surat pada wanita tersebut.

Peh.Ni dah zaman sekolah-sekolah ni bagi surat nak berkenalan ke apa benda? Tapi,andai benar surat yang diberikan adalah surat mahu berkenalan menjalinkan cinta setia bersama (over) mengapa memek muka wanita arab ni berubah ? Bukan senyum. Bukan juga ketawa. Tapi mencebek. Bagaikan jelek menerima surat serupa itu.

"Boleh saya tengok?" dengan penuh slumber,Wani meminta izin untuk membaca.Bukan selalu dapat baca surat cinta dari arab.

Usai membaca,berkali-kali Wani mengucapkan syukur didalam hati.Wujud rasa kagum pada rijal tersebut.Ternyata dia pasti bukan rijal biasa.Ternyata ini lebih kepada warkah membawa ke syurga.Alhamdulillah.Allahuakbar. Bagaikan ada teguran dari tuhan mengapa tidak,aku memberanikan diri menegur.

surat yang diterima wanita tersebut.subhanallah.
*Kerana engkau begitu cantik*
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya Allah melihat aku
Maka berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat.
Ingatlah wahai ukhtiku muslimah,
sesungguhnya aurat perempuan itu seluruh anggotanya melainkan wajah dan kedua tangannya.

Subahanallah.Masih wujud rijal seperti ini.Betapa hikmah tegurannya.Tanpa memalukan apatah lagi mengaibkan walau secalit.Betapa hikmah susunan ayatnya,sehabis boleh tidak mahu satu pun perkataan bakal mengguris hati wanita tersebut.

Wani memulangkan semula kertas tersebut.Ternyata wanita itu tidak suka dengan isi kandungan surat tersebut.Mukanya terus masam.Tiada lagi senyum.Dia mula memandang seluruh tingkat 3 tersebut,mencari semula lelaki arab tadi..

**kisah bersambung dalam tulisan yang lain insyaAllah :)

nota hati : Kisah ini pastilah ada tokok tambahnya.Point utamanya adalah nak tunjukkan bagaimana hikmahnya rijal tersebut menegur .


No comments: