Tuesday, April 22, 2014

Biar

"That moment 
when you have to beg yourself to stop crying 
and tell yourself

"BE STRONG"

Kadang-kadang cuma itu pilihan yang kau ada
kuat dan terus kuat
kau pandang belakang
kau nampak masa silam kau
kau tinggalkan jauh-jauh.

Bila kau dah pilih untuk kuat
sama ada kau jatuh
atau kau sakit
mahupun kecewa
kau biar semua luka

Kau percaya satu hari akan sembuh
kau yakin satu hari everything will be okay
kau bina prinsip kau takkan toleh belakang
kau janji takkan ingat masa silam
betul,masa tu kau fikir kau kuat.

Kau tahu dunia ada kisah durjana
Kau tahu dunia terlalu byk perkara palsu belaka
kau tahu kau tak perlu harapkan manusia
kau tahu dan kau terus cuba biarkan semua
walhal kau tahu!

Betul,bila kau dah melangkah
andai kau tak kuat,kau tumbang
andai kau tak tabah,kau rebah
kau fikir akan ada yang menghulur tangan
kau yakin?

dengan tangan kau,kau kesat air mata
kau letak tgn kau dekat pada hati
kau bisik,"Allah ada"
hati kau cukup sakit dengan manusia
dan kau terlena mengharapkan esok baik-baik sahaja

Kau ingat berubah melangkah menjadi lebih baik itu mudah?
kau mengharapkan ada insan-insan ikhlas dibelakang
yang sambut bila kau goyah
yang mendengar bila kau perlu
insan begitu hanya 1 dalam seribu!

Aib kau dibuka
kisah silam kau dijaja
kau menangis dan yang mendengar siapa?
jiwa kau bagai pecah,hati kau mula parah
kau hanya dengar.dengar dan dengar.

Sampai satu masa
kau penat dengan dunia
kau mula hentikan langkah
dan biar diri terus rebah
....

Menangislah tapi jangan mengalah..


No comments: