Monday, December 2, 2013

Failed dan bangkit

Bayu angin jordan menyapa lembut pipi Laila. Langkah diatur laju . Melintas jalan,menuju ke bawabah syamal . Tiba-tiba terasa beg ditarik . Pencuri !

"Hoi !" Nina menepis pukulan laila yang datang tak bagi salam
"Apa hoi ? jantung aku berhenti kejap tau kau tarik beg macam tu !" tudung nina ditarik kebelakang.balas dendam !

"Ala.gurau je .garang sangat lah mak jemah ni"
"tengok jam.8.50 dah weh.sempat lagi kau nak gurau.ghiyab kang baru kau nak meraung!"

Langkah mereka seiring.menuju ke kuliah iqtisod yang terletak dihujung dunia.Seburuk-buruk uni ni,sekurang-kurang nya takde lah besar mana.dari kuliah ke kuliah yang lain,ada lah dalam 50 langkah jauhnya .

kertas peperiksaan diedarkan .3 soalan.untuk 20markah .dan semuanya syarah !

"intaha wakt" doktor ziyab mula memberi arahan supaya pen diletakkan dan kertas jawapan dihantar kedepan.

Laila bertawakal .Setinggi-tinggi tawakal .Apa jadi lepas ni.,apa pun keputusan lepas ni,laila redha.Serius laila kau akan redha tanpa sedih ?

"makan jom!" nina datang dari belakang.menarik tangan terus menuju ke mat3am roisi.
"pegi lah.aku nak balik.jumpa kat rumah lah" langkah diayun perlahan.minggu ni boleh dikatakan minggu futur.minggu yang laila sendiri merasakan jiwanya hilang.

"okey.taknak makan,jom duduk bawah pokok zaitun"

Pandangan laila kosong.memandang orang arab yang lalu lalang,kakinya diangkat ke atas kerusi.bersila dan cuba menenangkan diri sendiri.3soalan imtihan tadi menyesakkan fikirannya hingga kini.Macam mana aku boleh tak ingat langsung semua yang aku baca !

"so .telinga aku tak cucuk earphone sekarang sebab nak pinjamkan kat kau.wanna share?" Nina memandang laila yang kelihatan tak rupa orang dah.dengan kepala ditutup dengan hood.tudung selekeh kalah mak cik mak cik.

"aku tak tahu kenapa dengan aku minggu ni.penat sangat."

“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat 78:9 . kau lupa ayat ni?"
"aku ingat .. tapi letih .bila asyik kene repeat paper yang sama.paper td tu dah kali ke-3 aku amik.ni aku rasa bakal kene repeat lagi."
"tak student lah kalau tak merasa failed" nina membuka kasutnya.turut sama bersila
"kau kalau aku baling kasut kau jauh2 kau jangan tanya aku kenapa"
"salah ke aku cakap?"
"failed memang lah biasa.tapi kalau failed paper yang sama itu macam sia2!"
"kau study sebab nak pass?or ilmu?"

Laila tidak menjawab.daun pokok zaitun dikuis2.

"down sangat nina.rasa macam hampakan diri sendiri."
"Allah nilai usaha kau tu laila.Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya (99 : 7).

Kalau kau rasa kau sorang je failed dalam dunia ni,kau cuma failed paper,ada orang lain failed terus dalam hidup dia .Tapi,orang tu tak berhenti pun doa.sebab dia thiqoh dengan ayat ni  Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (40 : 60)

"dunia semua tu laila.tak payah lah sedih sangat.result paper tadi tak dapat lagi kan.sempat lagi kau nak tawakal setingginya"
"cantik ayat kau kan.dunia semua ni.ceh !"
"laila.agak-agak kan,kat akhirat nanti,kita boleh ke ha borak-borak sweet2 gini?kalau kau kat syurga,aku kat neraka,kau boleh jumpa aku tak?"

Laila mengubah kedudukan duduknya mengadap nina.Dalam gilanya nina,impian dia untuk menjadi salah seorang bidadari syurga sangat tinggi.


"Kau nak tahu tak nina,ada riwayat
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: "Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: "Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku

"Wahai Rabb Kami.. Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.. Maka masukkanlah dia bersama NANTI. di Syurga-Mu"

Kita tak tahu,kat mana kita nanti.tapi,jangan lah tolong aku kat dunia ni je.akhirat nanti,cari aku jugak eh?" laila memegang erat tangan nina.dia sebenarnya sedang mencari kekuatan untuk diri sendiri.

"kau nak aku cari kau kan? belanja aku popaye dulu ! " Nina menunjukkan sebaris giginya.sengih
"banyak lah popaye kau.jom balik.nak maghrib dah."

Allah . Terima kasih kurniakan sahabat yang tak pernah letih untuk menguatkan..

Salam maghrib
2/12/2013
5.49petang
irbid,jordan

1 comment:

Anonymous said...

Thanks for the story yang mampu buat Airmata knida mengalir amira.