Tinggal hanya 15 minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.
Lambat.
Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.
Dia
mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke
sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah
bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.
Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia
memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana
yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah
dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling,
ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan
mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia
ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia
berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari mahsyar!
Sewaktu
dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan
pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu
lambat lagi akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.
Dua
malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia
berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para
malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana.
Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di
hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi
apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan.
Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya
mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu
meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia
mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya
menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan
Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa
sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".
Dia mula
menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu
bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang
bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja
yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum
ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua
malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada
orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana
mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.
"Bagaimana
saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain
sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang
lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.
Kedua-dua
malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang.
Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah
kerikil dan sebagainya.
Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia
menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan
membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia
lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya,
al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...
Tidak!
Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari
kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali
seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak
berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka
yang membahang telah menyelar mukanya.
Dia menoleh ke belakang
sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia
tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia
mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan
janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam
ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir
sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia
bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan
melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat
petunjuk yang maha benar.
Scary ? Just imagine 1minute later kita akan mati .Konfem macam cacing kepanasan pergi ambil wuduk.


No comments:
Post a Comment