Khansa' mengangguk .. dia menundukkan kepala sambil berteleku lutut . Jika sakitnya ditangan,atau lukanya dikaki,mungkin boleh aku hulurkan minyak gamat,boleh aku balutkan agar cepat sihat .Tapi ini cedera dihati .Bagaimana mahu dipulihkan?
"Sabarlah ".. hanya ungkapan itu yang aku mampu berikan.Walhal,berkata itu memang mudah.apabila terjadi pada diri sendiri ungkapan itu boleh dibuang kedalam tong sampah.
"kenapa aku .." air mata khansa' mengalir laju.Khansa' , kau diuji dengan perasaan.Dan ini bukan kali pertama .aku tahu,kau mampu.
"dah lah khansa' . tak elok orang tengok ." hilang kata untuk memujuk.Sungguh,khansa' mengambil masa terlalu lama untuk bangkit semula.Bertahun khansa' cuba mencari semula diri.khansa' bangkit dengan semangat baru .Jiwa baru .Tapi apa jadi sekarang?
"aku menangis bukan sebab aku sedih dengan apa yang jadi .aku menangis sebab aku risau andai terdetik dalam hati aku 'kenapa tuhan takdirkan mcm ni' " bahu khansa' terhenjut henjut menahan esak.
"ujian hati ,ujian paling parah syaima..sebab kita tak nampak.kondisinya macam mana.siapa aku nak persoalkan pada Dia,kenapa.." khansa bangun.berwuduk dan disujud terakhir bagaikan saat dirinya sudah betul-betul lemah.
"Ya rabb,andai ini ujian,kurniakan aku tabah.andai ini balasan,ampunkan aku.."
menangislah sepuasnya hanya malam ini.dan esok kau bangkitlah sebagai khansa' yang baru.ditahun hijrah yang baru.
tatkala kalendar islam masuk ke tahun yang baru,doa yang sama diulang-ulang. Sayu bila masih selesa dgn dosa dan maksiat. Faghfirli ya rahman...
Salam Maal Hijrah (:
![]() |
| Move on .its a chapter on the past.but dont close the book .just turn the page Move with the name of Allah.Its called Hijrah :) |

No comments:
Post a Comment