"akak .. kte blank terus masa exam td.lupa semua dah apa yg kita hafal .."
------------------------------
"ayah masilah meninggal tgh hari td .."
"innalillahi wa inna ilaihi roji3un.kenapa dia lambat tahu ?"
"parents dia taknak bagi tahu.sbb dia exam esok"
------------------------------
"ada cubaan merompak kat bangunan rumah student melayu mlm td"
"semua okey ?"
"DSLR hilang"
------------------------------
Begitulah .antara ujian dalam fatrah imtihan .
Bagaimana Allah ingin mengingatkan tentang keberkatan ilmu.
Tentang ilmu itu nur .mana mungkin ia dapat dihadamkan dalam hati yg kotor.
Bagaimana Allah menguji dengan mengambil insan yang tersayang saat mereka jauh dari pandangan.
Bagaimana Allah menguji nilai penggantungan saat suasana begitu membahayakan.
dimana mathurat pagi dan petang kita jika kita mahu sentiasa dijaga?
dimana usaha kita sebelum meletakkan tawakal pada Dia?
Sungguh.Kita bukan hanya berperang dengan mata pena,tapi juga emosi .
Kadang,ujian yang Allah berikan pada orang sekeliling sebenarnya utk menampar diri kita juga.
Alhamdulillah .Alhamdulillah. Kholastu imtihan awal . Seminggu yang meletihkan.
Bermulalah saat mempraktikkan erti tawakal sebenar benar tawakal.
Doakan keputusan okey. Cuak tak hengat dah ni T__T

No comments:
Post a Comment