Wednesday, July 17, 2013

dia bakal bonda

Berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.

Hampir sebulan,tragedi yang meragut dua nyawa itu berlalu.
Tapi mungkin,bagi mangsa,ianya bagai semalam baru

Dia bakal bonda.
dia menanti detik kelahiran si puteri jelita.
hari ini dia bercakap-cakap,bertanya khabar anaknya.
siapa sangka,dia tidak sempat menatap wajah si manja.

Menyuntik berjuta-juta kata semangat,
ada saatnya,dia akan teringat..

Mungkin kita masih belum punya perasaan menjadi bonda..
jadi kita tidak merasai apa itu kehilangan..

Luarnya kelihatan dia tersenyum.
siapa tahu apa yang dipendam jauh disudut hati..

sehari sebelum humai balik malaysia..

Hari ni,kau pulang kemalaysia.
membawa bersama kisah duka yang kalian lalui berdua..
kau katakan "aku rindu tendangan nya"
kau kata kan "aku nak sangat tengok muka dia"
Namun kau masih mampu terus melangkah kehadapan
kerana hidup kena teruskan

semoga selamat sampai malaysia ! :')


Aku scroll instagram.
dan aku jumpa ini...
sungguh,rindu itu pasti menyakitkan..
berbisiklah pada tuhan.
kerana hanya Dia Maha mendengar segala luahan dan keluhan


Humai.Maaf tiada disisi saat memerlukan .....

No comments: