Saturday, June 15, 2013

Tarbiyah jaulah itu mahal

Beep beep .

Aku mencari-cari hp didalam beg.

"Selamat bermusafir amira.Tajdid niat sentiasa.Kalau tak sia-sia duit beribu-ribu"

Laju jari menaip membalas semula mesej yg diberi.Terima kasih sahabat kerana sentiasa mengingatkan.

Airport amman berubah rupa.Kalau bulan 9 yang lepas,airport ini umpama hidup segan bankrup tak mahu.Tapi kali ni aku boleh cakap,airport ni hampir setanding dengan KLIA.

Tiga orang travelmate yang lain sudah bersedia untuk check in.Naik easyjet,lecehnya pada saiz beg.Kalau saiz beg besar dari ukuran yang diberi,parah lah nak bayar hampir 60jd ! (kot~)

Perjalanan dari amman ke london mengambil masa 6jam.Plan untuk bermusafir kenegara barat dah buat sejak 2tahun lepas.Allah bagi izin tahun ni.Sebelum bermusafir tu,mula lah jual apa2 yg rasa tak guna dah kat ruang iklan.Bolehlah tampung-tampung sikit perbelanjaan.

Bumi london masih sejuk.Tapi ini yang mereka panggil summer -.-' Habis, jordan nak panggil apa.

Sepanjang bermusafir,kami tinggal dirumah2 student malaysia yang sebenarnya kami pun tak kenal.Kenal di alam maya.Perasaan dia macam serbasalah takut kedatangan kami mengganggu .Tapi alhamdulillah,serius diorang best.Kenal kwn-kwn berlainan kos,akak2 master,ada jugak akak2 yg jadi doktor and kerja kat sana.Kutip segala pengalaman diorang.

London dan jordan,tak kan pernah sama.Kalau dijordan nak kemana-mana jalan je kaki.InsyaAllah sampai.Kalau kat london boleh jugak kot jalan kaki tapi entah bila sampainya.Kat london ada tube.Tube tu macam ktm kat malaysia.Tapi ktm malaysia mudah lagi nak faham perjalanan dia berbanding tube ni.

Kat london kalau naik escalator jangan buat macam escalator tu kita punya.Masyarakat barat ni,disiplin dia tinggi.Kalau nak berdiri je,berdiri sebelah kanan.Jgn duk berdiri sebelah kiri.Itu utk org yg rush nak turun or naik.

Kat london,jangan harap taxi ke,bas ke,nak tunggu kita.Kita yang kena tunggu.Kalau tak,tertinggal lah bas.Kalau nak tanya berapa kali kitorang tertinggal bas,ada lah juga 2,3kali.So ajar diri untuk tepati masa.

Kat london takde org jalan lenggang macam siput.Semua jalan laju2.So kalau gi sana boleh rasa kau ni orang jalan paling lambat (haha)

Habis london,cerita pasal ireland.Ireland best sbb view dia.Duduk jordan nampak coklat je kan.Gi ireland susah sikit nak nampak coklat.Hijauu je.Serius r ireland best .




Dekat scotland ada camera obscura.Entah kenapa tempat tu paling aku suka.Mungkin sebab bila masuk dalam tu,kau perlu jadi tak matang sikit.Kalau jadi matang,semua benda dalam tu kau tak boleh try and main.

Beza sebenarnya,travel sendiri dengan travel dgn mak ayah atau ikut tour.Setiap langkah tu,kita umpama bertanggungjawab atas apa2 risiko yang akan datang.

Kalau nak bandingkan selesa,memang berada dinegara barat lebih selesa.Tapi,sewa rumah kat sana hampir 1000pound.Oh sila bersyukur sewa rumah kat jordan ni 200-300jd je.

Kat sana kelengkapan cukup.Tapi,kena bersabar,bertabah bertahan kuat iman dengan perlakuan perlakuan yang tidak patut dilihat,jika disana,kat mana2 anda boleh lihat.Dalam bas,tepi jalan,tengah makan,hatta masa tgh tunggu traffic light hijau ! Sungguhlah kasihan syabab2 dan ikhwah2 disana.

Kalau kat sini kita nak mengeluh dengan pakaian org arab yg ketat2,kat sana lebih dari itu.Jadi bersyukurlah Allah hantar kita kesini.

Kalau serumah dengan non muslim,walaupun sejantina,mereka masih perlu menjaga aurat.

Kalau nak banding kehidupan pelajar sana dgn jordan,boleh dikatakan,kita dalam zon selesa.Kita belajar segala hukum mazhab dalil.Tapi masyarakat sini sudah 'arif tentang hal tu.Tapi pelajar islam disana kadangkala diasak dengan pelbagai pertanyaan.Kenapa bertudung?kenapa perlu ada tuhan?kenapa kau solat?kenapa kenapa kenapa yang semuanya lebih perlu dijawab menggunakan analogi.Kalau nak bagi ayat quran,baik suruh mereka google je.

2minggu pertama,semua masih bertahan.Setiap hari keluar pukul 10pagi balik 8malam.Sampai minggu yang terakhir macam-macam benda lah jugak tadi.Kamera one of us terjatuh and lens dia problem.Tiket bas terpaksa burn.Plan ke cardiff and birm terpaksa khazafkan.Tertinggal bas.Sorang kawan hilang.Beg tak lepas untuk masuk flight.Macam2.Tapi kalau perjalanan smooth je,macam tak best jugak kan?

Terima kasih travelmate yang berkorban apa saja.Terima kasih akhowat2 galway--dublin--edin--glasgow--warwick--oxford--london.


Selamat sampai dijordan.Alhamdulillah.Menghadapi summer sem yang terakhir insyaAllah.Semoga benar-benar yang terakhir >.<


Nota hati :Dah boleh countdown ramadhan .





No comments: