jantung berdegup laju macam nak terkeluar.Subjek tilawah hafazan kali ni memang hari-hari bagaikan membunuh.
"bismillahirrohmanirrohimi *alhamdulillahi robbil3alamina*alrrohmanir rohimi*maliki yaumiddini*iyyakana3buduwa iyaakanasta3inu*ihdinassirotol mustaqimi*"
"mustaqimi ??"
sepi.tak ingat dah sebenarnya .
"macam mana boleh mustaqimi?padahal dia nak terangkan sifat sirot tu ?"
er ?mustaqim tu maf'ulul bih ke? **bisik dalam hati.
"mustaqima ?" cuba menjawab dengan muka paling minta simpati.
"kenapa?"
"sebab menerangkan sifat sirot doktor ckp tadi.jadi,mustaqim tu maf'ulul bih.hukum maf'ulul bih mansub.mansub perlu baris atas"
"ahsanti ! (bagus) "
**rama-rama terbang dalam hati**
Macam tu lah kelas tilawah hafazan setiap hari.Subjek tilawah terakhir sebelum tamatnya pengajian.Summer sem ni,dah lah kelas hari2.Hari2 ada je soalan yang boleh buat terkeluar jantung.
Doktor suka buat ayat sentap
"berapa ramai yg hanya membaca quran sekadar membaca,tapi tidak intabih (amik perhatian/amik berat/menjaga) dengan baris2 akhir ayat.walhal baris ayat itu boleh berubah2 dan membawa maksud berlainan."
"kalau nak tahu,orang tu menjaga al-quran atau tidak,test dia baca surah alfatihah dan ayat awal albaqarah beserta baris belakang."
"kalau saya cakap,kalimah قل dalam alquran bukan semuanya disebut 'qul' adakah betul?"
er.mana boleh.qul kan fi'il amar.mestilah baris sukun akhir dia .**cakap dalam hati je.loading lama sangat nak buat ayat dlm bhs arab -.-'
"ada perkataan "qulli" dalam al-quran.jadi sbb tu,pentingnya kita tahu baris hujung.bkn hanya baca dan tadabbur ayat"
Okey.sangat zreetttttt .dihujung kelas,doktor bagi kata2 menusuk
"hub kalimatul quran bil iman" (jatuh cintalah kalimah alquran dengan iman)
serobs !
Masa sekolah rendah,kita belajar domir.Domir tu mende?Ala yang kita guna jari nak hafal tu.Huwa huma hum,hiya huma hunna ila akhir ~~~ Hafal tu lagi senang dari hafal sifir haha !
Masuk sekolah menengah,kita belajar,mcm mana nak praktikkan domir dalam fi'il .Fi'il tu apa?google translate cakap,fi'il tu perbuatan.Ada berapa jenis fi'il ? TIGA ! Apa dia? madi utk yg dh lepas.mudori' utk sekarang atau akan dtg.amar utk perintah. Fi'il ni relate kan lah dengan domir tadi ~~ Boleh google supaya tak sesat
Masuk universiti ni haaa ~ Mula lah belajar kalah addmath .Kalau dulu memang aku jenis hafal membuta tuli.Dalam ayat tu mesti ada fi'il,fa 'il,maf'ulul bih. Kalau tiga ni takde,ayat tu cacat .Tapi dah masuk uni ni,tetbe fa'il tu duduk depan,duduk belakang ~~Misal .
ذهب ابو الى المدرسة
ذهب : فعل الماضي
ابو :فاعل
الى:حرف الجر
المدرسة : مفعول به
Ini cara i'rob (terangkan ?) sekolah rendah.Kalau dalam bm nya,pergi abu ke sekolah.Buruklah ayat b.arab translate bm -.- haaa cuba i'rob dalam bm sebijik2.payah kan?
zahaba (pergi) :kata kerja
abu (nama org) :pelaku
ila (ke) : kata penyambung (?) haha
madrosah (sekolah) : pelengkap ayat (?)
okey bm failed .
Tapi dah masuk uni,ayat dia dua pekataan je.Tapi nak i'rob dia macam kene putar otak 360darjah.
contoh :
قاموا الرجال
kalau ikut ilmu sekolah menengah aku,aku cakap ayat ni betul.sedap dah.tapi doktor cakap ayat ni salah sebab kalimah 'qomu' tu .sepatutnya takde huruf wau dan alif.
aku mcm nak bantah jugak lah.yelah rijal tu kan jama' (ramai) so berada pada domir هم .betul lah ada wau alif tu .**amboi anak murid tunjuk lagak haha !
rupanya belek2 ayat tu,tanya orang sebelah kiri kanan depan belakang, dua2 perkataan tu adalah fa'il .mana boleh dalam satu ayat ada dua fa'il .Kan tadi da cakap,ayat yang cantik ,fi'il ,fa'il ,maf'ulul bih. so jadi قاما الرجال
serius r awal2 belajar seronok.dah nak dekat akhir kelas aku rasa mcm apa ni apa tu kenapa camni kenapa mcm tu pastu fokus dah kelain dah -.-'
Bahasa arab bahasa paling susah.tak percaya cuba google !
Berkata Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat 2 surah yusuf :
(وذلك لأن لغَة العرب أفصحُ اللغات وأبينُها وأوسعُها، وأكثرها تأدية للمعاني التي تقوم بالنفوس، فلهذا أنزل أشرف الكتب بأشرف اللغات، على أشرف الرسل، بسفارة أشرف الملائكة، وكان ذلك في أشرف بقاع الأرض، وابتدئ إنزالُه في أشرف شهور السنة، وهو رمضان فكمُل من كلِّ الوجوه )
maksud : Oleh yang demikian, kerana bahasa arab bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling luas, paling banyak penghormatan atau meraikan makna-makna , dengan inilah diturunkan kitab yang paling mulia, dengan bahasa yang paling mulia ke atas semulia-mulia rasul , dengan perantaraan semulia-mulia malaikat, di semulia-mulia tanah (negeri), dimulai operasi penurunan di dalam semulia-mulia bulan iaitu bulan ramadhan, dan telah sempurna kitab dr segala aspek (kehidupan dan hukum hakam).
Nota hati : slow slow kita cuba melangkah walau payah dan belajar dari silap silap silap silap pengalaman segala macam yang lepas lepas .


No comments:
Post a Comment