Jam baru menunjukkan pukul 3petang.Kelas sepatutnya habis 3.15 .
"entum ta'ban ?"(kamu semua penat?) doktor bertanya sambil diwajahnya diukirkan senyuman.Tapi siapa tahu apa yg disimpan dalam hati murobbi itu ?
"Lepas ni,dalam kuliah2 seterusnya,kamu boleh keluar bila2 kamu mahu.Sama ada ketika saya tgh bercakap,saya tgh menulis,kamu keluar saja tanpa perlu meminta izin."
Kelas senyap.kalamnya padu.wajahnya masih tenang.mengukirkan senyuman.tidak mahu anak muridnya terasa hati.mungkin..
"lebih baik,kamu keluar,pergi minum nescafe,pergi buat apa kamu nak,daripada kamu duduk dikelas saya,dan tidak faham apa yang saya sampaikan.betul tak?" ..mungkin disudut hatinya,ada rasa tersinggung.siapa tahu?
Dia cuba memahami,kepenatan selaku seorg pelajar.Mungkin,dia juga pernah bergelar pelajar.Dia masih tersenyum disaat student bising mahu kuliah ditamatkan.
Kita minta difahami.tapi entah bila kita mahu memahami kepenatan seorang guru itu.Kita belajar duduk.Guru itu mengajar berdiri.siap perlu menguatkan suara supaya kuliahnya dapat difahami dengan jelas.Jadi siapa sebenarnya yang lebih penat ?
Guru itu cuba menjaga hak para pelajarnya.dia masuk ke kelas tepat pada masanya.dan menghabiskan kuliah pada masa yg ditetapkan.walhal bagaimana dgn pelajar?datang lambat.dah lah lambat,nak cakap maaf pun susah.masuk kelas muka tak bersalah.Mana hak guru yang perlu kita jaga?
Mungkin kita lupa tentang keberkatan.Kita anggap,belajar dgn juhud (bersungguh2) dirumah,khatam semua subjek dari kulit kekulit,kita boleh skor.kita boleh ingat ilmu tu hingga akhir hayat.Jadi mananya keberkatan ilmu tu jika hak guru kita tak jaga.perlakuan dalam kelas kita pandang enteng !
"Pergilah kelas walau penat mcm mana pun.sebab kita tak tahu,detik bila,saat bila,hari apa Allah kurniakan keberkatan tu " --senior
Kalau rasa susah nak pupuk disiplin dalam diri,cukuplah kita rasa disiplin dalam menuntut ilmu.Mungkin kita tak rasa kepayahan utk mencari duit yuran yg kita bayar tu sbb tu bkn duit kita.tu duit ptptn,duit jpa,mara,mak ayah.Tapi kita lupa,lepas dunia kita ada akhirat.Apa kita ingat persoalan ttg bagaimana wang itu dihabiskan,Allah tak soal ?!
Biarlah tak faham dalam kelas.biarlah exam kita hanya 20%.Asal keberkatan ilmu tu kita dapat.
Jangan berdegang cakap pasal jihad disyria padahal jihad menuntut ilmu pun suam-suam kuku!

No comments:
Post a Comment