Saturday, February 12, 2011

kite selalu ckp pasal iman,pegangan islam..tapi.......

Kita sering bicara tentang kepercayaan...
bicara tentang iman...
bicra tentang pegangan...

Apakah kita faham apa yang kita bicarakan???
Benarkah Allah Kita Percayai??

Nah...
Pabila Exam Bakal Menjelang...
Revision kita malam dan siang...

Bila boleh jawab periksa...
Kita bicara "Nasib baik malam tadi aku baca"

Lalu Dimana peranan ALLAH sebagai Tuhan??
Kita kata itu berlaku kerana kita lakukan.
Apa lagi yang mahu kita dustakan???

Nah...
Bila kenderaan yang kita pandu...
Diatas jalan meluncur laju...


Ade pula yang melencongi
Kita kata pula "Nasib baik aku elak, klau tak tadi..."


Lalu Dimana peranan ALLAH sebagai Tuhan??
Kita kata itu berlaku kerana kita lakukan.
Apa lagi yang mahu kita dustakan???

Nah...
Kala perut minta di isi...
Makan dan minum dicari-cari

Tangan mula menyeluk poket
Kata kita lagi "Fuhh, Nasib Baik ade duit"

Lalu Dimana peranan ALLAH sebagai Tuhan??
Kita kata itu berlaku kerana kita lakukan.
Apa lagi yang mahu kita dustakan???

Nah..
Saat siang Berganti Malam...
Elektrik Dirumah pula padam...

Dalam gelap kita meraba...
lalu kita pun kata " Nasib Baik Lilin/Torchlight ada"...

Lalu Dimana peranan ALLAH sebagai Tuhan??
Kita kata itu berlaku kerana kita lakukan.
Apa lagi yang mahu kita dustakan???

Nah...
Bila Usia Meningkat dewasa...
Dah ada teman yang istimewa...

Keinginan berumah tangga seakan hadir...
Lalu hati bicara "duit xde xkn dah kahwin nak makan pasir"

Lalu Dimana peranan ALLAH sebagai Tuhan??
Kita kata itu berlaku kerana kita lakukan.
Apa lagi yang mahu kita dustakan???

nota hati :pap!!! tekene kat diri sendiri.astaghfirullah...perlu byk muhasabah diri

2 comments:

rahil MG said...

huhuhu...mcm pernh dgr...hik3...

dayang selasih said...

;) aku ckp tyme PINTAR.moga dpt iktibar