Monday, February 14, 2011

cuba kita renungkan ;)

SITUASI 1 
“Kau tak menyesal, tak rasa rugi ka andaikata suatu masanya nanti, kau begini sabar menahan diri, jaga itu, jaga ini. Tapi akhirnya kelak kau dapat jodoh yang biasa-biasa saja. Buaya darat. Bekas banyak perempuan. Solat pun tak sempurna. Agak-agaknya macam mana tu?”

“...... yala. Kau kata kapel pon kau tak pernah. Tapi entah-entah esok lusa suami kau tu pernah ber-kapel punyala banyak kali. Kau yang kononnya suci ni dapat bekas-bekas orang lain ja macam tu. Ha.. apa nak kata? ”


SITUASI 2 

“Rajinnya belajar, tak lokek ilmu pula tu.. baik akhlak, kuat ibadah. Tak pernah sakitkan hati orang.. macam mana ea, kalaulah bila result keluar nanti, kamu tak dapat DL? Atau result kita yang jahat2 ni lagi tinggi dari kamu yang beria dok ajar kami ni. Kamu mesti sakit hati kan? Yela... macam tak adil.”

SITUASI 3

“Penat aku jadi baik. Penat dah aku tahan semua keinginan aku. Mana pernah aku kapel. Mana pernah aku pegang tangan gf macam orang lain. Mana aku pernah dating, buat maksiat semua tu! Tapi kenapa last-last aku dapat kau? Aku dapat perempuan yang dah tak suci macam kau ni sebagai isteri...?” 

SITUASI 4

“Punyalah penat aku stay up, study 24 jam. Solat tak tinggal. Nak jawab xm pun baca doa. Solat hajat tak lupa. Yasin setiap minggu aku join kat masjid. Tapi kenapa at last aku tak dapat capai target aku...? unfair!” 

mesty slalu kite ckp mcm ni kan?jgn tipu lah kalau seumur hiduo kite xpenah ckp ;) pK balik... kenapa nk dengki dgn org?kenapa kite x berbaik sgka?

Ada manusia, jadi soleh, jadi solehah, dengan niat untuk mendapatkan bakal zauj atau bakal zaujah yang soleh & solehah juga.

Ada manusia, jadi soleh, solehah, beramal banyak, berakhlak baik, berulang alik ke masjid semata-mata kerana mahu mendengar pujian daripada manusia lain di sekelilingnya. Dia mahu orang puji dia baik & sebagainya.

Ada manusia, jadi soleh, solehah, beramal banyak, berakhlak baik, berulang alik ke masjid semata-mata kerana mahu mendengar pujian daripada manusia lain di sekelilingnya. Dia mahu orang puji dia baik & sebagainya.

Ada yang buat kerana itu. Ataupun kerana ini. Ya. Mana kita tahu apa yang tersirat di hati orang lain. Jadi seboleh-bolehnya perlu letak sangka yang baik pada toplist kita. Sebab kadangkala, hati sendiri pun kita tak dapat nak tafsirkan & faham hakikatnya.

Mungkin saja, kita ini yang kononnya kita sangkakan benar sudah baik rupanya lebih hina dari orang yang kita buruk sangkakan itu. Nauzubillah.

Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan adalah berbalik semula kepada niat kita. InsyaAllah, kalau betul kita kenal Allah, insyaAllah kita kenal diri kita. Bila kita kenal diri kita, kita akan tahu, kita akan rasa samada dalam hati kita itu hitam kah, putihkah, kuningkah atau ungukah dia..;)

Mari kita duduk sejenak. Renungkan sebentar hadis Rasulullah saw ini yang bermaksud:

"Tidak (diterima) amal-amal itu, melainkan menurut niat. Seseorang tidak akan dapat, melainkan apa yang ia niatkan. Lantaran itu barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka pahalanya itu ialah (pahala amalan) kerana Allah dan RasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia, nanti ia dapat dunia itu, atau kerana perempuan nanti ia kahwin dengan perempuan itu, (singkatnya) ganjaran hijrah itu menurut niat ia berhijrah". (HR Bukhari)

cuba fahami pula kata2 as-syahid imam Hassan al-Banna ini..

"Niat yang ikhlas adalah seluruh ucapan, perbuatan, ibadah, dakwah dan jihadnya semata-mata demi Allah & mengharap keredhaanNya serta ganjaran baik, tanpa memandang keuntungan, kemasyhuran, kedudukan (kemuliaan), gelaran, kemajuan ataupun kemunduran. Dengan demikian, ia menjadi "pejuang fikrah dan aqidah", bukan "pejuang kepentingan dan cita-cita peribadi".

Anda perasan tak, kita perasan tak..? Dalam apa jua permasalahan yang kita hadapi di dunia ini, kesudahannya tetap akan kembali kepada Allah swt.

Niatkan kerana Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Jadi baik, belajar, tidur, minum, mandi, solat, pergi ceramah, pergi masjid, buat kerja persatuan.. semua-semua pun, niatkanlah kerana Allah.

Perbetulkan niat kita.kenapa dengan Allah kita mahu berkira? Kenapa kita banyak merungut dan meminta balasan itu & ini daripada Allah? Sedangkan memang itu sudah tanggungjawab kita ini sebagai hambaNya. Astaghfirullah .. biadapnya kita...

Kalaulah kita sedar kita ini hanya hamba, tentu kita malu untuk meminta apa-apa pun daripada Allah.  

Ayuh kawan2 yang comel2..berhenti merungut.berhenti mengeluh.kembali lah pada posisi kita sebagai hamba.Lakukan lah apa yang Allah suruh dengan ikhlas.selebihnya biarlah Allah yang tentukan ganjarannya. ;)

Jom sama2 tajdid niat =) 

wallahu'alam..moga bermanfaat.peringatan buat diri sendiri yang mudah lupa.SALAM MAULIDUR RASUL....moga semakin hari semakin bertambah cinta kita pada baginda.insyaAllah.