Tuesday, January 27, 2015

Travelog Jepun part 1

Jordan - Palestin - London - Ireland - Scotland - Turkey .

Semua pengembaraan tu (amboi ayat -.-') berjaya diselesaikan sepanjang 4 tahun bergelar pelajar degree. Jordan tu memang tempat belajar. Palestin pergi time second year winter break , London - Ireland - Scotland pergi masa third year sebelum summer sem dan itu antara jaulah paling lama selama lebih kurang 3minggu bergerak terus dari sini ke situ,situ kesini haha. Turkey masa winter break tahun 3.

Ireland .
ala..lupa nama tmpt ni apa =.='

Travelmate turki. Hafizah

Travelmate UK-Ireland-Scotland.
Aisyah,hazirah,fatin nur


Travelmate palestin.

Nampak macam banyaknya negara. Tapi semua tu dekat2 je. Dari Jordan, untuk kesemua tempat tu dekat berbanding nak terbang dari malaysia. Jadi ambil peluang.. Malangnya sekarang tambang murah dari jordan ke europe takde dah. Easyjet dah tak buat. Jadi adik2 mohon bertabah.haha. Ini video jaulah UK



Travelog untuk kesemua tempat tu aku rasa macam xde aku tulis. Isk. Ringkasnya, semua tu backpackers. Which means, guna bajet yg sgt rendah dan penjimatan yg gila jimat sampai kau makan megi share 4org masa dekat warwick hahaha.

Habis degree, balik. Tgk airasia ada promo pergi nagoya jepun.. Jadi, dah mmg kaki travel, minta kebenaran mak dan ayah utk pergi. Mereka bagi. bawa adik bersama. Btw, aku pergi masa study week. sbb aku beli tiket bulan jun 2014. Masa tu aku tak tahu, aku dpt master lagi. Jadi padan muka lah kan. Boleh tak, nak cerita guna point je. Rasa best sikit nak baca. Plus guna bahasa yang tidak formal. Ke nanti jatuh thiqoh?Lol

Ini travelog ke jepun. 5hari 4malam.Jepun negara yg mashaAllah. Ada sesuatu yg kau x kan jumpa dinegara lain,tapi kau hanya jumpa dijepun.

yang kanan sekali tu,student engine jepun merangkap kawan sekolah :')
ni travelmate jepun merangkap adik2 aku haha


SEBELUM PERJALANAN

1. Nak pergi, mesti ada tiket . Nak beli tiket, kena on9. Kena ada debit card/credit. Ni basic lah. Tapi benda basic ni lah ak tak reti zaman2 awal nk travel dulu. Zzz . Masa aku pergi, tiket pergi balik, 5hari 4mlm, sorang dlm RM600. Harga tu boleh dpt sekarang sampai 1feb. Gi beli cepat. Oh ak nak cakap, tiket murah selalu masa flight dia tak berapa best sgt. aku bertolak dari KLIA 2 pukul 8.30pg . time balik tu dari nagoya pukul 9.30 pg. so kesimpulannya, aku kat jepun 4hari 4mlm jela. (ke slh?)

2. Cek musim masa pergi tu. maksudnya tengah musim panas ke, sejuk ke, sakura ke. Masa aku pergi, musim sejuk. bulan 9. jadi prepare baju sejuk. sorg 2helai. kami pakai 4lapis baju kat sana.if pergi time sakura best lah.lawa.

3. Google tempat best2. so xde lah sampai sana 'ala nk pergi mana' . ni juga supaya dptkan mood utk travel.ewah ewah

4. Cari tempat penginapan. kalau kau lelaki, kau boleh tdo bawah jambatan if nk jimat.hahaha. tp sbb kami semua perempuan, and ada kawan kat sana, jadi tidur rumah dia. kami juga tdo dekat malaysian hall. malaysian hall tu, rumah student msia buat event. and aku syorkan korg tdo situ kalau xde kawan.murah pun murah.

5. Tukar duit yen. If tukar dkt airport mahal.

SEMASA PERJALANAN

1. Cek semua benda penting bawa. Passport dan tiket. If pergi musim sejuk, tlg lah bawa stokin tebal tebal byk2. bawa sarung tgn.boleh beli kat daiso. kalau jenis telinga x tahan sejuk, beli penutup telinga/topi. semua ada kat daiso .rm5 je. (aku promote daiso hahahaha)

2. bawa lotion dan lip balm. x kisah musim sejuk or panas. aku x bawa masa tu.sbb kat joden pun ak x pakai haha. tp mungkin sbb dah biasa dgn musim lembap angin2 sepoi bahasa malaysia, so aku ingat aku okey. alhamdulillah okey jela. cuma kulit kering. and bibir pecah. if x bawa, beli je kat sana

3.pakai kasut ! pakai kasut ! please kasut  unless kau jln2 tu guna kereta or ada driver yg amik hantar. so ok lah. tp aku rasa yg baca ni semua jenis jimat nak jalan berkilo kilo meter guna kaki haha.so please guna kasut yg selesa.

4. utk beg, kalau ke jepun, aku sgt sarankan korang guna backpack.. yg besar gedabak tu haha.sbb jepun kaya dgn train.aku cakap kaya tu mmg kesana sini korg naik train. dan train dia kene tukar2. kena lari2 naik turun tangga. nanti aku cite pasal train dia yg menarik haha.

takde masalah nk bawa beg tarik.aku faham pmpuan banyak barang haha. tapi, sukar sedikit lah. ada je lift, tp tak rasa travel lah bawa beg tarik.wahahaha.

5. baju tak perlu byk2. ak bawa 3helai baju dan 2seluar. kenapa ak ckp x payah byk? sbb dlm bag kau nanti, byk lagi benda nak isi. makanan lah, tripod lah,apa lah.plus, kt sana mesti shopping juga baju.elehh hahaha.if musim sejuk lagi lah. xberpeluh pun.

6. utk penjimatan, bawa makanan byk byk.sbb flight msia-jepun 8jam. kelaparan dlm flight.mknn air asia mahal.masa tu ak beli 3nasi lemak.rm50. tp sbb lapar n kami x sarapan pun sblm naik flight, tutup mata jelah. better bawa mknn utk travel juga. jimat.

7. SAMPAI AWAL KE AIRPORT. haaa ni mmg di tekankan. kte tahu masalah airasia is, kau lmbt sikit pun dia tinggal haha.jadi pandai2 lah manage masa.

8.kakak pramugari air asia seksi2. yg lelaki, jaga mata.kah2.

9.fasten ur seatbelt, doa, tajdid niat kau pergi bkn sekadar nk seronok2 tp nak tadabbur alam, set mind yg perjalanan ni lillahi ta3aala, tawakal byk2 sbb kau x tahu apa akan jadi sepjg travel tu . (sbb masa travel ke UK, byk sgt pancaroba.ada passport hilang,ada duit kena curi,tertinggal bas dll)

KETIKA SAMPAI.

yeah dah sampai ! tp aku penat dh tulis. sambung nanti .

3 comments:

Husein Husaini said...

dah banyak berjalan rupanya. harap kite pun nak jadi macam dia boleh pegi jalan europe.

dayang selasih said...

@husein : Alhamdulillah . study mesir kan? dekat juga utk ke europe. grab it before balik malaysia

dayang selasih said...
This comment has been removed by the author.