"So how malaysia?"
Warung Pak Hanif riuh dengan
suara manusia. Ada yang bergelak sakan gembira. Ada yang muka berkerut
sambil tangan melayang layang bagai menceritakan masalah dunia. Pekerja
macam biasa, terus menjerit menyampaikan order.
"Macam tu lah.." Nina membalas pendek.
"Ada ulser ke dalam mulut. Pendek sangat jawapan kau " Laila membalas. Sambil menghirup teh tarik yang masih berasap.
Sudah
sebulan Nina di Malaysia. Apa benda yang tak best tentang Malaysia.
Syurga makanan. Syurga haiwan . Syurga barang2. Cakap je. Segala benda
ada .
"Kau tanya soalan tu kan, macam sekarang ni kau tengah duduk kat amerika"
"Tak
lah . Aku ni baru 2 hari hirup udara jerebu Malaysia. Kau tu dah senior
sikit lah kononnya.Amal macam mana? Maksud aku, makin melaju ke
terhenti ke, gitu je?"
Soalan itu... Soalan yang Nina tunggu. Nina tunggu dari semua orang yang bertemunya sejak menjejak kan kaki ke Malaysia.
"If aku tak nak jawab, aku nak kau rasa bila kau dah sebulan kat sini,boleh?" Nina senyum.
"Kau
tak payah tunggu aku rasa. Aku dah rasa masa aku skip sem and duduk
melangut kat Malaysia tahun lepas. Sebab tu, aku tanya.."
Atas sebab masalah wang, Laila menangguhkan semester.
"Iman
kita down, kita yang rasa.. Lain suasananya. Payah sikit bila kau
sorang2 ni. If kat jordan,suasana dia memang macam tu. Solat jemaah
reramai. Habis solat baca quran. Kalau bosan2 pegi rumah kawan2 lain,
pegi program sesama. Usrah mudah,jalan kaki 10minit sampai.
Tanggungjawab kau hanya study. Uruskan diri kau. But bila balik,kau
macam culture shock. Kau shock dgn muamalah kat sini. Kau shock tgk
orang macam ni,orang macam tu. Kawan2 yang dulu serumah kat jordan skang
dah jauh..Tanggungjawab kau bukan just pada diri kau,tapi
family.Kesibukannya lain "
Nina melepaskan keluhan
berat. Perubahan diri, sebelum orang lain sedar, sebenarnya kita dahulu
terlebih sedar. Sama ada, kita biarkan perubahan itu, tanpa kembali ke
titik mula, atau kita terus bangun,mula semula dari bawah.
"Memanglah.
Bukan masalah besar bagi sesetengah orang. Tapi hati kau macam sakit.
Bila diri kau sendiri selamba badak tak baca quran sehari. Mula mula
memanglah sehari .If berterusan boleh jadi seminggu entah2 satu page
quran pun payah nak baca. Bila hati problem,kau buat apa pun,rasa ada je
prob." Nina meluahkan semuanya.
"Faham. Its about biah
. Or suasana. Sbb kita bukan dari awal dpt tarbiyah kat malaysia.
Tapi,aku sangat suka dengan Surah at tahrim , ayat 10
Allah mengemukakan satu
misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi
orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi
mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri
Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua
orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka
berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami
masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu)
tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab)
Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari
pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama
orang-orang yang masuk (ke situ)".
Kenapa tiba-tiba babit isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut pulak? See, Nabi
Nuh dan Nabi Nuh merupakan dua hamba yang soleh. Jadi, logik nya,
isteri mereka dah berada dalam biah yang soleh dah. Tapi mereka masih
ingkar.
Look, isteri Firaun, Asiah . Kau tahu betapa
durjananya Firaun. Tapi Asiah tetap tegar mentaati Allah. Walaupun suami
dia mensyirikkan Allah.
Lihat macam mana ada yang dah
duduk dalam biah selesa dah.Tapi masih kufur . Teladani Asiah. yang
duduk dalam biah dahsyatnya nauzubillah , tapi masih tegar beriman
dengan Allah. So kau dapat tak apa aku nak cakap ni? "
Nina mengangguk..
"Bukan suasana tu yang perlu kita titik beratkan. Ya betul. Ia salah satu faktor jugak. Tapi, cuba. Cuba lawan biah tu"
"Kita
ni Nina, diuji tu biasalah. Diuji dengan hati . Dengan amal. Dengan
disikitkan rezeki, dengan dikurangkan nikmat yang pelbagai . Sedangkan
Maryam,putri Imran yang suci tu pun, Allah uji dengan ditiupkan roh
kedalam rahimnya. Apatah lagi kita ni yang hari2 ada je dosa kita buat"
No comments:
Post a Comment