Thursday, July 10, 2014

Serahkan pada Dia

Kau nyatakan hasrat
"mak,i want to get married earlier"
and she answered, "habiskan belajar dulu"
maka,kau matikan hasrat kau
kau gigih habiskan degree
bukan 4tahun seperti dalam kontrak
tapi 3tahun lebih.

Sepanjang tempoh belajar
betapa kau berusaha untuk jaga hati
walau kadang2 kau sendiri tersasar
sebab kau tahu
kau tengah menuntut ilmu
tapi kau manusia yg ada fitrah.
bohong! bohong kalau kau x pernah lalui penyakit hati!

kau balik
kau nyatakan hasrat kau sekali lagi
kau cuba fahamkan
kenapa kau nak dilepaskan awal
bukan bermaksud kau tak boleh dah berbakti untuk family
tak..
tapi kau cuma bimbang
bagaimana mahu membawa quran
bagaimana potensi iman
dalam keadaan hati yang kadang kala problem!
Allahumaghfirlana . Allahumaghfirlana .

kau yakin..
agama dia
bagaimana dia melayani kanak2
bagaimana gigihnya dia cuba memahami quran
bagaimana pergerakan tiap langkahnya dalam dakwah dan tarbiyah
bagaimana serius usahanya utk menjadi halal

dan iftar hari ini bagaikan suram
kau tahan air mata
kadang2,kau buat2 selesema
hingga selesai makan kau ambil wuduk dan kau amik peluang menangis sepuasnya
setiap rakaat, mengalir laju air mata
masa tu seumur hidup kau itu kali pertama
kau rasa kau sangat sangat sangat memohon bantuan Dia.

Usai solat kau baca quran
kau nangis lagi
kau duduk membelakangkan adik kau..
ini bukan jordan yang kau boleh menangis bila2 masa tanpa ada yg melihat
kau jumpa ayat "sesungguhnya Aku ini dekat"
lagi laju air mata kau..
kau dah rasa sgt letih dgn hari ni..
letih kena marah

"siapa tak solat malam time ramadhan ni dia jahat"
aku ingat pesan aku yg ini..
maka tahajudlah utk ketenangan
istikharahlah agar Allah kurniakan pilihan
bertaubatlah takut2 kerana ada dosa2 kita yg menghalang urusan dimudahkan
berhajatlah walau sbnrnya Allah dah tahu apa yg kita nak

andai di pengakhirannya
berakhir dgn kecewa
moga Allah peluk erat
moga Allah kurniakan hati yang redha
moga diri terus thiqoh dgn Dia
sungguh jiwa bagaikan sudah letih..

Ya rabb mudahkanlah..
lembutkan lah hati hati kami..





No comments: