Alhamdulillah .
Dah hampir seminggu hirup udara jerebu dimalaysia. Dah seminggu tak makan syawarma maksudnya T__T
Nak kongsi satu pengalaman baru . Excited nama nya ni. Maklumlah sebelum ni kena interview utk biasiswa.Sekarang utk kerja.Lain . sangat lain.dan ada sesuatu yang best moga-moga menjadi ibrah bila dah habis baca. (nampak tak ayat ustazah2?haa)
Ramai cakap,best nya balik terus dapat kerja.best nya dah nak kerja. Haha . Tak .Tu interview utk kerja.maksudnya entah dapat ke tidak. Sama ada dapat atau tak.cerita kedua.Cerita pertama,pengalaman.
Sebenarnya, cepat atau lambat tu bergantung pada kecepatan kita apply. Kalau aim nak sambung study, of coz kita search giga gila pasal uni kan? mcm tu juga kalau kita dah aim balik terus nak kerja, sebelum habis belajar lagi kita dah search haha .
Nak katanya,sebelum final exam hari tu,dah mula slow2 bukak segala web pasal kerja.kerja kosong 2014 lah. jobs malaysia lah. macam2 lah.now everything mudah nak cari. Jadi dari situ slow2 tgk,apa kelulusan dia nak. How nak apply. apa dia perlukan. bla bla bla. Kenapa tgk awal? sbb masa tu nak aim pointer yg membolehkan dapat kerja apa yg aku nak. sbb masa tu nak take note dokumen apa yg dia perlukan.sbb kita sedar diri, bidang kita ni kerja dia tak meluas T_T
Makanya,selepas final exam,selepas exam, sbb tadi dah tgk dokumen apa dia perlukan, kebyknnya minta recommendation letter/surat sokongan dari pensyarah. Jadi, aku pun minta dua surat. Satu surat sokongan utk sambung master. Dan satu lagi surat sokongan utk apply kerja. Dua2 tu ditanda tangan oleh doc ahlam dan doc fakhri. Surat sokongan ni tak tahu penting ke tak. Tapi aku letakkan pada aku sendiri penting sbb aku takde pengalaman kerja. takde surat sokongan majikan. surat sokongan pensyarah pun jadilah. apatah lagi,result tak mumtaz .ahaa.
APPLY
Apa pun keputusan kau dapat masa belajar,tu cerita lepas. Jgn rasa rendah diri alaa keje ni aku tak layak.alaa keje ni nak orang power2.
Cuba bangga dan hargai dengan usaha kau sendiri. Biarlah orang tak hargai.Kau sendiri yg tahu susah payah kau. So, jgn rendah diri. Terus melangkah. #np langkah tercipta-UNIC
Kalau nak makan,gigih kita masak kan?Nak apply kerja pun perlu gigih. Hantar lah segala resume sijil2 apa semua yg ada kat semuaaaaaaaaaaa tempat yg kau rasa nak kerja. Dunia dah maju.Email berfungsi. jadi gunakan. tak kisah lah dia ada kerja kosong ke tak. just hantar. dapat tak dapat,cerita belakang.
setakat ni, itu je ikhtiar yang boleh dikongsi.boleh maybe kawan2 lain ada tambahan, boleh komen.
_____________________________________________________________________________
Jumaat kedua dibumi tanah melayu, interview pertama utk dunia pekerjaan. Wah terasa dewasa disitu.
Kisahnya, search2 kerja kosong.Jumpa iklan jawatan kosong kat unifield international college melaka (UIC) . Tak pernah dgr? aku pun tak pernah. tu first time lah tahu nama kolej tu. Tapi iklan tu,tarikh interview dia dah lepas.29&30 mei. masa tu aku tgh menikmati kehidupan kat jordan lagi.
Tapi sbb masa tu rasa mcm "xpe hantar je" so, email lah resume kat bahagian sumber manusia dia.dalam tu aku explain lah kenapa apply lambat, minta maaf , dan ayat bodek nya "saya sedia dipanggil bila-bila masa" nampak semangat disitu?
jadi, memang betul lah dia "panggil bila-bila masa" . Harini hantar, lusa ptg tu dapat call.
"saya puan haryani dari UIC melaka. minta awak dtg interview jumaat ni utk jawatan pensyarah syariah pukul 9.30pg. bawa 4 benda. resume,salinan dokumen & yg asal,powerpoint ttg institusi islam & laptop."
Jadi,aku ada masa sehari nak siapkan slide.Ada masa sehari utk prepare interview. Nak kata cuaknya kalah pegi exam spm.*hiperbola.
Tajuk dia bagi sgt luas. Esok nak interview,malam tu baru idea mencurah curah macam air perigi (?).
alhamdulillah. Masa study dulu pernah kene buat slide pasal teknologi, ada sahabat tlg buatkan slide guna prezi, so malam tu jugak aku gigih belajar guna prezi tu. Boleh search. serius best. sbb masa present slide teknologi tu pun orang arab sgt kagum dgn prezi.hahahaha.k bai.
Today is the day. Al yaum ya sobaya!
Jarak shah alam ke melaka bukannya sekangkang kera. Jadi, lepas subuh dah keluar rumah. Takdelah mubasyarah. lebih lebih sikit lah.
Sampai sana dlm pukul 9.15pg .Dia minta isi borang. Dalam borang tu dia minta buat karangan pendek "apa sumbangan yg anda boleh berikan pada UIC" dan "berdasarkan pengalaman anda,apa yg boleh anda buat dalam sektor yg anda pilih" . Laju jelah tgn aku menulis. nasib baik tulis.kalau bercakap payah sikit.Tulis dengan penuh yakin. Ayat kene poyo2. haha.
Then,dia bawa pergi bilik menunggu. Kat situ ada graduan dari mesir,ada dari indon. Kakak 25tahun graduan dari indonesia. ada pengalaman kerja dekat sekolah menengah. Sorang lagi syabab graduan mesir. tengah belek-belek buku usul fiqh. Masa tu rasa rendah diri dah . mcm tahu dah keputusannya takkan dapat job ni . ahaa. Duduk sebelah kakak tu, borak-borak. Rasa macam sedikit tak sikoh juga masa tu sbb pakai tudung pink. kakak tu pakai warna gelap. Ter 'tabaruj' pula =.=' Tapi hazirah whatsapp "interview bkn tgk sikoh tak sikoh." ahaa. dan tiba-tiba teringat pesanan senior hamdi ali kerto, "yakin dan jadi diri sendiri"
dalam 2jam tunggu,aku orang terakhir. pasang laptop pada LCD, duduk mengadap 4orang panel. 2perempuan,2lelaki. yang lelaki tu dua2 tu ustaz. dup dap dup dap dah.konfem interview dalam bahasa arab.
and yeah . "kenalkan diri awak dalam bahasa arab" kata ustaz dihujung sekali.
"campur-campur lah.saya tak faham arab" kata puan haryani.
maka,aku pun mencampurkan kedua-duanya.dengan qawaid yang kelaut,.
"ismi nur alani amirah binti razali. darostu fil jami3atu yarmouk takhosus syariah.3umri 22 sanah.abi syurtoh fil bukit aman. 3indi thalasah ukhti"
kau nampak sesuatu yg lawak disitu? cerita pasal ayah je.mak mana? sbb aku x igt suri rumah dalam bhs arab apa. pekataan ukhti tu pun dah salah. ahaa. nasib baik ustaz tu interupt
"ayah syurtoh kat mana?"
"kat bukit aman."
"ohhh.tinggal kat mana?"
"kat shah alam.kakak kerja di PPUM, 2orang adik masih sekolah.suka menulis,minat multimedia,dan alhamdulillah,berjaya menghasilkan satu cerita pendek diupload dalam u-tube.dan ada antara karya saya dimasukkan dalam majalah JOM."
"ohh apa tajuk video awk?"
"kerana aku punya Dia"
"ohh.byk viewer x.kalau tak,saya taknak tgk"
aku just gelak.haha. dia pun tulis kat kertas tajuk tu.
"majalah apa tadi awk ckp?" ustaz Musa, ketua pensyarah pengajian islam tanya.
"majalah JOM.majalah dakwah."
padahal karya 1 je pun >_____< . Takpe . interview adalah masa menjadi poyo. haa
"saya ada tgk satu video pasal gengster.yang kat atas atap tu. student jordan kan tu?kamu kenal?"
"haa tu.kenal.junior saya tu.ulwan."
"tu lah.budak2 jordan ni suka buat video" kata ustaz dihujung pada ahi panel yg lain.
Okey.kenapa aku dengan suka cerita bagai-bagai tu?diorang berminat ke nak tahu? sebenarnya, tertarik dengan motivasi sempoi yang aku baca dari blog ni.http://theotherkhairul.blogspot.com/2013/09/modern-tips-temuduga-interview-kerja-etc.html . Dan kebanyakan jawapan,aku dapat dari sini. heh.
Banyak juga soalan dia tanya
"awak ni puteri umno ke?pakai pink"
HAHAHAHAHAHAHAHA.
"Umur awak muda.22tahun.kalau awak dapat job ni,awak rasa mampu handle budak2 yg lebih krg sebaya awk? cabaran tu."
dan soalan-soalan lain lah. Cuma aku tertarik dengan soalan dari cik nabilah.
"Saya bagi awak satu masalah.Macam mana awak nak selesaikan masalah sosial dikalangan pelajar?bukanlah maksud saya terus selesai.sikit2. dan masalah pemakaian mereka"
"advantage umur saya 22tahun,jarak umur saya dan mereka tak jauh. nak minta mereka masuk dunia saya,saya dulu kene terjun dalam dunia diorang. tarik slow2. usahakan utk buat usrah.mula2 sorang.pastu 2orang. tadi saya nampak ramai student bertudung labuh.alhamdulillah saya yakin je diorang boleh membantu.jujurnya,tak mungkin saya mampu nak buat sorang-sorang. nak tak nak,saya perlu minta tolong student yg boleh membantu."
"Itu kes pelajar. macam mana pula dgn staf? staf kat sini mungkin ada kurang sikit bab agama.macam mne nk tolong?usrah? awak rasa,orang tua boleh terima kata2 orang muda?"
"bukan masalah boleh terima atau tak.tapi masalahnya bagaimana kita cuba ikhlas dalam setiap apa yg kita sampaikan. kalau cakap byk, tapi hati problem, tak mungkin apa yg kita cakap tu sampai pada hati orang lain. semua bermula dari saya. if nak guide orang tua atau muda, saya tahu, saya kena gigih dulu. takpe yakin je.Allah tolong."
"Awak naqibah kat jordan?"
"aah. naqibah utk kelab persatuan." (terbayang wajah2 adik2 PINTAR.kakak2 naqibah PINTAR.murobbi dan semuanya T__T)
"Positif awak ni . "
"alhamdulillah. jordan ajar saya macam2."
"macam mana kalau awk nampak ada student perempuan berdua dengan lelaki?kita perlu cegah benda tu.macam mana nak buat?"
"kalau saya kenal perempuan tu, saya cuba hubungi dia. tak mungkin saya nak terus malukan dia kat situ. kalau saya tak kenal, cari lah siapa-siapa kawan2 dia yg saya kenal.minta utk sampaikan. kalau saya terus direct ckp,tapi dia tak kenal saya,agak2 dia boleh terima ke?" ...time tu.. ada satu perasaan lain dalam hati... terfikir cabarannya bagaimana.. biah jordan dan malaysia lain. itu peringatan ustaz.
"awak ni ustaz tengok peramah.mak ayah nya peramah ke?"
Ahaaa.
"tapi awak suka gelak."
Astaghfirullah T__T sebenarnya,dah cuba kurangkan habit tu. jazakallahu kheir ustaz. ni dah macam sesi muhasabah diri.bukan interview.
Tiba sesi bentangkan slide. Ternyata,mereka juga kagum bila slide yg aku guna lain dari yg lain. Alhamdulillah. Allah reply semula penat malam tu T_T
Before keluar, puan hayani minta utk sampaikan satu tazkirah ringkas ttg ramadhan..
"Kita bertemu hari ni. Kita semua mengharap dapat bertemu ramadhan hari ahad nanti. Sama ada bersedia atau tak,kita tetap kena tempuh. Tapi, macam mana kalau lepas saya keluar ni, saya mati? Sebab tu kalau boleh setiap masa doa, allahumma balighna ramadhan.. Ramadhan bulan luar biasa. Tinggal kita je nak menjadi luar biasa atau tak. Macam saya cakap, kalau kita rasa sekejap lagi adalah detik kematian kita, setiap hari hari ramadhan yg bakal kita tempuh, kita akan cuba sehabis baik"
Ayat tu.. ayat spontan.. ayat yang hari-hari aku rasa. Tak mampu nak cakap byk ttg ramadhan.cukup itu.sbb aku sendiri dalam proses meningkatkan zouq ramadhan.
"Awak dah kahwin?"
"belum lagi"
"bila nak kahwin?"
"insyaAllah bila sampai jodoh"
"ada dah ke?"
haha terasa kelakar bila pn haryani tanya soalan ni.
Selepas ditanya ttg gaji yg kita mahu, dan diminta utk tanya apa-apa soalan,sesi temuduga tamat. Alhamdulillah.
Apa yang aku dapat, setiap uni mengharapkan pelajarnya mempraktikkan islam sebenar benar islam. Semua staff mahu saling bimbing membimbing. Kerana ? Fitrah kita semua mahu menuju tuhan
Keputusannya lagi 2minggu . Tapi bukan keputusan tu yg penting. Tapi pengalaman ni. Dan kata2 dari setiap ahli panel.
Ramadhan kareem , Allahu akram.

No comments:
Post a Comment