alhamdulillah
alhamdulillah
kedua orang tua ana dah selamat sampai ke bumi rindu bau pohon tin yang dicintai lagi disayangi ni. Poyo tak ayat? Haruslah poyo . Kisah mereka sepanjang bermusafir disini sgt menarik . Sebab budaya sini lain kan. Kadang-kadang aku yang rasa lucu .
Pukul 3.30petang, aku dengan pija sampai kat airport yg gah lagi megah . (mohon google airport queen alia jordan utk melihat berapa gah nya !) . sebab aku yang gila excited , tak jumpa mak pak setahun lebih, aku jalan laju gila . Sila ulang . Laju apa? Laju gila !
Oh , aku pergi airport naik kereta sewa. Pakcik arab umur 36tahun drive .Macam mana aku tahu umur dia? sebab dia bagitahu. nampak tak motif dia kat situ ? haaa ~ lepas tu aku cakap lah ,kita kena kejap je kat airport,sebab nanti parking kena bayar. Pastu kau tahu apa jawapannya? "awak tak pernah pergi airport ke?tak pernah balik malaysia?parking free"
Haha soalan dia memang tak boleh blah kan?tolong bayangkan dia cakap dengan penuh ketawa. "saya dah lama tak balik."
k dah . cite pasal driver end.
lepas dah masuk airport aku tengok lah screen dgn semangatnya mendongak. Cari mana qatar mana qatar . Sekali tengok, flight qatar delayed. cis kek.
macam aku cakap,airport jordan terlalu gah. sampai kerusi dia pun limited edition. Aku dengan pija pun buat senaman kaki kat situ. Utk beberapa jam. berdiri sambil mata aku perati je screen tu.bila nak hilang delayed tu.
bila dia tulis landing,aku dah semangat dah berdiri dekat dengan pintu ketibaan tu. silap tak bawak belon ke apa je time tu.kalau tak memang dah mcm drama dah.
ada lah jugak dekat 2jam tunggu,baru wajah kedua orang tua kelihatan.masa tuuuuuuu amira yang sopan hilang dah kesopanan. boleh bayang orang yg membawa syurga kau ada kat depan mata?
sepanjang perjalanan balik irbid yang amik masa lebih kurang 3jam,bak kata ayah aku mcm shah alam ke johor,mereka pun cerita pengalaman fes time naik flight berdua. serius sebenarnya aku risau gila. sbb xde orang guide.kalau hilang , tak meraung anak perantauan ni?
"tadi imigresen tu tanya mak,tinggal dengan sape?" mak aku mula menceritakan moment2 indah haha
"mak jawab apa?"
"mak jawab daughter.ayah jawab doktor"
Hahahahaha . but at least they tried to speak in english. mak aku sesat kat airport . pergi tandas sorang2.nak cari ayah aku semula x jumpa. maka masa tu lah dirasakan berguna english jawa dia. haha. well done mom!
"tanah je ke dik kat jordan ni?" ayah tanya soalan sambil tinjau2 luar tingkap yang semuanya coklat
"rumah kotak2 je semua.rumah tak siap ke tu?"
haha macam2 lagi lah. tapi paling tak boleh tahan, masa tengah makan ayam.
"tulang2 ni,mak nak bawak balik malaysia lah. bagi suci makan ayam jordan.dia nak rasa jugak"
suci tu bukan manusia.suci tu kucing kat rumah yang sangat dimanjakan. dekat rumah ada dalam 12ekor kucing. sebelum datang sini,mak aku dah wasiatkan kat adik2 aku dah apa kena buat dengan kucing2 tu. nampak tak berjiwa cinta haiwan sungguh mak aku ni.sampai dia tak ingat anak2 kat malaysia.dia ingat suci terlebih dahulu. alahai suci hahaha.
so, day 1 end with ke-excited -an mereka. :)
![]() |
| excited tak mak aku mengacau photoshot orang haha |

No comments:
Post a Comment