Deru ombak pantai aqabah dipandang kosong. Izyani menguis-nguis kakinya pada pasir pantai. Sayup kedengaran kanak-kanak menjerit gembira bermain .
Ada kalanya Izyani mengusap air mata yang jatuh.Memang sengaja dia memilih untuk keluar dari daerah Irbid. Tempat tinggalnya. Bermusafir untuk mencari ketenangan sebelum memulakan sem baru. 2 tahun menjadi perantau, bagaikan tiada apa keseronokan yang dirasa. Bahkan setiap hari jiwanya memberontak mahu pulang ke Malaysia.
Lantas selepas paper terakhir semalam, Izyani terus membawa diri jauh dari Irbid. Tempat yang dirasakan tidak sesuai langsung dengan jiwanya.
"Ini diri aku. Kenapa aku perlu berubah kerana kata-kata orang.." terluah kata-kata itu dari bibirnya.Ditulis pada pasir "Nak balik.." mengunakan cari terlunjukknya. Ternyata, Izyani tidak betah duduk di bumi ini lagi.
"Jauh kau termenung.." entah bila Sha'lan duduk disebelahnya. Dia tidak sedar. Seawal sampai di pantai tadi,memang sengaja Izyani duduk jauh sedikit dari sahabat-sahabat jaulah yang lain. Izyani mahu sendiri..
"Wanna share with me?"
Sha'lan tahu, ada sesuatu yang Izyani pendam. Sejak diirbid lagi,perubahan Izyani lain. Bahkan,jaulah ini pun Izyani yang atur. Mahu panjat Petra hingga ke puncak. Mahu ke pantai. Bagaikan dia mahu melepaskan sesuatu.
"Aku okey " secebis senyuman dihadiahkan pada Sha'lan. Seorang sahabat yang sentiasa ada susah dan senang.
"Kalau okey,kenapa jauh sangat bawa diri? Cuti bukan lama.." Sha'lan cuba mencari jalan supaya Izyani meluahkan.
"Rasa sesak dengan Irbid..Rasa biah kat sini,kat Jordan, bukan untuk aku. Kau tahu kan aku ni kat Malaysia bukan pakai tudung. Kat sini perlu pakai. Aku rimas pakai kain kain jubah bagai." air mata Izyani semakin laju.
"Aku taknak duduk sini. Ini bukan tempat untuk orang macam aku. Orang takkan boleh terima diri aku. Semua orang pandang aku macam nak makan. Nak aku berubah? No ! Ini diri aku. Aku dilahirkan macam ni!"
Sha'lan mengusap-ngusap belakang Izyani. Membiarkan Izyani terus melempiaskan marahnya. Sha'lan tahu, situasi Izyani agak sukar. Background keluarganya bukanlah dari keluarga bertudung,menutup aurat. Dan study di Jordan juga bukanlah pilihannya. Memilih medic di Ireland, entah kenapa dicampakkan disini!
"Yakin kau dilahirkan macam ni?" Sha'lan mengajukan soalan.
Keadaan menjadi sepi. Yang ada hanyalah deruan ombak dan esak tangis Izyani yang berbaki.
"Yani, fitrahnya manusia itu dilahirkan suci tanpa dosa..Jadi andai kau kata ini lah diri kau,kau silap.Diri kau saat dilahirkan seorang yang suci dan bersih . Dan saat kita membesar,ada kalanya kita tersasar . Mungkin kerana didikan. Atau mungkin jiwa kita yang sering memberontak dengan kebenaran."
"20tahun hidup aku macamni. Then kau nak aku berubah? Macam kau bertudung labuh litup. Aku pakai shawl ni pun kira okey dah. Korang semua takkan faham. Sebab korang dan aku lain!"
"Boleh aku nak ceritakan kisah dari surah al-tahrim?"
bersambung bila ada mood .. =.='
1.55am
irbid, Jordan
6 comments:
kalau x jalan2, tapi lari2 sini boleh ? :D
@ano :
haha siapakah gerangan enti ni. eh jgn kata lari,merangkak terjun bagai pun dipersilakan. ana raikan je :D
Woah gitu skali! Best entri ni cuma mcm sedih skit :D
@ano :
sebab diakhirnya insyaAllah bahagia.tak habis lagi ni. eytt siapa enti ni.curious sgt ni haha
Bila nak sambunggggggg
@ano
minta maaf T__T sbb lately ni busy plus internet slow.Allah..rasanya kene tadabbur semula surah ni utk dapat zouq semula :( enti nk tlg?
Post a Comment