Aku bukan hanya mahu menjadi akhowat yang ditarbiyah
yang duduk bersama sama akhowat yang turut sama menerima tarbiyah
yang hanya busy mengislah diri kepada yang lebih baik
yang hanya menyebarkan sayang sayang cinta pada akhowat tarbiyah
Aku mahu juga menjadi nisa' yang mampu berlapang dada dengan nisa'-nisa' bermacam ragam
duduk bersama mengenal mereka sifat mereka kesukaan mereka
menyebarkan sayang kepada nisa' - nisa' ini
yang zahirnya aku lihat mereka tiada tarbiyah , walhal siapa tahu jiwa mereka itu sgt lembut utk ditarbiyah.
Fahami bahawa dunia ini tidak akan selalu berada di zon selesa
andai kau hanya duduk dalam satu kelompok
kau hanya terus memproses sesuatu yg baik menjadi lebih baik
dan yang lain terus menanti
untuk kau membawa mereka ke arah yang lebih baik
Islah diri sendiri , juga orang lain .
sayangi akhowat tarbiyah, jangan ditinggalkan mereka yang tiada
sungguh,walhal mereka itu juga duduk dalam zon tarbiyah
tarbiyah tuhan .
1 comment:
astaghfirullah
terkesan sungguh
moga ana diberi kekuatan untuk benar2 menjadi rahmatan lilalamin
Post a Comment