"biasalah . down "
Terasa nak mengalir air mata . Futur sangat dah minggu ni. Terasa al-mulk pun malas baca. solat sunat tunggang langgang.solat wajib tak best macam biasa. semua benda something wrong. problem hati kita,kita je boleh detect . Allahurobbi .
"settle dah 1juzuk harini?" khansa' memandang sekujur tubuh yang kelihatan lemah.
"semalam punya pun tertangguh"
Nawal memandang list dihujung katil . banyak yang tak bertanda since minggu lepas . mathurat kadang on kadang off . 1 juzuk sehari minggu lepas bkn main laju minggu ni bagaikan sehari hanya satu muka !
"Aku nak rasa best nya ibadah tu .. "
Khansa' menghirup teh di atas meja .Membetulkan duduknya,menghadap nawal yang terus menunduk.
"indahnya nikmat beribadat kepada Allah .Sungguh .Memang seronok betul masa itu .Terasa , dekat sahaja akhirat itu dalam hati kita .
Dan jangan kita lupa .Yang satu hari nanti , apa sahaja nikmat yang datangnya daripada Allah .Akan kembali juga kepada Allah .
Ini pun salah satu nikmat .Nikmat
beribadat .Allah tarik .Ada hikmahnya .Untuk kita mujahadah.Dapatkan
balik nikmat itu semula .Bagaimana nak dapatkan balik ?Mesti kena bayar ."
Nawal kaget .Tidak menyangka yang itu adalah nikmat Allah .
"Habis itu .Bagaimana pula mahu
menghilangkan masalah ini ?Resah .Gelisah ini . Gundah gulana yang
merobek hati ini sehingga hilang nikmat itu ?"
Laju .Celupar mulut nawal menembak .Terasa biadap .Nawal tertunduk malu .Khansa masih tenang.
Laju .Celupar mulut nawal menembak .Terasa biadap .Nawal tertunduk malu .Khansa masih tenang.
"Pernah pergi supermarket tak ?Giant .Tesco . .Lalu lalang dekat situ mesti ada promoter yang sedang mempromosikan barang atau produk mereka .Dalam konteks ini ,kita ambil contoh yang promoter itu sedang promosikan air kopi .Agak agaknya kan cawan itu besar mana ?Kecil sahaja kan ?
Kita minum .Sedap .Rasa vanilla yang
bergabung dengan biji biji kopi yang lazat diperah dengan begitu baik
sekali .Ahh deria rasa ini terasa mahu meletup .Buih buih nipis disedut
dengan padu sekali .Krimnya yang likat menambah lemak .Padu sekali
perisanya .
Tapi , malangnya kita tidak puas
.Cawannya cuma kecil .Sekecil ibu jari .Kita perlu membelinya
.Membayarnya mengikut harga yang ditetapkan .
Begitulah dengan apa yang aku kisahkan .
Nikmat .Rasa best dalam melakukan ibadah
ini cuma secawan kecil air kopi .Habis diteguk .Sedap lagi likat
aromanya .Kita tidak puas .Kita mahukan lagi .Jika tidak dapat minum ,
kita tidak keruan .
Untuk dapatkan kembali nikmat itu , kita
kena bayar kepada Allah .Dengan mengerjakan amal amal yang baik .Dan
tinggal tinggalkan keburukkan .
Eh ,bagaimana pula mahu melakukan amal
amal baik ,sedangkan hati kita rasa kosong .Rasa malas .Rasa terbeban
fikir masalah .Asyik asyik ditimpa ujian .Aku laju membalas .Tidak puas
.Dengan solusi yang dia berikan .
Rasa kosong itu yang kau maksudkan itu tidak ikhlas bukan ?Keikhlasan hanya dapat digapai melalui paksaan .
Bukan ke dulu kita bersolat , atas nama paksaan .
Baca al quran , atas nama paksaan .
Qiamullail , atas nama paksaan .
Baca al quran , atas nama paksaan .
Qiamullail , atas nama paksaan .
Dan akhirnya , kau dapat merasai nikmat
itu bukan ?Cumanya sekarang kau sudah berasa kosong kembali .Sudah tidak
ikhlas .Ini bermakna kau sedang bermula di petak mula kembali
.Merangkak lah kembali .Sebab Allah teringin sangat nak dengar kau
merintih .Minta tolong dekat Dia .
Mungkin , sebab masa kau dapat khusyuk
dalam solat .Rasa best baca al quran .Rasa seronok berqiamullail .Kau
dah rasa selesa .Kau dah rasa senang .Dan semakin kurang kau merintih
kepadaNya .
Pulanglah ke petak mula semula .Agar tuhan dapat dengar kau menangis .Dapat peluk dengan kasihNya ."
Nawal tergamam .Rasa sedih .Terharu .
Kita berlumba buat amal baik bukan sebab kita nak reach perfection itu .Mengejar kesempurnaan itu .Tak .Bukan macam itu .Sebab dalam islam , kita berlumba buat amal kebaikan bukan macam pandu kereta lumba .Berlumba lumba sampai ke finish line . Garisan penamat .Yakni , merasai nikmat syok dan gembira beribadat kepada Allah itu .
Tapi , Allah nak tunjuk dekat kita yang
Dia mahu kita sentiasa ke petak mula .Nak bagi kita rasa hina .Nak bagi
kita rasa berdosa .Nak bagi kita rasa lemah .Sebab apa Allah bagi kita
rasa rasa ini ?
Sebab bila kita rasa hina, kita akan minta dekat Dia .Al Kareem .Yang mulia.
Sebab bila kita rasa berdosa, kita akan minta dekat Dia .Al Ghafur .Yang pemaaf .
Sebab bila kita kita rasa lemah, kita akan minta dekat Dia .Al Qawiy .Yang kuat ."
Sebab bila kita rasa berdosa, kita akan minta dekat Dia .Al Ghafur .Yang pemaaf .
Sebab bila kita kita rasa lemah, kita akan minta dekat Dia .Al Qawiy .Yang kuat ."
Terkesan .Nawal malu .Yang sesetelah Dia
beri nikmat rasa seronok beribadat kepadaNya .Dia beri pula nawal satu
lagi nikmat sesudah dia tarik nikmat yang sebelumnya .
Iaitu nikmat kembali ke petak mula .Merangkak rangkak kembali .Untuk buat kita tambah lagi amal amal baik .
Jika kalian tidak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka Allah akan
menciptakan kaum lain yang mereka itu melakukan salah dan dosa kemudian
mereka bertaubat dan Allah mengampuni mereka.
(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)
(HR Ath-Thabrani dan Baihaqi)
** Artikel asal dan diolah sedikit mengikut kondisi diri.

No comments:
Post a Comment