"Excuse me"
aku bergerak kekiri.
"im sorry" kepala aku tundukkan sedikit.wanita berambut perang bermata biru itu hanya tersenyum
Menggunakan esculator dilondon tidak sama dengan malaysia.yang nak turun tanpa rushing berdiri dibahagian kiri,yang nak cepat terus turun kebawah mengikut laluan kanan.
Hanya mengikut langkah kaki,entah kemana tujuan aku,aku sendiri tak pasti.Serabut !
"Leya,nama kau tersenarai failed" suara ann semalam bagaikan masih lagi dekat ditelinga.Repeat year lagi?apa lagi aku belum buat.aku dah usaha.every slide ,past year paper semua,aku dah khadamkan,what's wrong!!! arghhh!
dan pagi tadi,panggilan dari malaysia benar-benar membuatkan aku rasa hidup aku mati.khabaran tok wan dah tiada betul2 buat aku rasa hilang seluruh kekuatan tubuh aku.kenapa tuhan.kenapa aku?
aku duduk memandang langit.aku tak buat jahat.aku tak pernah buat apa2 yg salah.kenapa tuhan?kenapa kau biarkan yg jahat terus senang dan aku kau berikan kesusahan ! kenapaa?!
keadaan sekeliling aku tak hiraukan.kelihatan anak kecil yang sedang bermain bola mula memandang.aku bangun,membawa langkah pulang ke hostel.
Log in fb ..
"betul ke Allah tu adil dan ayat quran itu tak akan bohong?.." button post aku click.
argh ! kak lin cakap Allah pandang usaha kita.apaaa?manaaa?aku dah usaha.tunggang terbalik! kak lin cakap Allah suka orang buat baik.Allah benci kejahatan. Aku tak sakitkan hati sesiapa,tapi kenapa Dia ambil tokwan aku masa aku sendiri tengah down?Mana adil! penipu ! kak lin tipu !
tink! bunyi komen masuk bertalu-talu.
mouse aku gerakkan dengan hati yang marah,sedih,pedih!
"kau ni islam ke apa?"
"tu lah,belajar lagi negara orang putih.balik malaysia entah2 murtad terus"
"weh leya.kau asal doh !"
jari jemari leya laju memetik papan kekunci.segala kemusykilan,segala rasa tidak puas hati,dendam amarah,dilepaskan
"kalau Allah tu adil,kenapa Dia biarkan manusia susah?kenapa Dia uji manusia padahal ada je orang yg baik tapi masih diuji.kalau betul Allah tu adil,kenapa yang baik terus miskin,yg jahat terus kaya?betul Allah tu adil?"
"adil tu salah satu dari sifat Allah.kau kene lah beriman dengan asmaul husna.hoi,kau ni murtad kau tahu!" komen dari nita langsung tidak menjawab soalan aku.ahh! kau juga tidak tahu kan?lantas kau mengatakan aku murtad?!
"kenapa Allah biarkan org disyria,dipalestin terus susah?betul ke Allah tu adil? ayat quran cakap kalau kita berkorban harta,keluarga dan anak2 utk islam,Allah redha dengan kehidupan kita.mereka dah buat.kenapa hidup mereka tetap susah? "
"tak percaya Allah,pergi masuk neraka lah !" nita mula bengang.ahh ! kau hanya tahu me neraka kan orang nita.walhal mana jawapan untuk persoalan aku? atau kau sendiri merasakan Allah begitu?
Kelihatan satu private message sampai.
"assalamualaikum.maaf jika saya mengganggu.saya rasa,ada baiknya awak delete post awk,delete komen2 awk.awk buatkan iman orang lain yg tak kuat utk mula merasa goyah dengan tuhan.awak tak boleh macam tu.umpama awak menyebarkan dakyah untuk memurtadkan orang islam"
kamal adli.kawan semasa sekolah rendah.yang kini berada jauh di morocco cuba memberikan nasihat.
"wasalam.post saya berbaur soalan.maknanya saya nak kan jawapan.kenapa? takde sape yang mampu jawab?dan semua bersifat menghukum.ladang fb adakah untuk dikongsikan gambar2 kucing yang membuat aksi2 comel?hanya tempat luahan perasaan putus cinta lapar dahaga? jadi boleh tak saya nak cakap,objektif pembuat fb ni dah tercapai.utk membiarkan org2 yg rasa cukup ilmu mcm awk hanya berdentum kata diluar,tapi tidak berani utk membalas hujah disini?dan biarkan orang2 kristian terus menjwb persoalan2 mcmni?. kalau awak rasa org akan murtad dengan post saya,komen saya,feel free utk komen dan berikan pandangan awak supaya saya dan mereka mendapat jawapan ! "
bunyi pintu diketuk .leya meninggalkan conversation bersama kamal.ahh kamal! kau berilmu tapi kau dgn yang lain juga sama!
"assalamualaikum leya!"
"eh kak lin.ada apa?"
"oh.leya busy eh.sory.kak lin ingat nak ajak leya malaysian hall.jomla"
"hm.letih kak lin"
"ala leya.jom la.makan freeeeee"
"tunggu leya kat lobi.leya siap kejap"
Hati kak lin berbunga.dalam keadaan sekarang,leya perlukan sokongan.bukan cacian.leya perlukan teman untuk meluahkan,bukan dibiarkan.kak lin ada misi tersendiri,untuk menjadikan leya salah seorang saksi syahadahnya.
20minit kemudian kelihatan leya menuruni tangga dari biliknya.dengan seluar jeans,rambut perangnya diikat satu.kak lin senyum.leya..moga Allah terus pegang hati kamu.
jarak dari hostel leya ke malaysian hall tidak jauh.mereka mengambil keputusan utk berjalan kaki sambil menghirup udara petang.
"leya.." kak lin mencuit siku leya
"hm?"
"tengok tu..kaki sebelah dia dah takde..tapi dia tetap teguh membaca quran "
aku mengalih pandang kearah lelaki yang kak lin maksudkan.kelihatan seorang lelaki yang aku rasa warga pakistan sedang duduk di kerusi rodanya sambil khusyuk membaca quran.
"subhanallah.jeleznye akak dgn dia.dia ada kekurangan.tapi kekurangannya tidak mengurangkan usaha dia untuk terus dekat dgn Allah.dia diuji mcm tu.akak tak diuji seberat tu.mungkin Allah tahu akak tak mampu.and sebab Allah nak dekat dengan dia."
"Allah nak dekat dengan dia?maksud akak?"
"kadang2 kan leya.kita rasa ujian Allah bagi tu hebat sangat.dahsyat sangat.kita terus terduduk.dan rasa nak bunuh diri."
"Allah tak adil kan kak lin.."
"kalau Allah tak adil,kenapa Dia tak terbalikkan tanah london yang penuh dgn arak ni?biar kat bumi ni ada tanah2 yg dihuni orang baik je..."
kak lin berhenti disebuah kerusi.aku duduk dan memandang kak lin dgn pandangan yang kosong
"sebab Allah tu maha Adil.Dia bg peluang utk semua orang bertaubat.ujian bkn sesuatu yg buatkn kita terus down.tapi itu tanda rindu Allah.leya .. tunggang terbalik leya study,leya failed,leya salahkan Allah.walhal Allah bagi kejayaan kat leya sebelum ni,leya dean list,leya dapat anugerah,byk sgt nikmat Allah bagi,pada masa tu,ada leya ingat Allah?ada leya berlaku adil pada Allah?jadi kenapa leya nak persoalkan keadilan Allah walhal sebelum ni Allah sgt adil.sgt sayang pada leya.sampai lah Allah rasa leya dah jauh dari Dia.Allah nak jugak leya masuk syurga Dia nanti.jadi,Allah uji leya.supaya leya kembali sujud pada Dia.."
Hati leya mula menangis.Betul.2tahun lepas,leya salah seorang yg tercalon dalam dean list.masa tu leya rasa itu semua atas usaha dia.solat leya kalau rajin.quran leya entah dah berhabuk kot atas almari.kerana bagi leya,hidup ini perlu gembira.tanpa susah payah.tanpa ada peraturan.
"islam tu agama yang sempurnakan kak?tapi kenapa yang membunuh ramai dari org islam.yang berzina pun melambak orang islam.mulut orang islam sendiri macam longkang.saya rasa kak,tak payah berangan lah nak cakap islam tu hebat bagai."
"leya,islam itu memang agama yang hebat.koreksi semula sejarah.bagaimana sultan muhammad al fateh berjaya menawan konstantinopel,bagaimana salahadin al ayubi menyelamatkan alaqsa."
"kak lin,itu sejarah.kita nak terus berbangga dengan sejarah islam?berbangga mengatakan islam dahulu begitu begini.hingga lupa buka mata bagaimana islam sekarang? "
"betul.tu akak setuju.sebab tu,kita perlu bergerak seiring.tak mungkin kita mampu bergerak sorang2.sebelum nak bergerak menyelamatkan islam,kita kena selamatkan diri kita dulu.macam mana solat kita?amal kita? then baru kita mula bawa orang lain sama2 untuk kenal islam"
"bawa orang lain untuk kenal islam?dengan cara "hei kau murtad! masuk islam balik!" macam tu?serius kak lin,leya tak faham.apabila persoalan akidah leya ajukan,itu sahaja leya dah dituduh murtad.tapi ramai pula yang excited nak membawa non muslim ke arah islam.oh,bawa orang lain masuk islam,dalam masa yang sama me neraka kan orang lain? apa tu?"
"kak lin baca post dan luahan-luahan leya tu" kak lin senyum..
air mata leya mula jatuh.
"leya islam kak lin.leya sedar benda tu.tapi bila leya nak kan jawapan,leya bertanya Allah tu siapa.orang katakan leya ini murtad.diorang cakap leya ni pembawa dakyah yang memurtadkan orang lain.itu ke islam ?yang cuba pM baik2 dengan leya,leya hargai.masa remaja banyak dihabiskan di fb.kenapa tak cuba amik peluang untuk menjawab persoalan-persoalan leya supaya orang lain juga mendapat manfaat? yang leya dapat hanya komen caci maki.kalau nak hina,bagi jawapan dulu.baru hina! ramai cakap nak jadi pendakwah .nak jadi khalifah. tapi medium fb dijadikan tempat luahan perasaan.yang buat video entah pape semua melayu.melayu tu apa kak lin?islamkan?apa tu?"
"leya,setiap pokok,akan ada buah yang busuk kan?macam tu juga penganut agama kita.andai tidak dididik dengan tarbiyah,andai dibiarkan,akan ada benda lain yang menggelapkan hati.hati yg menentukan tindak tanduk kita bagaimanakan?leya cuba lihat pula orang-orang islam yang hebat.tentang luahan perasaan tu,kita ambil pada side yang positif.kadang-kadang leya,dengan luahan perasaan orang lain,kita mendapat sesuatu dari cerita dia."
"termasuk share gambar kucing?"
"haha.leya...anggaplah dia cuba nak hilangkan stress orang lain bila melihat kucing tu.bukan dia share saje2.positif leya :) "
"hina sangat leya ni kak lin.."
"zaman jahiliyyah umar al khatab,dia membunuh ramai kanak-kanak,dia syirikkan Allah.tapi bila dia masuk islam,masyaAllah,hebat sangat dia! leya bunuh orang ke?tak kan? leya rasa hina disisi tuhan,tapi takde siapa tahu leya bagaimana darjat leya disisi Allah."
"kak lin Allah sayang.leya tak.."
"pengakhiran kita nanti,kita tak tahu macam mana.nauzubillah.risau andai akak yang berkata byk nasihat pada leya ni mati dalam keadaan kafir.dan leya yang terus berjalan mencari kebenaran ni Allah akhiri hidup leya dengan iman dan islam. leya,jangan berhenti mencari tuhan.sebab tuhan itu dekat.dekat sangat dihati leya.tuhan dengar setiap tangis hati leya.dan leya diperlukan utk sama-sama berada dalam jentera menaikkan islam"
kak lin mengesat air mata.mengatakan tentang mati,benar-benar menggetarkan hati.bimbang andai kalimah syahadatain masih belum disampaikan pada orang yang memerlukan.leya ini bukan syirik.cuma dia mencari islam.umpama seorang cina yang terus mengkaji tentang islam dan diakhirnya seorang muallaf itu lebih hebat dari seorang islam.bezanya,leya ini memang sudah islam.mungkin sebab itu,fikiran masyarakat,bila dah islam jangan berani persoalkan tentang tuhan..
leya..moga kau terus melaju mencari kebenaran.dan kau jadi hebat seperti umar.menyebarkan al haq pada semua..
berhentilah menghukum..
berhenti me neraka kan orang lain.
melainkan kau tahu bagaimana darjat kau disisi tuhan
melainkan kau nampak bagaimana saat kematian kau
melainkan kau yakin,kau ini benar benar ahli syurga ..

1 comment:
terima kasih...
syukran ya ukt...
jazakillah...
moga kita sama2 terus kuat di jalan ini...kerana kita ada Allah
~salam ukhuwwah fillah
Post a Comment